SEARCH

Kempen Musim Bunga Panas 2018, Seni, Selebriti & Real Fashion

Kempen Musim Bunga Panas 2018, Seni, Selebriti & Real Fashion

The best part about new season is the ad campaign. Kempen SS 2018 atau kempen musim bunga panas 2018 sekali lagi menancang perhatian kami – Selena Gomez dengan adik-beradik Hadid masih tak putus-putus lagi menjadi wajah rasmi, real fashion for real people dan konsep kesenian artistik dijulang jenama-jenama terkemuka!

Kempen fesyen untuk musim bunga 2018 memperlihatkan pertentangan dari segi cita rasa masing-masing. Kontras yang dimaksudkan adalah sama ada menggunakan kuasa influencer dunia sebagai tunggak utama ataupun yang mementingkan tema, tidak beranjak daripada idea fesyen semata-mata. Malah, kami ingatkan adik-beradik Hadid berehat tahun ini, tidak terlibat dengan mana-mana projek fesyen. Nope, they are still ‘werking it’!

Sesuatu yang bersifat seni dan artistik turut dijulang, memerihalkan imej yang sedikit ‘pelik’ daripada yang lain. Berani dan penuh ketersendirian. Barangkali itulah tujuannya. Berbicara fasal keunikan, ada jenama yang menyisih diri untuk tidak sama dengan yang lain. Ia menyandiwarakan ‘fesyen’ itu untuk semua orang, kononnya tidak lagi dikelaskan untuk gerombolan tertentu.

Nah! Tak perlu bercerita panjang. Kita ungkai apa cerita di sebalik kempen iklan setiap jenama fesyen terpilih ini.

KEMPEN MUSIM BUNGA PANAS 2018

SELENA GOMEZ UNTUK COACH

Kempen Musim Bunga Panas 2018 Coach Selena Gomez

Tuah buat Selena Gomez yang tidak putus-putus rezekinya bersama Coach. Selepas kolaborasi kapsul tahun lepas, Selena menjadi wajah rasmi untuk kempen Coach musim bunga 2018!

Selena ‘jatuh cinta’ denga visi Stuart Vevers untuk Coach. Kerjasama Selena bersama Stuart berjalan dengan baik, tidak hairanlah dia bersetuju untuk menjadi frontrunner Coach. Steven Meisel bertindak sebagai fotografer, Fabien Baron sebagai pengarah kreatif manakala dandanan serta solekan direalisasikan oleh Pat McGrath dan Guido Palau. Gambar Selena diambil berlatar belakangkan kota New York – bangunan Empire State, secara spesifik.

Stuart mahu menerbitkan semangat Amerika dalam kempen ini. Dia membayangkan kehidupan Amerika si perempuan Coach – menaiki tren bawah tanah dan tinggal di apartmen. Kata Selena, walaupun idea Stuart untuk kempen ini adalah kota besar seperti New York, namun dia membuatkan New York itu seperti sebuah pekan dan membangkitkan rasa homey.

STELLA MCCARTNEY DI MEDITERRANEAN

Stella MCCartney pula mewujudkan suasana atau mood sebenar musim bunga 2018. Yakni menjelmakan eskapisme ke pantai biru di Itali.

Tidak menggunakan kuasa selebriti, hanyalah barisan-barisan model sahaja. Stella McCartney memotret model-model ini dalam gaya yang bersifat artistik sedikit. Pertama kali bekerja dengan fotografer Inggeris, Johnny Dufort, imej-imej kempen musim bunga 2018 diambil di laut Mediterranean juga pantai Sardinia, Itali. Latar belakang Itali, tetapi rekaan-rekaan Stella kali ini memencarkan jati diri British. Yang menjadikan ia ada kelainan adalah poses model-model yang sedikit aneh dan berseni.

Malah mesej di sebalik kempen ini juga adalah memberi perhatian kepada pemeliharaan serta pemuliharaan laut. Stella mengaitkan fesyen dengan sesuatu yang positif dan optimis.

BLACK NYLON PRADA

Kenapa dengan Prada baru-baru ini yang cuba mengangkat himpunan nilon-nya? Kerana Prada mahu orang tahu, antara core produknya adalah rangkaian aksesori nilon yang selama ini membentuk identiti Prada!

Jadi, kempen musim bunga panas 2018 Prada juga memfokuskan koleksi nilon hitam. Prada presents… Black Nylon! Rekaan yang tak makan dek zaman dan DNA Prada menjadi ‘bintang utama’ dalam kempen ini. Fotografer Willy Vanderperre menangkap gambar butiran, perincian serta sifat material koleksi nilon ini, meresap nada sophistication.

Boleh terasa kemodenan itu, sepertimana apa yang dikecapi oleh Prada. Lebih-lebih syot penggambaran di Los Angeles yang bisa menegaskan lagi falsafah Prada.

MIU MIU DI GURUN BARAT DAYA

Berbeza dengan yang lain, Miu Miu musim bunga 2018 mempertemukan satu-satunya pelakon yakni Elle Fanning bersama barisan-barisan model. Elle bergabung tenaga dengan Adwoa Aboah, Edie Campbell, Olivia Anakwe, Cameron Russell dan yang lain.

Melihat kempen baru Miu Miu ini dengan suasana gurun terpinggir, tetapi ada senibina moden di tengah-tengah, membuatkan kita terfikir-fikirkan suasana sebenar lokasi tersebut. Menyuntik tema Return To Arcosanti, Miu Miu mengembara ke Arcosanti – sebuah senibina eksperimen terletak di Arizona. Kawasan gurun serta senibina yang menjadi atmosfera utama Miu Miu itu seperti satu utopia. Membangkitkan rasa jiwa bebas, mood romantik yang dingin dan tidak terkongkong.

ARAHAN CLARE WAIGHT KELLER

Setelah terbongkar arahan kreatif Clare Waight Keller untuk Givenchy yang dinanti-nantikan oleh semua orang, kali ini terungkai pula kempen musim bunga 2018-nya. Disclaimer, ini adalah kempen arahan julung kali Clare untuk Givenchy!

Menyambung atma Transformation Seduction yang lalu, Clare sekali lagi mengembalikan suasana rumah agam di upstate New York. Clare meriwayatkan kemesraan yang peribadi bersaksikan dinding-dinding rumah yang digabungkan dengan entiti surealis. Imej model-model yang melakonkan watak anak-anak muda gilakan muzik rock, semuanya dalam rupa bersantai dalam rumah itu. Clare membangkitkan rasa ‘takut’ dan dalam masa sama ada juga rasa relaks langsung bermain dengan jiwa kita yang melihat kempen ini.

Syot oleh Steven Meisel, ia menampilkan model-model seperti Ansley Gulielmi, Roos Van Elk dan Felice Noordhoff.

SEMUA PAKAI EMPORIO ARMANI

Menariknya, kempen Emporio Armani ini pula mengingatkan kita pada kempen fesyen terdahulu yang sering dibanjiri aksi-aksi model yang kononnya sedang melakukan rutin harian, bersahaja dan oblivious.

Barangkali memang itu pun yang diingini oleh Emporio Armani. Ia mahu mewujudkan suasana real people wears real fashion. Mengikis imej fesyen untuk hierarki tertentu. Terlihat model-model beraksi duduk di kafe, mengitari jalanan kota, bermain papan luncur dan sedang menguruskan sesuatu dalam kempen terbaru Emporio Armani. Konsep yang lain daripada yang lain, Emporio Armani berpegang pada slogan – Everyone has a different story… and everyone wears Emporio Armani.

Model-model dalam kempen ini juga dipilih menerusi street casting. Gambar-gambar pula ditangkap oleh fotografer-fotografer muda seperti Ben Weller, Mark Peckmezian dan Pawel Pysz.

HADID SISTERS BACK!

Kami ingatkan adik beradik Hadid yakni Bella Hadid dan Gigi Hadid takkan muncul lagi musim ini. Tetapi tidak, ya. Mereka kembali lagi menjadi bintang utama untuk kempen Giuseppe Zanotti dan Stuart Weizman.

Bella untuk Giuseppe Zanotti dan Gigi untuk Stuart Weizman. Mert Alas dan Marcus Piggott bertanggungjawab di sebalik lensa untuk Giuseppe Zanotti musim bunga panas 2018. Bella muncul semula berperanan sebagai wajah rasmi dalam kempen ini. Imej yang diambil oleh Mert dan Marcus ini adalah untuk memfantasikan 90an dalam seting yang minimum dan gaya Bella yang sedikit provokatif.

Dan walaupun sedang dalam tentangan hebat daripada orang, Mario Testino sempat menyumbangkan ideanya untuk Stuart Weitzman yang menampilkan Gigi Hadid (plus, Kate Moss!). Ringkas dari segi arahan seni, kempen Stuart Weitzman 2018 ini pula seolah-olah menunjukkan keperkasaan wanita dalam kasut tumit tinggi. Gigi sengaja diletakkan bersama Kate, kerana Stuart Weitzman mahu menggandingkan dua model dari generasi berbeza dalam satu gambaran.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE