SEARCH

Hana Tajima Memperkenalkan Uniqlo Lifewear S/S 2018!

Hana Tajima Memperkenalkan Uniqlo Lifewear S/S 2018!

Kecemerlangan rangkaian Uniqlo Hana Tajima dirai, meneruskan satu lagi himpunan Lifewear untuk musim bunga panas 2018! Meneguhkan keringkasan, modesty, faktor selesa dan sesuatu yang tak konformis, Hana Tajima mengembangkan layarnya kepada konsep kepelbagaian dan versatility.

Tahun 2018 menyaksikan fesyen tidak lagi memandang ke belakang, sebaliknya berpaling haluan. Transformasi yang memandang ke dasar diverisifkasi, membentuk mayapada fesyen moden dan inilah yang diterapkan oleh Hana Tajima untuk Uniqlo. “Redefine femininity but in their own terms,” jelas Hana tentang koleksi Uniqlo Hana Tajima Lifewear musim bunga 2018. Hana mengetengahkan rekaan yang menyentuh pancaindera perempuan dalam mencari keperibadian, keindividuan malah keunikan yang baharu.

UNIQLO HANA TAJIMA LIFEWEAR S/S 2018

Uniqlo Hana Tajima Lifewear SS 2018

Tidak lagi berpaksikan konsep kewanitaan yang ditentukan oleh konvensi. Melepaskan semua gagasan yang kita tahu tentang pakaian, sebaliknya mencari sendi ringkas dan kesederhanaannya – yang tidak dianggap enteng dan dilihat punya kehebatan tersendiri.

Kembali kepada pokok pangkal yang pernah sekali dipersoalkan oleh UNIQLO, “Why do we get dressed?”, dalam akal budi Hana, dia mahu melangsungkan (sepanjang mereka himpunan terbaru ini) strong connection sewaktu menyarung setiap rekaannya atau saat menghias diri dalam pakaian yang direka olehnya.

Saya menghendakkan seseorang untuk mewujudkan satu ‘hubungan’ dengan pakaiannya yang mampu bermain dengan perasaannya, and grow with them as their style changes and their mood changes.”

Uniqlo Hana Tajima Lifewear SS 2018

Seperti sebelum-sebelumnya, rona lembut, pucat dan pastel – yang bagaikan sudah tersemat dalam jiwa Hana – sekali lagi menjadi tumpuan utama Hana. Aturan padanan warna sama ada diolah senada mahupun yang saling bertentangan mencadangkan idea penggayaan Uniqlo Hana Tajima Lifewear musim bunga 2018. Dari segi fabrik yang digunakan pula, biasanya Hana lebih menjurus kepada fabrik yang bersifat ringan dan untuk yang kali ini, linen adalah pilihannya.

Tidak menggugat matlamat utama Hana yakni untuk tidak menyempadani pemakainya, Lifewear musim bunga 2018 adalah untuk setiap perempuan! Tanpa mengira latar belakangnya, usia, kepercayaan, gaya hidup atau budayanya. #womenempowerment!

IDEA STYLING UNIQLO HANA TAJIMA LIFEWEAR S/S 2018 SEBAGAI RUJUKAN

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE