SEARCH

Liya Kebede, Shailene Woodley Ubah Persepsi Puffer & Gaya Pilihan Kami Di Fashion Awards 2019

Liya Kebede, Shailene Woodley Ubah Persepsi Puffer & Gaya Pilihan Kami Di Fashion Awards 2019

Liya Kebede dan Shailene Woodley melewati, menyenggol karpet merah Fashion Awards 2019 kelmarin dengan skirt labuh puffer mereka. Kedua-duanya melaram dalam rekaan Moncler rangkaian Genius – Liya menyarung ceraian kemeja T putih bersama skirt kembang puffer manakala Shailene memakai dress berserta outerwear puffer, di mana kedua-duanya daripada Moncler rangkaian Genius X Pierpaolo Piccioli X Lemlem – dan mengikat perhatian kami.

Liya dan Shailene mencemerlangkan gaya puffer dan mengubah butiran puffer kepada citra glamor! #STAILavvv!

Fashion Awards 2019 kelmarin menyaksikan kejayaan Daniel Lee yang menyelia Bottega Veneta, menegapkan kedudukannya sebagai orang kuat industri masa kini. Daniel berjaya menjadi salah seorang strong fashion player – membawa pulang paling banyak anugerah; Accessories Designer of the Year, Womenswear Designer of the Year, Brand of the Year dan Designer of the Year.

liya kebede moncler fashion awards 2019

Rihanna menggondol anugerah kategori Urban Luxe untuk jenama Fenty miliknya, manakala Adut Akech (seperti yang sudah dijangka) memenangi Model of the Year.

Pada hari bernama buat orang-orang industri fesyen ini, gaya-gaya terbaik karpet merah menyuasanai acara. Di tengah-tengah ratusan undangan glamor yang ‘menyerbu’ Fashion Awards, Liya dan Shailene muncul dalam gaya #win. Memilih rekaan puffer, siap ada motif corak Ethiopia, membuktikan kedua-dua sosok ini tidak gentar mengubah kod glamor karpet merah. Mereka ‘menongkah perintah’, membiarkan gaya yang agak nakal serta bercanda dengan sesuatu yang unik. Kecerdikan mereka untuk tampil berbeza telah mencetus detik fesyen 2019…percayalah!

Sebahagian daripada rakan kolaborasi himpunan rangkaian Genius, Liya berkongsi beberapa gambar dia menggayakan rekaan Moncler ini di akaun Instagram-nya. Dia kelihatan bersahaja dan relaks, apatah lagi dia melengkapi gaya tersebut dengan kemeja T putih daripada Lemlem. She made puffer skirt looks good dan membangkitkan rasa seperti mahu sahaja menggayakan rekaan puffer sebegini untuk mana-mana acara formal. Why not?

Dan malam Fashion Awards itu juga terbetik detik indah buat Moncler – bukan sahaja gaya Liya dan Shailene yang menyerikan karpet merah – kerana Remo Ruffini meraih anugerah Business Leader.

Giovanna Engelbert dalam Richard Quinn 

Lily James dalam Valentino

Rihanna dalam Fenty

Emilia Clarke dalam Schiaparelli

Adut Akech dalam Valentino

Tracee Ellis Ross dalam Loewe

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE