SEARCH

Kolaborasi Fesyen Mana Yang Menghantui Kemelikan Kamu? Kami ‘Breakdown’ 8 Yang (Mungkin) Menjadi Kegemaran

Kolaborasi Fesyen Mana Yang Menghantui Kemelikan Kamu? Kami ‘Breakdown’ 8 Yang (Mungkin) Menjadi Kegemaran

Saya masih tak percaya apa yang terlihat di Instagram. Baju panas berhud Louis Vitton X Supreme berharga 12,000 dolar?! For real? Percaya atau tidak, itulah kenyataannya. At the end of the day, akan ada orang yang berbelanja besar dan melabur duitnya untuk sepasang baju panas berhud yang punya nilai sama dengan sebuah kereta vintaj. Semuanya fasal hype yang digembar-gemburkan oleh orang tentang integrasi jenama high end dan streetwear, sampai memberi ‘tekanan’ kepada mereka ini untuk sekurang-kurangnya memiliki item tersebut sebagai satu kepuasan.

Kolaborasi dua jenama atau dua nama – baik high street dengan high end, mahupun yang high end dengan selebriti – bukan perihal baru kot. Sudah menjadi trend semasa kerana aliran fesyen sekarang yang mahu mengiringi kehendak pasaran. Siapa target market mereka? Milenial. Gerombolan pelanggan generasi baru yang dijangka dalam masa lapan tahun nanti, mereka inilah yang akan menyumbang kepada setengah peratus keuntungan jenama-jenama mewah kelak. Semuanya kerana impak huruf ‘X’ itu yang cukup besar seraya memberi nilai, bukan sahaja kepada jenama-jenama tetapi juga si konsumer. Malah saat Louis Vuitton mengeluarkan himpunan musim luruh 2017 yang berpaksikan Supreme, bagai boleh agak, biar mahal atau murah manapun harganya, akan tetap menjadi pelaburan orang masakini. True enough, sewaktu persembahan himpunan Louis Vuitton tersebut, ia membangkitkan antisipasi keterujaan orang dan keesokan harinya, mereka sudah beratur untuk membeli.

Kemunculan jenama-jenama generasi sekarang atau lebih mudah kalau memanggil mereka jenama-jenama muda seperti Gosha Rubchinskiy yang musim luruh nanti bekerjasama dengan Adidas manakala Vetements yang tak fasal-fasal berkolaborasi dengan Tommy Hilfiger telah menggubah perspektif fesyen. Mereka cukup bijak berinovasi dengan jenama-jenama yang sedia ada, mengolah ia dalam rentak yang mengiramakan kemahuan generasi sekarang sehingga menjadikan fesyen sebegini seperti kultus kepada konsumer alaf baru. Kerana generasi sekarang (or rather) generasi akan datang, menuntut permintaan baru dalam fesyen. Mereka kiranya seperti ‘reaksionis’ tetapi the other way round. Di mana mereka ‘menentang’ sesuatu yang lama atau legasi jenama-jenama fesyen, sebaliknya mendambakan pembaharuan. And the only way to tap them, dengan menghasilkan koleksi yang lebih ‘muda’, relatable dengan mereka dan sudah tentu, yang ada hype. Jadi, kolaborasi mana yang kami pasti dan jangka akan menjadi kegilaan konsumer? Kami senaraikan di bawah!

GUCCI X COCO CAPITAN

Gucci tak lagi serius, dengan menampilkan rekaan yang nakal dan bersahaja. Integrasi antara Gucci dan artis Sepanyol, Coco Capitan mempertaruhkan sisi kesenian Coco yang dicurahkan ke atas item ikonik Gucci. Langsung mempersembahkan kelainan dan bukan dalam norma biasa Gucci.

H&M STUDIO X COLETTE

Himpunan eksklusif H&M Studio bersama Colette, direka khusus untuk wanita moden. Colette, stor konsep yang cukup dikenali di Paris, mengambil inisiatif untuk menghasilkan helaian-helaian yang sudah menjadi identiti Colette yakni warna biru serta ceraian-eraian yang direka unik.

VETEMENTS X TOMMY HILFIGER

Tommy Hilfiger sendiri menyatakan hasrat kolaborasinya dengan Vetements kerana Tommy melihat Vetements sebagai satu jenama yang cool dan terkini. Bagaimana mereka mengahwinkan falsafah kesukanan Amerika dan French flair? So exciting!

MANOLO BLAHNIK X RIHANNA

Kolaborasi ketiga Rihanna dengan Manolo Blahnik. Dan baru-baru ini, Rihanna menerima anugerah kasut terbaik untuk himpunan Puma-nya. Jadi, what else? Sudah tentu wanita-wanita sudah eyeing on these!

LOUIS VUITTON X SUPREME

Kolaborasi yang menjadi buah mulut dan kegilaan orang. Louis Vuitton X Supreme. Sesuatu di luar jangkaan kerana biar apapun dan bagaimanapun harganya, akan ada pembeli-pembelinya.

JW ANDERSON X CONVERSE

Kolaborasi JW Anderson bersama Converse memperlihatkan siluet Converse mencampuri falsafah JW Anderson. Kebendaliran gayanya berupa campuran antara maskulin dan feminin yang mampu menawan pasaran genderless. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE