SEARCH

KLFW RTW 2017 Tete-A-Tete Eksklusif: #ArdiTalksTo… Zakwan Anuar Bercanda Dengan Seni Tari & Adila Long Membangkitkan Lagi ‘Dia’

KLFW RTW 2017 Tete-A-Tete Eksklusif: #ArdiTalksTo… Zakwan Anuar Bercanda Dengan Seni Tari & Adila Long Membangkitkan Lagi ‘Dia’

KLFW is coming to an end! Hari ini, tidak lama lagi, sebaik saja model penutup Alia Bastamam menoktahi jalan di atas pentas peragaan, bermakna temasya Kuala Lumpur Fashion Week mengusai. Lima hari, 150 pereka serta jenama fesyen dan 20 slot. Sepanjang berhari-hari KLFW RTW 2017, ada pasang surutnya. Persembahan yang terbaik, yang baik-baik saja dan kurang memuaskan itu umpama lumrah pertunjukan fesyen kita.

Let’s just hope for the best next year. Jangan biarkan harapan kita pada medan fesyen lokal kita terkambus dalam lipatan. Apa yang pasti, berakhir saja minggu fesyen nanti, sempurna hembusan nafas rasa lega kesemua 150 pereka dan jenama! Jadi, kita akan lihat lagi siri dialog fesyen #ArdiTalksTo… tahun hadapan? Mungkin.

Untuk yang kali ini, dua pereka – Zakwan Anuar dan Adila Long – menjadi pilihan saya. Empat hari sebelum hari pertunjukan, saya ke butik Adila Long dan semalam pula saya singgah ke woksyop Zakwan Anuar. Saya bertemu dengan kedua-dua pereka ini yang masing-masing mengatur visi yang berlainan antara satu sama lain. Inilah susulan daripada pengalaman saya bersama dengan Adila dan Zakwan, seraya meneliti rekaan yang dipersembahkan di KLFW RTW 2017!

BERSAMA ZAKWAN ANUAR

Houndstooth sekali lagi dipertunjukkan oleh Zakwan Anuar. Bilang kali himpunan Zakwan untuk Kuala Lumpur Fashion Week, pasti ada houndstooth. Zakwan mengaku, dia memang sukakan houndstooth. “I love houndstooth,” katanya. Namun untuk tahun ini, dia keluarkan satu saja look yang bercorak houndstooth. “Saya selitkan satu saja nanti,” kata Zakwan.

Antara yang kelihatan adalah fabrik sutera Thai, spandeks dan baldu berkilat. Ternyata, Zakwan bermain dengan fabrik kali ini kerana niatnya mahu menghasilkan barisan himpunan yang lebih luas aspeknya. Di mana dia menginginkan satu koleksi yang ada perihal eksplorasi dari segi fabrication.

Ada dalam satu dua lagi looks yang harus Zakwan sempurnakan pada hari kami berdua berjumpa di woksyop-nya. Dua belas looks menjadi perhitungan Zakwan. Dan daripada mana lahirnya ilham yang mendayai pemikiran Zakwan untuk himpunannya itu? Daripada riwayat lelaki-lelaki penari. “Tema rekaan saya adalah The Man Who Dances. Ia memekarkan pangsi inspirasi saya fasal lelaki dalam bidang seni tari. Semua ini bermula setelah saya mendengar lagu nyanyian Nina Simone!” Kata Zakwan kepada saya.

“Oh, adakah itu menjelaskan mengapa ada spandeks dalam koleksi kamu?” Tanya saya. “Ya, saya cuba untuk mewujudkan aspek dunia tari tersebut. Sebab itulah ada fabrik spandeks. Tetapi saya tidak jadikan ia sebagai dancewear, sebaliknya spandeks itu saya guna untuk mereka jaket labuh,” balas Zakwan.

Kami tidak berhenti berbicara dan terus saya mendekati lagi himpunan Zakwan yang akan dipertunjukkan di pentas gah KLFW RTW 2017, dalam masa beberapa jam lagi itu!

Kamu ada sebab tertentu, di sebalik pemilihan tema lelaki penari tahun ini?


Seperti yang saya kongsikan tadi, idea itu terbit setelah saya mendengar lagu-lagu Nina Simone. Dalam masa yang sama, saya melihat tarian Argentine tango yang menyemarakkan lagi punca ilham. Daripada gabungan kedua-dua elemen itu, develop kepada hasilan rekaan-rekaan ini.

Mengapa Argentine Tango?


I don’t know. I just fell in love with the dance after I watched it. 

Bagaimana proses rekaannya?


Kami cuba menukar cara kerja biasa kami. Yakni, kami tidak ada sebarang lakaran. Kami sedikit bebas bermain dengan draping on dummy, potong kain untuk bereksperimen dari segi forms dan pada atas pola saja. Jadi, apa-apa yang kelihatan cantik dan menjadi, kami olah daripada situ.

Maka, terhasil bentuk-bentuk dan siluet ini semua?


Betul. Kerana kami tidak mahu menyekat inovasi itu pada bentuk lakaran sahaja. I think we have more freedom playing with shapes. Sebab saya rasa itu menjadikan proses rekaan itu lebih exciting. 

Saya perasan siluet kamu banyak yang oversize, longgar dan labuh. Estetika yang masih menggambarkan Zakwan Anuar.


Saya tidak mahu lari daripada estetika tersebut. Oversized, longgar dan labuh. Walaupun temanya kali ini adalah lelaki penari, saya tetap incorporate ia dengan siluet besar dan labuh. Saya gabungkan kedua-dua elemen itu – tarian dan identiti Zakwan Anuar – untuk menghasilkan rekaan yang tidak konvensional.

Kerana saya tahu orang akan kaitkan tarian dengan sesuatu yang terletak cantik pada tubuh atau yang ketat-ketat. Selain itu, bentuk-bentuk architectural jua terlihat pada struktur rekaan saya.

Perincian-perincian utama kali ini…


Fringes! Saya cantumkan perincian fringes pada bodice belakang jaket. Selain itu, detachable belt pada belakang jaket dan piping finishing di bahagian dalam jaket turut menjadi perhatian.

Palet warna juga adalah rona-rona gelap dan asas?


Itulah saya. Palet-palet warna ini menggambarkan keperibadian rekaan saya.

Would you say this collection is quite personal to you?


Ada benarnya juga. Saya simpulkan koleksi ini agak personal buat saya.  

Siapa sosok lelaki yang kamu jadikan sebagai rujukan untuk memakai rekaan kamu?


Dalam benak fikiran saya, saya membuat gambaran lelaki yang berani dan dia tidak takut dengan sesuatu yang unik. Pada asalnya, itulah yang berbegar dalam akal budi saya. Namun, sepanjang progresif rekaan, saya sedar ceraian-ceraian saya untuk semua orang. It is a fashion for everyone. Ianya terpulang kepada bagaimana kamu memakai dan menggayakan ia.

This time around, it is more ‘well-edited’?


Jika dibandingkan dengan yang sebelum-sebelumnya, saya kira himpunan tahun ini well edited. Perkara yang saya belajar daripada yang lepas-lepas tidak akan diulangi lagi. Jadi, apa yang dipelajari itu telah memperkukuhkan lagi himpunan saya.

Apakah kekuatan himpunan kamu untuk tahun ini?


Himpunan saya kali ini akan memperlihatkan eksplorasi kami dari segi workmanship dan seni kraf pada struktur serta pembuatannya. Misalnya, fokus saya pada teknik tailoring. 

Stail Zakwan Anuar yang boleh kami jangkakan?


You’ll see layerings. More like summer layerings, very relax. Tidak ada yang rumit pun.

Oh, oleh kerana kamu sangat sukakan houndstooth, mengapa tidak menghasilkan rekaan yang didominasi motif tersebut?


Saya selitkan satu saja kerana mahu ada kejutan pada himpunan saya. It is like a small splash. Supaya bila orang menyaksikan himpunan saya, walaupun warna-warna gelap dan asas mengungguli, bila keluar saja look dengan motif houndstooth, they’ll go, “Ok, that’s very Zakwan.”

BERSAMA ADILA LONG

Saya rasa sangat bertuah. Beruntung kerana empat hari yang lepas, saya mengambil keputusan untuk mengadakan pertemuan peribadi saya dengan Adila Long di showroom-nya. Waktu itu, bahang Kuala Lumpur Fashion Week orang kata baru hendak ‘berpijar’.

Rata-rata pereka fesyen semuanya sibuk dengan styling, perbincangan dan editing process. Jadi, semasa melawat Adila hari itu, dia sedang meluangkan masa membuat styling ke atas model Tuti. Jadi, saya sempat mendalami apa adicita Adila Long dan idea yang dia ada pada setiap satu rekaannya.

Ingat lagi sebelum Syawal yang lalu, kita dikhabarkan dengan kempen ‘Dia Raya’ Adila Long yang kelihatan eerie dan dalam masa sama cantik, yang tercetus daripada idea Adila sendiri? Two words – Dia… Revival. Adila meminjamkan semula tema ‘Dia’ tersebut sebagai inspirasi himpunannya untuk Kuala Lumpur Fashion Week tahun ini.

Adila cuba membangkitkan kelainan, dengan mengolah sekali fabrik sari dan yang rekaan bersifat oriental dalam koleksinya. ‘Revival’ pula terletak pada stail juga siluet yang mengiringi ‘Dia’. “This year is a bit boyish, loose and quite rebellious. Itulah Dia Revival,” jelas Adila.

Adila mengaku rasa cintanya pada budaya sebagai subjek yang mendukung setiap tema rekaannya. Untuk KLFW RTW 2017, Adila mengisih subjek yang sama cuma ia lebih agresif dan berani. Dia memfantasikan perempuan yang venturesome dari segi penggayaan diri.

Sebab itulah Adila mahu membuktikan kegigihan dia untuk menyatukan budaya dalam Dia Revival. Ikuti bicara #ArdiTalksTo… sama Adila Long dan mencungkil prinsip dia yang tersirat di sebalik Dia Revival.

Kalau nak bercakap tentang persediaan, kali ini lebih terurus jika dibandingkan dengan yang lepas?


Tahun ini semestinya lebih terurus dan lebih terancang dengan elok. Alhamdulillah. Sekarang ini pun, persediaan kami fokus kepada styling dan fitting untuk memuktamadkan aksesori juga ceraian mana yang dipadukan dengan yang mana satu.

Tentang Dia Revival untuk KLFW RTW 2017. Do we get to see Dia Raya in this collection? Atau sesuatu yang sangat bercanggah?


Saya berani katakan, ada sedikit biasan Dia Raya pada Dia Revival. Contohnya perincian glitter yang menyamai perincian pada Dia Revival. Tetapi saya tone it down pada fabrik berwarna hitam untuk menampilkan kelainan. Dan dari segi fabrik, pun ada juga yang saya ‘sambung’ pada Dia Revival. Kamu ingat dress tunik yang Rita Suraya dalam kempen Dia Raya? Fabrik yang sama saya terus gunakan, tetapi saya olah ia pada jaket bomber pula.

Speaking of fabrics, apa lagi fabrik-fabrik lain untuk himpunan tahun ini?


Saya tidak hanya menggunakan songket saja. Tahun ini saya memperkenalkan sari, syantung dan sutera dalam koleksi saya. Seperti yang kamu lihat, saya menggabung padankan identiti songet Adila Long dengan sari – because I’ve always wanted to work with saree – dengan syantung juga sutera kerana saya kepingin menghidupkan pertembungan budaya tersebut. I’m so glad I get to do it this year!

Mengapa sari?


Sari fabrik yang mencabar. Bidangnya besar dan corak-coraknya pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Jadi saya jadi curious fasal sari. Dalam salah satu dress saya nanti, saya mengadaptasi elemen sari itu, dijadikan perincian.

Songket kamu dari negeri mana?


Saya memilih songket Pahang. Dan untuk saya gubah ia kepada gaya kasual, agak menantang ‘zon selesa’ saya. Lebih-lebih lagi dari segi padanan corak songket tersebut kerana saya tidak mahu menyemberonokan ia.

Would you consider this collection is more quirky than Dia Raya?


Ya. Ia lebih quirky dan fun. It’s like, post Raya, and she wants to put on something casual. But it’s a casual luxe pieces. Saya seorang fabric person. Jadi inspirasi saya lebih kepada mainan fabrik. Sekali lagi, elemen-elemen tradisional dan sifat fabrik itulah yang mengilhami saya.

Sebenarnya, siapa ‘Dia’?


‘Dia’ adalah a sister to Adila Long. Kerana semua tahu Adila Long adalah himpunan yang lebih memberi tumpuan kepada bespoke, bridal dan made-to-measure. Jadi Dia atau Dia Adila pula adalah a different communication. Ia lebih menjurus kepada kasual ready-to-wear luxe. 

Ada dua gambaran yang menyifatkan ‘Dia’ dan ‘Adila Long’. Pertama, Dia itu adalah Adila Long tetapi versi muda. Di mana dia suka bergaya kasual tetapi masih nampak mewah. Dibandingkan dengan ‘Adila Long’, Adila Long Kuala Lumpur pula adalah si ‘Dia’ yang sudah dewasa dan matang.

Adakah ‘Dia’ akan jadi diffusion line Adila Long?


Mungkin dalam masa akan datang. Insya Allah.

Jadi, sasaran ‘Dia’ lebih berpihak kepada pasaran muda?


Tidak terhad kepada pasaran muda saja. Kami mahu Dia itu untuk semua lapisan usia. Bagi saya apa yang penting adalah educate orang menerusi rekaan saya dan bagaimana mereka mahu menginterpretasi gaya masing-masing.

Apakah perincian Dia Revival yang menjadi ‘highlight’?


Saya fokus kepada perincian corak bunga tiga dimensi. Saya ambil fabrik organza, olah ia menjadi kuntum bunga dan sulam pada bodice dalam rupa organik. Saya juga menyulam perincian tali yang dibuat dalam keadaan berlingkar untuk untuk menjelmakan kontinuiti pada perincian.

Apa yang boleh kami jangkakan daripada himpunan Dia Revival tahun ini?


Saya berharap dapat memberi kejutan kepada orang. Mereka berpeluang melihat keberanian saya dalam mengubah siluet serta gaya, bermain dengan warna, tekstur dan seumpamanya. Oh, malah, kamu akan lihat juga saya menggabungkan blok rona seperti warna merah jambu dengan warna hitam.

Kiranya pertama kali menyuntik blok rona?


Ya. Secara peribadinya, saya tidak terlalu gemar blok rona yang warnanya menjerit. As I said earlier, saya hendak keluar dari zon selesa itu dan mendalami aspek yang di luar norma Adila Long.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE