SEARCH

The Louis Vuitton Catwalk, Buku Yang Merencanakan Pentas Ikonik LV!

The Louis Vuitton Catwalk, Buku Yang Merencanakan Pentas Ikonik LV!

the louis vuitton catwalk book

Menyambut dua dekad dalam mewarnai pasaran ready-to-wear dan lebih serratus tahun dalam industri fesyen sedunia, Louis Vuitton muncul dengan The Louis Vuitton Catwalk – buku yang merencanakan serta mendokumentasikan fotograf-fotograf pentas peragaan ikonik Louis Vuitton sewaktu ia dikepalai oleh Marc Jacobs sehinggalah kini di bawah tampuk pimpinan Nicholas Ghesquiere.

Enam belas tahun Marc Jacobs bersama Louis Vuitton. Ketika dia dilantik untuk menerajui bahagian kreatif Louis Vuitton pada 1997, Marc umpama anak dagang. Bayangkan jenama Perancis yang beratus-ratus usianya, menginovasi bagasi peti yang megah menapak dalam pasaran mewah, didatangi oleh pereka fesyen Amerika yang menggemilangkan himpunan pakaian sedia pakai serta aksesori.

the louis vuitton catwalk book

Koleksi ready-to-wear dan aksesori-aksesori yang diperkenalkan oleh Marc pada 1998 mengisi kemahuan juga permintaan orang ramai sehingga mengecap sukses komersial dan kejayaan kritikal.

Dengan semangat di dada yang tersisip daya kreatif pada akal budi Marc, Louis Vuitton mula mementaskan persembahan peragaan yang gah, ikonik dan tidak dapat dilupakan sehingga terbetik sejarah.

Ia memalit ingatan akan persembahan-persembahan pentas yang pernah digarapkan oleh Marc. Kereta api menyuasanai ruang acara di mana model-model menelusuri mengelilinginya, pentas yang lengkap terhias eskalator serta corak petak selang-seli kuning putih yang mencemburui mata dan mana bisa lupa salah satu pertunjukannya memunculkan barisan rekaan berupa seragam jururawat untuk membuka pentas.

Lalu, bila Nicholas Ghesquiere hadir menggantikan Marc sebagai pengarah kreatif di Louis Vuitton pada 2013, dia tidak membantutkan cita-cita tersebut. Nicholas meneruskan idea-idea pentas ikonik Louis Vuitton untuk setiap rekaan yang ditampilkan saban musim. Salah satu yang membekas adalah Nicholas melantarkan idea menggabungkan past and future di Musee de Louvre – bahagian dalaman gedung seni itu yang sediakala klasik dipertemukan dengan pentas futuristik – sewaktu persembahan musim luruh 2018.

Semua ini yang begitu ikonik tentang Louis Vuitton sewaktu di bawah kepimpinan Marc dan Nicholas dibukukan dalam The Louis Vuitton Catwalk! The Louis Vuitton Catwalk mendokumentasikan lebih 1,350 imej rekaan-rekaan Marc juga Nicholas untuk Louis Vuitton serta gambar-gambar pentas peragaan Louis Vuitton yang menimbulkan kesan kuat. Buku ini disempurnakan lagi dengan pengenalan oleh Jo Ellison, profil-profil Marc dan Nicholas manakala teks pula ditulis oleh Louise Rytter.

Lihat antara imej-imej fotograf yang terkandung dalam The Louis Vuitton Catwalk (di bawah)!

 

 

 

 

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE