SEARCH

Lofarbag Mini Kolaborasi Kedua Neelofa dan Sometime Dilancarkan!

Lofarbag Mini Kolaborasi Kedua Neelofa dan Sometime Dilancarkan!

Setelah meraih keberhasilan di luar jangkaan menerusi himpunan terdahulu, ZALORA sekali lagi memperkenalkan kolaborasi kedua Neelofa bersama Sometime By Asian Designers… Lofarbag Mini! Berpaut pada gaya olahan serta konsep ‘mini’, Lofarbag yang baharu ini menjunjung tiga karakter utama yang mencerminkan ia yakni – confidence, grace and fun.lofarbag neelofa sometime zalora

Cetusan idea, kreativiti dan cita-cita tinggi yang terjalin di antara dua akal budi – seorang wiraswasta, pencinta fesyen juga ikon berpadu tenaga dengan maestro dalam seni pembuatan beg – lalu terhasilnya sesuatu yang bukan sahaja luar biasa, namun selari dengan apa yang orang cari. Praktikal? Tidak menepis kebergunaan? Paling penting, stail-ish? Semua inti pati ini diatur seiring menjadi ‘konstruksi’ utama ciptaan oleh dua nama lokal yang begitu membanggakan.

Neelofa dan Sometime By Asian Designers, mempersembahkan Lofarbag Mini!
lofarbag neelofa sometime zalora

“Perbincangan saya bersama Sometime mengenai rekaan juga konsepnya dan proses pembuatan koleksi Lofarbag Mini ini terjadi pada hujung tahun lepas. Dan sekarang, tiba masanya ia untuk diperkenalkan!” Jelas Neelofa tentang kolaborasi keduanya dengan Sometime. Tidak mengikut trend masa kini, sebaliknya menginspirasikan Neelofa sendiri sebagai estetika rekaan. Namun kerana sifat ringkasnya dan tak makan dek zaman, Lofarbag Mini sangat-sangat relevan.

Menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan proses pembuatan Lofarbag Mini, Neelofa dan Sometime mengambil kira segala aspek. Baik warna juga material, mahupun butiran-butiran kecil hardware yang digunakan untuk menyempurnakan rekaan. Seperti yang ditegaskan oleh Neelofa, aspek-aspek rekaan Lofarbag Mini ini menepati kehendaknya – Neelofa yang menyukai beg-beg yang kelihatan structured, boxy dan rekaan seakan-akan minima. “This bag is so me. All came down to what I want in a bag,” kata Neelofa.

Bak kata Neelofa lagi, jangan mudah terpedaya oleh saiz atau rupanya! Yang menariknya fasal Lofarbag Mini adalah ia bukan sekadar beg biasa. Ia dilengkapi kompartmen atau ruang yang menyerupai bahagian dalam dompet yakni poket-poket kecil untuk menyelit kad, wang dan seumpamanya. Manakala terdapat ruang yang sedikit besar pada bahagian hadapan beg yang memudahkan lagi penyimpanan.   

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE