SEARCH

#belasungkawa: Hubert de Givenchy Tiada Lagi, 1927 – 2018

#belasungkawa: Hubert de Givenchy Tiada Lagi, 1927 – 2018

Selepas Azzedine Alaia, dunia fesyen jadi kelam kembali tahun ini. Kita kehilangan satu lagi permata fesyen bernama Hubert de Givenchy, pengasas juga pemilik jenama Givenchy yang meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya di luar Paris.

Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. Teringatkan kesan hiba yang mendalam menyisip ke ruang hati Naomi Campbell sewaktu pemergian Azzedine Alaia tahun lepas. Naomi bagai sukar menerima berita sedih itu dan begitu lama dia menangisi kematian Alaia. Kini, ‘gugur’ pula sosok terpenting yang begitu tinggi jasanya kepada industri fesyen yakni Hubert de Givenchy. Sebagai insan asal yang meletakkan dasar pada jenama Givenchy, Hubert berjaya mengangkat jenama yang sudah memakan usia lebih daripada 60 tahun itu – daripada bagaimana Givenchy yang terdahulu dibaluti sifat romanticisyang barangkali mempengaruhi Hubert semasa dia menjawat posisi pembantu pereka fesyen selepas era New Look sehinggalah sekarang di mana Givenchy telah menjadi brand du jour.

hubert de givenchy

You have to know when to stop, that is wisdom.”

…Adalah antara kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Hubert. Hubert yang dibesarkan dalam keluarga berada – masa muda dahulu memiliki rupa debonair, raut wajah manis dan tampan – pernah bekerja sebagai perantis untuk Jacques Fath, Robert Piguet dan Elsa Schiaparelli. Ia telah merangkum jiwa Hubert lantas karakter atau stail rekaan-rekannya banyak bertunjangkan kewanitaan, bersifat muda serta rona-rona ceria. Di atas rasa keluhuran cita-citanya terhadap estetika-estetika ini, Hubert berjaya menebarkan keunggulan chic terutamanya pada tailoring, dress koktel atau gaun malam. Ia dicapai oleh Hubert hanya menerusi design line tanpa perlu menegaskan dekorasi (pada rekaan-rekaannya) semata-mata.

Speaking of chic, Hubert-lah orang yang bertanggungjawab di sebalik pembentukan gaya Audrey Hepburn untuk filem-filem seperti Sabrina, seterusnya filem Funny face, diikuti oleh Breakfast At Tiffany’s dan My Fair Lady. Filem Sabrina pada 1954 adalah detik pangkal kerjasama Hubert dengan Audrey – tahun yang sama Givenchy melancarkan rangkaian haruman. Daripada situlah, Audrey menjadi dewi ilham Hubert. Kata Hubert, setiap kali melihat Audrey malah apabila gambaran Audrey merasuk akal fikirannya, pasti ada idea-idea tentang gaya atau stail rekaan-rekaan dress untuk Audrey akan terjelma.

IT WAS LIKE THAT FROM THE VERY START.”

Bukan Audrey sahaja, Hubert turut meraih perhatian medan fesyen kerana hasil rekaan diberi julukan ‘Bettina’ yakni blaus kapas putih ilham daripada model kegemaran Jacques Fath yakni Bettina Graziani. Sudah tentu nama Hubert terus dikenali lagi kerana pernah menjadi pereka fesyen untuk Jacqueline Kennedy dan dia mereka helaian yang Jacqueline pakai ketika menghadiri pengebumian Presiden Kennedy.

LEGASI HUBERT de GIVENCHY TAK BERKESUDAHAN      

Hubert memperkenalkan pret-a-porter pada pertengahan 50an. Dia mengembangkan jenamanya, dengan menampilkan himpunan menswear pada akhir 60an pula. Konglomerat fesyen terbesar, LVMH mengambil alih jenama Givenchy pada 1988 namun Hubert masih lagi bertindak mengetuai bahagian rekaan fesyen sehinggalah dia bersara pada 1995. Givenchy musim luruh 1995 adalah himpunan finale Hubert sebelum persaraannya.

Ketua bahagian kreatif (selepas Hubert) di Givenchy semuanya datang dan pergi. Sebaik sahaja Hubert bersara, John Galliano muncul, mengambil alih tugas sebagai penghulu kreatif Givenchy. Akan tetapi John tidak begitu lama bertahan. Setahun kemudian, John berangkat pergi dari Givenchy dan Alexander McQueen pula menggantikan tempatnya – 1996 sampailah tahun 2001 Alexander berada di Givenchy. Lalu Julien McDonald pula hadir menjadi pengarah artistik sehingga 2005. Pada 2005, Riccardo Tisci diberi jawatan sebagai pengarah kreatif dan Riccardo antara yang paling lama mengukuhkan kedudukannya di Givenchy. Selama 12 tahun!

Givenchy musim luruh 1999, sewaktu Alexander McQueen mengambil alih

 

Riccardo dilihat beroleh kejayaan dengan menjulang naik nama Givenchy. Dia berjaya menghimpun peminat-peminat setia Givenchy malah seolah-olah mencipta ‘gerakan kultus’ tersendiri. Secara peribadi, kekuatan Riccardo terletak pada rekaan-rekaan menswear. Lebih-lebih lagi koleksi Givenchy menswear musim bunga 2012 di mana Riccardo memperkenalkan motif Bird Of Paradise yang bagai sukar terluput daripada identitinya. Kemudian, Riccardo mengganas lagi dengan menampilkan technology tribalism untuk himpunan musim bunga 2014 yang begitu hebat dari aspek penataan gaya.

Antara himpunan-himpunan Riccardo Tisci untuk Givenchy. (Dari Kiri) Musim bunga 2012, musim panas 2014 & koleksi terakhir Riccardo tahun lepas.

 

Selepas Riccardo melepaskan tanggungjawab tahun lalu, kini inovasi Givenchy dipusakakan kepada Clare Waight Keller, mantan pengarah artistik Chloe. Baru setahun, satu couture show dan dua musim yang telah dipersembahkan oleh Clare. Bagaimanakah rupa masa hadapan Givenchy nanti? We’ll have to wait and see. 

Clare Waight Keller adalah pengganti terbaru Givenchy. Apakah dia mampu meninggalkan kesan yang dahsyat nanti?

Rest in peace, Hubert. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE