SEARCH

Jadi, Siapa Sahaja Yang Sudah Pakai TommyXZendaya?

Jadi, Siapa Sahaja Yang Sudah Pakai TommyXZendaya?

Semenjak Zendaya memperkenalkan rangkaian kolaborasinya bersama Tommy Hilfiger yakni TommyXZendaya, ia terus mendapat dukungan padu daripada teman-teman seperjuangannya. TommyXZendaya – ‘mantera’ bak scriptio continua ini – seperti galak kali digayakan oleh selebriti-selebriti lain ke acara-acara mahupun program-program tertentu. Kudos Zendaya dan Tommy Hilfiger!

Zendaya mengerah seluruh tenaganya dalam bekerjasama dengan Tommy Hilfiger. Hubungan kolaborasi yang mula-mula terjalin awal tahun ini dan diteruskan dengan mempersembahkan himpunan kolaborasi kedua – untuk himpunan musim luruh dingin 2019 – pada bulan September yang lepas, menyaksikan satu gandingan yang memperoleh kecemerlangan. Antara jaya atau hampa, TommyXZendaya meraih kejayaan.

Untuk himpunan musim luruh dingin 2019, Tommy Hilfiger dan Zendaya mulih ke ‘sarang’, mengadakan pertunjukan di kota New York. Pertunjukan runway TommyNow mengetengahkan format ‘See Now, Buy Now’, himpunan musim luruh dingin 2019 TommyXZendaya mengait inspirasi power dressing. Di mana konsep power dressing diperbaharui dengan menyemat estetika kemodenan Tommy Hilfiger bersama sendi gaya Zendaya yang empowering dan berani.

Polka dot, rona-rona metalik berkilau-kilau, corak haiwan eksotik dan siluet kewanitaan menjadi perhitungan musim luruh dingin TommyXZendaya. Dan bagi menyalakan semangat daripada kejayaan himpunan kolaborasi pertama, Tommy dengan Zendaya tidak mengubur pengaruh stail 70an. Jelas Zendaya dalam Vogue, gaya-gaya serta siluet-siluet musim luruh dingin ini bersandarkan pakaian-pakaian yang dipakai oleh neneknya. “Saya membayangkan gaya era masa itu yang chic dan bersahaja.”

Tommy and Zendaya put on a show! Bukan pertunjukan fesyen normal yang lazim kita lihat, sebaliknya menyandiwarakan pentas yang dibanjiri ragam rencaman. Mementaskan replika bak berada di jalanan Harlem, dengan sekumpulan pemuzik mengiringi pertunjukan fesyen. Seperti biasa, TommyXZendaya musim luruh dingin memperjuangkan diversifikasi. Menampilkan barisan model-model selebriti seperti Winnie Harlow, Halima Aden dan Ashley Graham. Ia kemudiannya disudahi oleh finale model-model berhimpun, berenak-enak menari sambil Zendaya, Tommy dan Law Roach muncul.

Mengekori kejayaan TommyXZendaya, rekaan-rekaannya digayakan oleh selebriti-selebriti ternama. Daripada Tiffany Haddish ke Bebe Rexha, ke Skai Jackson dan beberapa lagi. You name it, TommyXZendaya got it. Ayuh lihat siapa yang sudah menggayakan TommyXZendaya!

tommyxzendaya
Bebe Rexha di tayangan perdana Maleficient 2

 

tommyxzendaya
Skai Jackson dalam Good Morning America

 

Paige Hurd di Soul Train Awards 2019

 

tommyxzendaya
Raja Kumari di American Music Awards 2019 Pre-Show

 

tommyxzendaya
Mafalda dan Maria Borges di keraian March NYC

 

tommyxzendaya
Luna Blaise di Comic Con

 

tommyxzendaya
Sofia Wylie ke Yahoo’s BUILD Series

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE