SEARCH

Zoe Kravitz, Elle Fanning, Janelle Monae Mengecahkan Keindividuan Untuk Kempen Tiffany & Co

Zoe Kravitz, Elle Fanning, Janelle Monae Mengecahkan Keindividuan Untuk Kempen Tiffany & Co

Mengahwinkan individu-individu yang datang dari latar belakang berbeza dan punya prinsip yang saling tak sama – bayangkan Zoe Kravitz, Elle Fanning, Janelle Monae, Cameron Russell, David Hallberg dan Annie Clark, what do they have in common? Pasti yang terjelma adalah integrasi unik yang sangat utuh. Tidak kisahlah, sama ada gayanya, persona atau perwatakannya, ideologinya mahupun seleranya, pabila tersemat, that’s what makes it beautiful. Dan Reed Krakoff dari Tiffany & Co, meyakini dan menaruh kepercayaan tinggi fasal aspek tersebut.

Enam bintang atau personaliti disatukan, membangkitkan “There’s Only One” – kata kunci  yang mendayai vista kempen Tiffany & Co musim luruh 2017. Pelakon Elle Fanning dan Zoe Kravitz, penyanyi juga pelakon Oscar nominated Janelle Monae, penari balet David Hallberg, supermodel dan aktivis Cameron Russell dan ahli muzik Annie Clark yang turut dikenali dengan nama St. Vincent, disunting oleh Reed Krakoff sebagai penghias kempen “There’s Only One” untuk merai kuasa identiti tersendiri dan pernyataan kendiri.

kempen tiffany & co
Elle Fanning Menyarung Multiple Keys

 

kempen tiffany & co
Zoe Kravitz Memakai Tiffany Hardwear terbaru dan loket Return To Tiffany

 

kempen tiffany & co
Janelle Monae Memakai Rantai Klasik Loket Hati Tiffany dan Cincin-Cincin Tiffany Hardwear

 

“Identiti tersendiri dan menikmati perkara yang menjadikan diri kamu unik cukup penting untuk membentuk kemanusiaan. Terutama sekali buat mereka yang meragui akan keunikan kendiri, kerana ia akan mencetus kepercayaan sehingga mampu membuat seseorang itu faham akan dirinya,” pesan Janelle.
kempen tiffany & co
Cameron Russell Menyarung Dua Cincin Tiffany T dan Elsa Peretti Diamonds by the yard

 

“Tiffany selalu bersandar pada kreativiti, kecintaan dan sikap optimis,” jelas Reed. Gambar-gambar kesemua personaliti ini yang dipotret oleh fotografer terkemuka, Inez & Vinoodh, mencerminkan individuality, memuliakan kecantikan semulajadi juga stail unik masing-masing. Ia mendukung kepelbagaian serta kekuatan keenam-enam personaliti ini menerusi gambaran imaginatif Tiffany & Co.

Kempen “There’s Only One” daripada Tiffany & Co ini juga dinisiasi untuk menggambarkan semula stail peribadi yang mempengaruhi wanita serta lelaki yang telah memakai barang kemas Tiffany selama 180 tahun keberadaannya sebagai jenama aksesori terulung!

kempen tiffany & co
David Hallberg Memakai klip Schlumberger Bird on a Rock Tiffany & Co

 

kempen tiffany & co
Annie Clark (Atau St. Vincent) Pula memakai The Tiffany Victoria TM

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE