SEARCH

KLFW 2018 Eksklusif : Sisi Superstar Diana Rikasari Di Schmiley Mo

KLFW 2018 Eksklusif : Sisi Superstar Diana Rikasari Di Schmiley Mo

Semangat hari kedua KLFW atau Kuala Lumpur Fashion Week 2018 diteruskan lagi. Janji saya untuk bertemu pemain-pemain kuat fesyen di KLFW 2018 dikotakan. Kali ini saya bertemu Diana Rikasari, insan yang mengasas jenama Schmiley Mo!

Diana Rikasari tidak pernah lelah menyimpul senyuman pada minggu fesyen Kuala Lumpur. Datangnya dia sekali lagi berbekalkan kehendak untuk menerbitkan sukma bintang handalan atau dengan lebih senang, superstar, yang memekat kuat dalam dirinya.

“Well, not just the superstar in me, but everyone else! Everyone is a superstar!” Tegas Diana tentang himpunan terbaru SCHMILEY MO DI KLFW 2018.

klfw 2018 schmiley mo eksklusif

Tidak menyingkir semua yang membaluti identiti Schmiley Mo – nakal, ceria dan suka bersenda – Diana semat semua itu bersama ilhamnya yang bersangkutan dengan kecintaannya pada muzik. “Saya seorang pemain gitar dalam kugiran, selalu memasang impian untuk menjadi vokalis. Sungguhpun tak berkesempatan, saya tahu sya adalah bintang handalan… in my own way,” jelas Diana. Terutama sekali genre muzik rock dan folk, menghantui minda Diana sepanjang menghasilkan himpunan Schmiley Mo untuk KLFW 2018.

Saya duduk berbicara sama Diana, seraya meneliti rekaan-rekaan Schmiley Mo – mendalami butiran-butiran, perincian serta siluet yang menjadi percaturan.

EKSKLUSIF BERSAMA DIANA RIKASARI DARI SCHMILEY MO…

klfw 2018 schmiley mo eksklusif

Persiapan untuk KLFW tahun ini, berbanding tahun lepas?

Setiap kali persediaan atau persiapan, kami sentiasa gentar. Kerana ada saja rasa seperti tidak cukup atau kurang lengkap. Dalam masa sama ditambah lagi dengan jagkaan orang-orang nanti selepas pertunjukan. Sedangkan semuanya baik-baik saja! Haha! Setakat ini, semua masih lagi seperti yang dirancang.

Saya lihat ada motif tipografi ‘STAR’ pada salah satu ceraian Schmiley Mo kamu. Adakah itu superstar yang cuba dipersembahkan oleh kamu?

Yes! Definitely! Kerana tema kami terbentuk daripada aspek superstar. Siapa-siapa pun di dunia ini memiliki jati diri seorang bintang dalam dirinya. Jadi, itulah yang mahu saya singkap dan curahkan. ‘STAR’ itu ada dalam diri kamu, yang harus digilap agar bersinar!

Ceritakan sedikit tentang Schmiley Mo untuk KLFW 2018.

Himpunan ini akan dilepaskan pada sekitar bulan September atau Oktober, jadi rona-ronanya lebih banyak menjurus kepada skima warna musim luruh dingin. Tema kali ini pula adalah ‘We Are Superstars’ yang seperti mana saya nyatakan tadi, berkaitan dengan cinta saya pada muzik dan menerbitkan kuasa bak seorang bintang dalam diri.

Dari aspek inspirasi, Schmiley Mo banyak bermain dengan sesuatu yang kamu suka secara peribadi ya?

Betul. Malah himpunan yang sebelum ini pun temanya ‘Eat Your Breakfast’ yang timbul daripada sesuatu yang saya suka secara peribadi. Di mana beri acai atau acai bowl mengilhami saya untuk menghasilkan koleksi tersebut. Saya suka melihat seperti buah-buahan dalam acai bowl dan warna-warnanya, langsung ia dikutip untuk dijadikan elemen-elemen utama dalam ‘Eat Your Breakfast’.

Dalam ‘We Are Superstars’, saya perasan ada kemeja T rock yang washed, ada jean, ada butiran rumbai-rumbai dan siluet bohemian. Adakah kesemua itu gabungan rock dan folk?

Ya. You kinda see both worlds. Rock and folk together. Kemeja T washed, jean ini digabungkan bersama helaian-helaian kemeja putih dengan butiran tassels serta blaus lembut bagi memperlihatkan pengaruh dua genre muzik ini.

Apakah kejutan Schmiley Mo nanti?

Kejutan kami adalah ketika finale. Nantikan!

Kamu juga berkolaborasi dengan Dr Martens untuk KLFW 2018?

Dr Martens menyediakan aksesori-aksesori kasut untuk pertunjukan Schmiley Mo nanti.

Ada ceraian-ceraian Schmiley Mo kali ini sarat dengan motif galaksi kerana…

Ia berkaitan dengan gambaran intepretasi ‘star’ itu. Maka itulah saya menyimbah corak-corak galaksi penuh dan terselit sekali corak signature smiley – of course! Smiley memang akan senantiasa ada.

Dari segi look pula bagaimana? Ada berapa kesemuanya? Skima warna?

Kami mempersembahkan 12 looks kali ini. Dan memang kelaziman Schmiley Mo untuk bermain dengan siluet layering setiap tahun. Kerana kami mahu menampilkan ceraian yang berbeza-beza dan gabung padan antara satu dengan yang lain. Skima warna pula banyak rona hitam. Ini kali kedua Schmiley Mo membariskan rona hitam dalam himpunannya. Tetapi kami mahu menepiskan semua yang tipikal fasal hitam. Kami suntik tenaga pada rona hitam itu.

Siapa sosok perempuan yang kamu bayangkan akan memakai koleksi Schmiley Mo tahun ini?

Semua orang! Tidak kisah sesiapa pun. Asalkan dia bisa menterjemahkan DNA Schmiley Mo yakni fun and quirky. Perempuan yang tidak takut untuk tampil lain, seorang yang versatil dan bijak dalam berinovasi dalam penggayaan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE