SEARCH

Last Minute Shopping Raya, Apa Yang Menarik Di Zalora?

Last Minute Shopping Raya, Apa Yang Menarik Di Zalora?

Seandainya gambaran ini yang timbul di fikiran kamu : mendekati hari Raya pertama, tidak sempat lagi membeli baju Raya. Hati seperti ditikam rasa buncah, akal melayang tak tentu arah memikirkan “Apa yang perlu buat?!” Baru semalam kami kongsi tip stail bagaimana hendak bergaya di hari Raya dengan menyatukan helaian-helaian sedia pakai daripada jenama rencam. Hey! Sekurang-kurangnya, tip stail tersebut bisa membantu dan dapat dijadikan sebagai ‘algoritma’ untuk hari Raya ini.

Nak menyesal kemudian hari pun tak guna juga, kan? Mengapa perlu jadikan Raya ini merenggut rasa gembira kamu? Bila fikir-fikir semula, Raya kan sebulan. Jadikan Raya sebulan kali ini lebih bermakna dan usah risau, kamu punya cukup masa lagi untuk shopping Raya! Tak salah jika kamu masih mahu melayari ‘belanja terhubung’ atau membeli-belah dalam talian untuk mendapatkan baju Raya, lebih-lebih lagi dalam masa terdekat ini.

Hab membeli-belah dalam talian terbaik? Sudah tentulah Zalora. Menghidangkan jenama-jenama pereka lokal antaranya seperti Ezzati Amira yang berinspirasikan siluet oriental, Lubna yang menampilkan kepelbagaian saiz, Rizalman yang bersendikan keinggerisan dan kesenian fabrik renda mengolah peplum daripada Petra… kami menemukan the best sale dalam Zalora! Tambahan pula ada yang didatangkan lagi dengan kod promo, bila nak menghampiri tarikh Raya ini. What else could you ask for?

Jadi, kami telah susun lapan baju Raya pilihan STAIL.MY yang boleh dibeli menerusi Zalora untuk senarai ‘last minute shopping Raya’ kamu!

Last Minute Shopping Raya zalora

EZZATI AMIRA Beaded Blouse With Waterfall Skirt, RM 286.90

YADOTSA FOR ZALORA Rehana Kaftan Abaya, RM 290.90

SYOMIRIZWA GUPTA FOR ZALORA Eva Modern Kurung, RM 317.90

RIZALMAN FOR ZALORA Kiera Colourful Jubah, RM 419.90

PETRA Kiani Black Peplum Kurung, RM 328.90

LUBNA Pleated Wrap Dress, RM 131.90

KAMI IDEA FOR ZALORA Canila Bell Sleeve Dress, RM 228.90

JUSTIN YAP COLLECTION Ixora Belted Kurung, RM 292.90

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE