SEARCH

Kempen-kempen Raya 2017 ini ‘Bring Life’, Fantasi & Memancarkan Dinamisme

Kempen-kempen Raya 2017 ini ‘Bring Life’, Fantasi & Memancarkan Dinamisme

Beruntung kita kerana ada pereka-pereka atau jenama-jenama lokal yang mengambil peluang sebelum waktunya Syawal, sudah mengeluarkan himpunan baju Raya yang membuatkan kita rasa tidak senang duduk…kerana sudah terfikir-fikir, “Apa mau pakai Raya nanti? Berkepingin hendak pakai yang mana?” Dan bila baru-baru ini Bernard Chandran selesai mementaskan koleksi Nouveau Petang Raya yang dia berinspirasi daripada pelbagai era dan mencedok gaya-gaya Saloma, Saadiah juga Mariam Ismail, my goodness, the ante is now upped.  Dan bila sebelum Raya datang bertamu, sudah tentu video-video kempen Raya si pereka-pereka atau jenama-jenama ini mula membanjiri.

Bemacam-macam rupa dan stail video kempen yang dipertontonkan. Syot penggambaran sama ada di studio atau di lokasi luar mahupun ada yang berkelana ke destinasi antarabangsa semata-mata. Untuk menghasilkan sesuatu kempen itu, ia terpulang pada apa konsep, mood, jalan cerita dan bagaimana execution-nya. Rasanya, ada sesetengah tak perlu pun bajet sebesar alam, dengan hajat mahu mengungguli yang lain. Paling penting adalah ada seni, citarasa, masih berlandaskan fesyen dan fikirkan ‘apa seterusnya’. Maksud kami dengan ‘apa seterusnya’ adalah fikirkan kesan, the business side of the brand dan juga imej jenama itu. Malah jika ada shock value pun bagus juga. Sekadar syot model-model posing dalam pakaian yang disarung, itu barangkali getting old sudah. Namun setakat ini, tiga video kempen fesyen Raya jenama lokal yang menjadi pilihan – Adila Long, Hatta Dolmat dan Rizalman untuk Zalora – yang bisa membangkitkan satu  keistimewaan menerusi jiwa dan konsepnya yang tersendiri. Its all about the effort and the thoughts they have put in. Mujur tiga jenama ini tidak mengambil ringan hal Raya dan membuatkan semuanya nampak sangat eksklusif.    

KEMPEN ‘DIA RAYA 2017’ – ADILA LONG

Adila Long leave it to you guys to think, to evaluate and to assume. Konsep di sebalik kempen ‘Dia Raya 2017’ ini semuanya terpacul daripada minda Adila sendiri, dibantu oleh team Adila dan Bibo Aswan sebagai salah seorang pengarah seni bersama. Kata Bibo, “Memang Adila mahu ia ‘samar-samar’, bermain dengan perasaan orang bila pertama kali melihatnya. Bagaimana kamu mahu interpretasikan ia itu terpulanglah.” Sepertimana juga fesyen being subjektif, begitu jugalah adicita Adila. Mula-mula menonton teaser kempen ini, rasa eerie juga menonton sosok empat model wanita yang semuanya didandan berambut panjang, bergerak pun lapang longlai.

Namun, setelah menonton durasi panjang kempen ini, ia mengirai kembali perihal tradisional Melayu dulu-dulu – yakni bermain sorok-sorok. Model Hidayah Baharuddin adalah si tukang cari dan selebihnya pula pergi menyorok. Itu menjelaskan mengapa ada syot-syot model seperti ‘beraksi’ camouflage dengan latar. Ternyata, Adila sangat particular dalam menjadikan kempen fesyen ini berjaya. Contohnya, boleh dilihat pada syot-syot, gesture tangan model wanita juga isyarat gerak tubuh dan ekspresi muka masing-masing yang bagai ada maksud. Semua itu memainkan peranan penting untuk ‘mengacau’ pemikiran orang yang menontonnya.

HATTA DOLMAT EID LUXE 2017 – HATTA DOLMAT

Hatta Dolmat mengembalikan fun dan joy untuk kempen Raya kali ini. Tema Inggeris vintaj yang menyimpul inspirasi koleksi Eid Luxe Hatta Dolmat barangkali mempengaruhi Hatta untuk menghasilkan video kempen sebegini. Sementelahan lagu ‘Funnel Of Love’ digunakan sebagai muzik latar, diselitkan lagi penataan  yang menggambarkan wanita klasik dengan gaya skaf kepala diikat ala Audrey Hepburn, kemudiannya ada syot di mana model seakan-akan kelihatan seperti bersedia untuk pergi beraya dengan menaiki kereta lama… benar-benar mengutuhkan keseluruhan idea Hatta. Penggambaran direalisasikan di Melaka – di salah sebuah rumah tradisional yang beridentitikan senibina Melaka – seperti mengkhayalkan kita dengan senario beraya di negeri tersebut dan how is it like back in the 60s. Namun, helaian Raya yang dipakai oleh model digayakan moden dan ia menyeratakan kontras. Secara peribadinya, saya suka menonton kempen ini bukan saja kerana fesyen yang Hatta tonjolkan, bahkan dia menyuasanai rumah tradisional Melaka yang selama ini saya berhasrat untuk lihat. Thanks, Hatta!

RIZALMAN FOR ZALORA – RIZALMAN IBRAHIM

This is very fashion! This is what I’ve always imagined a fashion campaign should look like. Kalau dah ideanya datang daripada the man himself, nak kata apa lagi. Dengan treatment yang visceral, dengan lagu latar yang agresif ditambah lagi aksi-aksi model yang berani… the whole thing nampak sangat menjadi! Bilamana ada kolaborasi Rizalman Ibrahim dengan Zalora, tidak pernah dia menyemberonokan video kempen fesyen. Daripada cereka pendek sehinggalah kempen sebegini, semuanya berjaya. Penggambaran Rizalman For Zalora kali ini berpergian ke kota Paris dan syot-syot banyak diambil di dalam flat juga kawasan sekelilingnya. Tak perlu pun penggambaran yang secara literal menunjukkan monumen kota Paris, sebaliknya cukuplah di dalam flat dan kawasan sekelilingnya saja. Dan daripada syot-syot itu saja sudah boleh tahu ianya Paris. Rizalman mempersembahkan baju-baju Raya dalam aturan yang ultra moden dan baru, tidak semestinya ia harus bersandarkan sesuatu yang konvensional. Dan saya suka dengan ragam si modelnya dalam keadaan sedang memberus gigi, unpack bagasinya dengan lagak tuala disarung meliputi kepala, kerana ia nampak segar di mata saya dan nampak seperti bordering trashy, but in a good-fashionable way. Love!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE