SEARCH

Semangat 1 Malaysia Jadi Ilham Hari Raya Innai Red

Semangat 1 Malaysia Jadi Ilham Hari Raya Innai Red

innai red hari raya 2018

INNAI RED memperkenalkan himpunan Hari Raya 2018 bersandarkan sukma yang membentuk keharmonian Malaysia – menyematkan warna-warni kehidupan kemasyarakatan Malaysia yang kaya dengan bangsa serta budaya, mengilhami Arene P. Khairudin dan Juliani Jamal kali ini!

Beruntungnya Malaysia, yang subur dengan kepelbagaian – baik pada bangsa, agama, latar belakang, budaya juga sosial – bisa dicetuskan sebagai pangkal inspirasi. Kesenian fesyen berlapikkan sendi yang diterbitkan daripada keharmonian, keindahan masyarakat sejagat dan kesejahteraan, pasti menjadikan sesuatu rekaan itu lebih bermakna.

INNAI RED memerihalkan semua aspek tersebut untuk koleksi Hari Raya 2018. Ia mulih ke sarang, tidak berpergian jauh, sebaliknya mendasari tanah air sebagai subjek utama.

Menyatukan yang baharu pada yang lama atau membuatkan sesuatu yang lama menjadi masa kini – potongan baju tradisional dikahwinkan dengan kemodenan – adalah butiran yang diketengahkan oleh INNAI RED. Arene dan Juliani mendalami alam Melayu, mengangkat semula semua pemakaian terdahulu. Seperti kebarung, kebaya, baju kurung labuh juga baju kurung Kedah dan diatur seiring dengan jati diri INNAI RED yakni siluet moden serta disipkan sekali femininity.

Sudah tentu, INNAI RED takkan terlepas daripada perincian-perincian seperti sulaman, manik atau applique. Kerongsang klasik digantikan dengan gancu batu berlian untuk menyegarkan rekaan manakala batu mutiara dan applique tiga dimensi menafaskan inovasi. Dari segi warna pula, rona-rona lembut, pudar serta pastel digabungkan dengan rona-rona bertenaga, kemilau metalik dan motif botani.

Dalam menghebatkan keseluruhan koleksi, fabrik-fabrik mewah seperti broked Itali, taffeta, Jacquard, sutera shantung, charmeuse dan organza digunakan, melangsungkan lagi idea elegan INNAI RED.

Koleksi Hari Raya INNAI RED tahun ini juga cukup istimewa. Buat pertama kalinya, ia bekerjasama dengan jenama aksesori yang sudah menempa nama segenap dunia, yakni Wanderlust+Co – jenama yang diasaskan oleh Jenn Low pada 2010. Wanderlust+Co mereka aksesori-aksesori terpilih untuk dipadukan bersama rekaan-rekana Hari Raya INNAI RED untuk menyempurnakan himpunan.

Harga-harga untuk INNAI RED One raya bermula daripada RM 3,000 ke RM 4,500 dan hanya dijual secara eksklusif di butik INNAI RED di Plaza Damas.

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE