SEARCH

Lexi Dalam Modern Love, Watak Kasihan Tapi Stailish!

Lexi Dalam Modern Love, Watak Kasihan Tapi Stailish!

Kelmarin, seharian saya binge-watch siri web antologi Modern Love. Teman saya yang merekomenkan siri ini dan tidak terduga sama sekali, ia memupuk minat saya, berjaya menghabiskan terus kelapan-lapan episod. Bermula daripada episod ‘When Your Doorman Is Your Main Man’ sehinggalah ‘The Race Grows Sweeter Near Its Final Lap’. Phew!

Sungguhpun rencam pendapat terbit daripada barisan pengkritik mengenai siri Modern Love ini (dan saya bersetuju juga dengan beberapa), namun ia tidaklah terlalu ‘teruk’ sehinggakan tidak kelulu untuk ditonton. It’s just a series about love in New york. Simple. Sekadar sebagai hiburan atau menaruh rasa “Aww…” mahupun untuk menguntum senyum pada wajah kita dan membuatkan kita rasa seperti mahu berada di New York sepanjang menontonnya… bolehlah.

Malah, ada episod-episod Modern Love yang bermain dengan teka-teki. Di awalannya, kita tidak boleh agak apakah jalan ceritanya atau bagaimanakah kesudahannya. Ia mengajak kita untuk berfikir dan saya suka penceritaan yang sebegini rupa. Saya tafsirkan siri ini umpama filem Serendipity bertemu Once dan ada sedikit campuran siri Divorce juga Black Mirror. Oleh kerana Modern Love diarahkan serta ditulis oleh John Carney, maka feel siri ini ‘very-John-Carney’.

Menyentuh fasal kekurangan siri ini pula, it’s like a hit and miss kinda thing. Saya sedar siri Modern Love ‘belum cukup’ dari aspek diversifikasi, tidak memfokuskan kisah cinta LGBTQ dan seumpamanya. Sedangkan judulnya ‘Modern Love’, saya menyangka akan adalah kisah-kisah cinta yang sebegitu.

 

Namun dalam banyak-banyak episod Modern Love yang sebenarnya berasaskan artikel-artikel dalam salah satu ruangan The New York Times, saya tertarik dengan episod ‘Take Me as I Am, Whoever I Am’ yang menampilkan dua pemeran utama yakni Anne Hathaway dan Gary Carr. John Carney mengindahkan episod ini dengan gemblengan konsep muzikal – kekuatan John yang sebelum-sebelum ini pernah mengarah filem-filem cinta genre muzikal – untuk memerihalkan perasaan mencari cinta si Lexi yang dilakonkan oleh Anne Hathaway.

Episod ini memperlihatkan babak-babak Lexi bercanda bersama persekitarannya, mengusik logik akal kita dengan tarian-tarian muzikal di mana tiba-tiba ada satu babak itu Lexi seolah-olah berada dalam opening siri 60an dan disempurnakan oleh suara Lexi sebagai pengisah utama. Ia kemudiannya berubah – daripada alam fantasi penuh kegembiraan Lexi kepada perihal sebenar Lexi yang sangat-sangat kasihan [spoiler alert]. Kita didedahkan kepada watak Lexi yang sebenarnya menghidap sakit Bipolar. Oleh sebab sakit Bipolar tersebut, dia berubah secara tiba-tiba, menjadi sedih dan murung. Sampaikan dia diberhentikan bekerja dan kehilangan cinta sejatinya, yakni Jeff (lakonan Gary Carr).

Apa yang mencuit perasaan saya adalah gaya-gaya yang ditampilkan oleh Lexi, terutama sekali pakaian-pakaian dalam babak-babak ‘gembiranya’! Lucy Corrigan selaku penata gaya siri Modern Love ini, memilih bermain warna-warni, tekstur serta styling kontra untuk Lexi. Dia menggabungkan ceraian jemeki berkilau-kilau bersama skirt berona jingga dan dipadankan dengan kot tebal merah jambu berkolar bulu-bulu.

Saya juga suka babak-babak imaginasi Lexi beraksi dalam opening sequence siri 60an yakni That Girl, yang mempertontonkan pertukaran wardrobe vintaj. Helaian-helaian vintaj daripada Pierre Cardin, Yves Saint Laurent dan macam-macam lagi menjadi tumpuan utama Lucy, semata-mata untuk menghidupkan opening sequence That Girl tersebut. Kemudian, Lucy mengubah pakaian-pakaian Lexi kepada rona yang dull juga sedikit tidak bertenaga untuk babak-babak ‘Bipolar’ Lexi. Kata Lucy, dia sengaja menegaskan perubahan itu, untuk menampakkan dua karakter Lexi yang berbeza.

ANTARA ‘LOOK’ BABAK ‘GEMBIRA’ LEXI DALAM MODERN LOVE YANG SAYA SUKA!

lexi modern love anne hathaway

 

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE