SEARCH

Ekstra, Queer Fashion… Jadi Taruhan Di Golden Globes Semalam

Ekstra, Queer Fashion… Jadi Taruhan Di Golden Globes Semalam

golden globes

Kamu sempat menonton detik karpet merah di Golden Globes ke 76 semalam? Gaya siapa yang memenangi hati kamu dan patut mendapat gelaran dress terbaik? Apa yang kami pasti, karpet merah Golden Globes semalam memestakan kepelbagaian dalam fesyen! Daripada yang menafaskan daya tarikan Hollywood glamor seperti Lady Gaga sehinggalah yang melawan peraturan rasmi acara seperti Timothee Chalamet, Golden Globes, seperti selalu, menjanjikan kelainan.

Golden Globes ke 76 semalam dikatakan mendapat pujian. Tumpuan dipusatkan pada kedinamikan juga lelucon pasangan Sandra Oh dengan Andy Samberg yang mengacarai majlis tersebut dan orang ramai menitipkan pujian positif buat mereka berdua. Bahkan ada yang mahu Sandra dan Andy muncul dalam satu siri komedi bersama, atas sebab chemistry mereka.

Cukup dengan hal Sandra dan Andy sebagai pengacara di Golden Globes, sekarang kami mahu mengalih tajuk perbualan kepada satu-satunya kemuncak utama setiap kali berlangsungnya anugerah pada awal tahun ini : the red carpet… duh! Malah, terima kasih kepada Golden Globes – sebagai acara berprestij yang selalunya menjadi pembuka awal tahun – yang kali ini seperti mengait diversifikasi. Tahun lalu, gerakan #MeToo dan #TimesUp dalam berfesyen jadi percakapan, tahun 2019 pula, secara peribadinya bagi kami, ia memperlihatkan kebebasan yang disemaikan bintang-bintang Hollywood.

Sama ada kamu perasan atau tidak, di samping efek Maison Valentino yang berjaya mempamerkan gaya ekstra cantik ke atas Lady Gaga (Lady Gaga mendandani diri dalam showstopping dress di Golden Globes semalam) dan Gemma Chan, queer fashion antara yang menjadi percaturan semalam.

Keberanian yang ditonjolkan oleh Timothee Chalamet dan Cody Fern di Golden Globes menukar persepsi kita fasal etika formal di karpet merah. Kedua-dua mereka tidak melengkapkan diri dalam sut mahupun tuksedo, sebaliknya sekadar memakai kemeja dan seluar slek. But, not your average-Joe shirt. Timothee bersiap dengan lapik dada sarat dengan sulaman berkilau daripada Louis Vuitton, yang direka khas oleh Virgil Abloh sendiri. Dan Instagram @siduations telah menggelikan hati kita, mengaitkan gaya Timothee itu dengan imej fetisy leather and latex. Lol!

Manakala Cody ‘melepaskan diri’ dalam gaya genderqueer, bercelak dan menggayakan Maison Margiela. Kemeja yang Maison Margiela reka untuk Cody bukan biasa-biasa – kemeja dengan panel sheer pada bahu, mengumpamakan imej off-shoulder. Cody mencabar kita, membuatkan kita terfikir, “Cody, are you trying to tell us something?” Usah cakaplah fasal co-star Cody dalam American Horror Story yakni Billy Porter yang begitu yakin dalam sut yang penuh sulaman manik dan disempurnakan oleh cape labuh.

Bintang-bintang wanita pun tak ketinggalan menjunjung gaya genderfluid, di mana tuksedo memainkan peranan penting buat penggayaan mereka. Contohnya Judy Greer yang seakan-akan memperjuangkan ‘she wears the pants’, bergaya dalam tuksedo lengkap (seperti tuksedo lelaki) yang direka oleh Alberta Ferretti. Elisabeth Moss pula nampak cantik dalam dress mini Dior yang direka khas oleh Maria Grazia Chiuri, yang mengimaginasikan ilham kekreatifan manipulasi pada tuksedo – butiran seperti lapel besar dan double breasted.

golden globes

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE