SEARCH

Kempen Calvin Klein Lebih Artsy Di Bawah Raf Simons

Kempen Calvin Klein Lebih Artsy Di Bawah Raf Simons

Kempen Calvin Klein Lebih Artsy Di Bawah Raf Simons

Bermula dengan pertukaran logo dan koleksi “By Appointment” dalam proses, visi Raf Simons mula terlihat semakin jelas. Melalui kempen Calvin Klein musim bunga, kita dapat melihat cara Ketua Pegawai Kreatif, Raf Simons menginterpretasikan jenama Amerika ini. Membawa tema “American Classics”, kempen ini dipotretkan Willy Vanderperre. Helaian-helaian signature Calvin Klein seperti denim jeans, cotton tank dan seluar dalam putih lelaki dipakai model yang berdirii di hadapan hasil kerja artis-artis seperti Andy Warhol, Sterling Ruby, Richard Prince dan Dan Flavin.

Nampaknya hala tuju Raf Simons untuk Calvin Klein semakin mengarah kepada seni. Kempen iklannya tidak lagi tampil komersial bahkan lebih raw dan real. Katanya dalam kenyataan dalam laman Instagram, “Kempen ini meraikan underwear dan jean ikonik Calvin Klein, mengiktiraf status Pop mereka dan menunjukkannya dalam dunia seni.” Konsep kempen ini juga sebagai menunjukkan betapa Calvin Klein memainkan peranan penting dalam membina dunia fesyen Amerika. Sama konteksnya seperti karya artistik Warhol tentang Marilyn Monroe, Brillo pads dan sup  Campbell mendefinisikan dunia seni Amerika.

Kempen Calvin Klein Lebih Artsy Di Bawah Raf Simons

Calvin Klein juga sedar bahawa kerya seni sarat teks Prince selaras dengan logo jenama yang menghiasi seluar dalam model. Ya, biarpun Simons menunjukkan tanda-tanda perubahan kepada jenama ini tetapi seronok juga melihat dia masih kembali kepada asas jenama ini dalam semua interpretasinya.

Kempen Calvin Klein Lebih Artsy Di Bawah Raf Simons

Kempen Calvin Klein Lebih Artsy Di Bawah Raf Simons

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE