SEARCH

Fur Coat Atau Kot Bulu Sebagai Staple Gaya Kamu Kali Ini… Pastikan Ia Faux-Fur!

Fur Coat Atau Kot Bulu Sebagai Staple Gaya Kamu Kali Ini… Pastikan Ia Faux-Fur!

Just go and wear fur coat this week! Mengapa tidak? Namun, nasihat kami pastikan ia faux-fur. Peraturan mudah pabila pakai jaket atau kot bulu ialah pakai ia dengan helaian kamu yang the most chicest, senang untuk kamu capai gaya ultra-chic! Percayalah, ia takkan melumpuhkan penampilan apatah lagi buat kamu rasa terkecundang, saat memakai ceraian jaket atau kot bulu sebagai pelengkap gaya. Ia sentiasa berhasil… and it works all the time!

Lebih-lebih lagilah musim dingin kali ini kerana jaket atau kot bulu hadir lebih stylish than ever. Disimbah warna-warna terang bertenaga, pertembungan dwiwarna, penuh corak, bertekstur kasar untuk menguatkan lagi rekaan malah melestarikan sesuatu yang klasik pun ada namun hadir dalam rupa yang lebih versatil.   

Bagaimana nak pakai jaket atau kot bulu? Benar kalau ada yang bilang cara pakai jaket atau kot bulu adalah dengan memadukan ia bersama helaian dalam yang ringkas – pakai dengan all black pieces atau siluet bersih. Tetapi kami perasan, cara pakai musim ini membenarkan kamu untuk berinovasi dalam lagak yang kreatif, tak lagi menjadikan ceraian jaket atau kot bulu itu sekadar accessorizing.

CARA PAKAI FUR

COMES IN A PACKAGE

Pakai Fur Coat Sebagai Staple

 Helaian dalam yang hanya kemeja T dan seluar jean sahaja pun akan jadi lebih cool kalau ada jaket atau kot bulu yang menyelimuti tubuh. Terutama sekali yang warnanya sedondon atau dalam keluarga warna yang hampir sama. Selayang pandang, orang akan ‘lupa’ itu adalah jaket atau kot bulu kerana ia sebati dalam penampilan.

IKUT CARA ANNA DELLA RUSSO

Pakai Fur Coat Sebagai Staple Cara Anna Della Russo

Go loud and clear! Gayakan ia mengikut cara Anna Della Russo. Kalau helaian dalam ringkas, warna hitam penuh dan seumpamanya, jadikan jaket atau kot bulu itu visible dan dominan. Pilih ceraian jaket atau kot bulu yang warna terang atau menjerit, tunjukkan sisi ‘rebellious’ itu. Jangan takut dengan warna yang kontra dan yang ada tekstur.

LAPIS ATAS SUT? NOT A PROBLEM

Pakai Fur Coat Sebagai Staple Dengan Sut

Cara penggayaan ini kami sangat suka. Pakai sut potongan slim dan di atasnya, layered dengan jaket atau kot bulu. Tak cukup dengan itu, silangkan bersama fanny pack. Ok, that is ultra chic! Untuk menampakkan sut yang kamu pakai di dalam, syaratnya mudah saja. Pilih jaket atau kot bulu yang senteng juga potongan slim. Agar tidak memunahkan idea keseluruhan.

SEBAGAI WARDROBE REGULARS

Pakai Fur Coat Sebagai Staple

Jangan takut jadikan jaket atau kot bulu itu sebahagian daripada staple pakaian kamu. Pilih jaket atau kot bulu yang mampu dipadankan dengan apa sahaja ceraian yang kamu ada. Misalnya, yang nampak elok pabila dipakai dengan seluar wool atau kemeja putih kamu, mahupun yang mampu menyaingi kasut yang dipakai.  Sebaliknya, jaket atau kot bulu itu umpama indistinguishable from the rest of your wardrobe.

You May Also Like

Leave a Reply