SEARCH

Kuala Lumpur, What’s New? Pembukaan Butik Longchamp & Tiffany & Co. Yang Baru Di Dua Nadi Utama

Kuala Lumpur, What’s New? Pembukaan Butik Longchamp & Tiffany & Co. Yang Baru Di Dua Nadi Utama

Pertumbuhan jenama-jenama baru di Malaysia, terutama sekali yang muncul di kota Kuala Lumpur semakin menjadi-jadi. Membuktikan purchasing power orang-orang kita tak disangkal lagi, semakin hebat. Lantaran itu, bukan jenama-jenama baru sahaja yang datang ‘mengganas’, malah sesetengah jenama yang sudah lama wujud di sini mengambil peluang mengembangkan dan memperluaskan lagi bisnes.

Apa yang baru di Kuala Lumpur bulan ini? Pembukaan dua butik baru, Longchamp dan Tiffany & Co. yang memilih dua pusat membeli-belah utama! Bersedia untuk berkunjung (dan melaburkan perbelanjaan) merasai pengalaman baru?.

KUALA LUMPUR, WHAT’S NEW? LONGCHAMP BARU DI SURIA KLCC

Kuala Lumpur Mademoiselle Longchamp Suria KLCC

Aras bawah atau aras G Suria KLCC kali ini diserikan lagi dengan kehadiran butik baru yang menjunjung identiti French chic pada fasad binaannya. Butik Longchamp yang baru kini dibuka di Suria KLCC!

Pada hari pembukaan butik Longchamp Suria KLCC awal bulan yang lalu, ia mengambil tema ‘Mademoiselle’ – untuk mengiringi pelancaran it bag terbaru yakni Mademoiselle Longchamp. Ia menampilkan instalasi dinding Mademoiselle Longchamp Neon yang cukup istimewa, sekali dengan gaya pangsapuri Parisian Hausmann untuk menyuasanai mood ‘French Chic’ dan mencipta momen Instagramworthy.

Saat menginjakkan kaki masuk ke dalam butik baru Longchamp ini, terus terpancar atmosfera butik utama Longchamp di Rue Saint-Honore, terutamanya pada bahagian dalaman. 2000 meter persegi yang sangat luas, terhias dengan tekstur marmar, kayu, kulit dan fabrik. Dilengkapi lagi dengan pencahayaan dalam yang menerangi butik, terus mencipta ilusi kemewahan yang segar pada pandangan.

Sudah tentu, semua koleksi beg Longchamp untuk wanita dan lelaki tersusun rapi pada rak-rak di dalam butik, termasuklah aksesori-aksesori kecil juga beg-beg bagasi.

SELEBRITI-SELEBRITI YANG HADIR KE HARI PEMBUKAAN LONGCHAMP SURIA KLCC

KUALA LUMPUR, WHAT’S NEW? TIFFANY & CO. ‘SO NEW YORK!’ DI PAVILION

Kuala Lumpur Tiffany & Co Pavilion KL

Detik tiba ke butik Tiffany & Co. yang baru pula – pada hari pembukaannya – terlihat binaan cermin besar yang mengadap jalan besar The golden Triangle di hadapan Pavilion dan tangga spiral berwarna putih yang terletak betul-betul berdekatan dengannya berjaya mencuri perhatian waktu itu. Dan pabila ada tampalan salji-salji ‘artificial’ yang menghiasi cermin besar tersebut, ia terus membangkitkan suasana kota New York pada musim dingin!

Oh, terima kasih Tiffany & Co. kerana membawakan kepada kami pengalaman berkelana ke New York! Dalam masa sama mengingatkan kita pada babak awal filem Breakfast At Tiffany’s.

Butik Tiffany & Co. yang baru pula dibuka di Pavilion Kuala Lumpur. Dibina dalam rupa dupleks (di aras dua dan aras tiga), secara keseluruhan ia berkeluasan 3,430 meter persegi. Butik baru Tiffany & Co. ini menjelmakan aura yang cukup mewah dan elegan, yang jelas terpencar dari segi binaan dalamannya. Ia sengaja dibina dalam keadaan kontemporari, ringkas dan clean lines, kerana mahu menjadikan butiknya tak makan dek zaman.

Untuk menyempurnakan lagi suasana, candelier kristal besar dramatik – yang dihasilkan oleh artis berpangkalan di London, Studio Roso – yang menjadi salah satu feature  ketika memasuki pintu utama di aras dua. Candelier ini menginterpretasi semula candelier yang sama digunakan di dua butik flagship Tiffany & Co. di Milan dan Moscow.

SUASANA DALAMAN BARU BUTIK TIFFANY & CO. PAVILION KUALA LUMPUR

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE