SEARCH

Louis Vuitton Cruise 2019 Junjung Cinta Grace Coddington Pada Felin

Louis Vuitton Cruise 2019 Junjung Cinta Grace Coddington Pada Felin

Dalam pada cahaya musim bunga panas membenderangi The Marguerite and Aimé Maeght Foundation di Paris, Nicholas Ghesquiere mementaskan satu ekspresi seni pada Louis Vuitton Cruise 2019. Nicholas menyinggahi akal budi insan-insan seni seperti peniaga seni, Aime Maeght dan artis, Joan Miro, menikmati estetika-estetika mereka sebagai perhitungan rekaan-rekaan Cruise kali ini.

Di balik kebebasan Nicholas membenamkan diri ke dasar kesenian yang menguji inovasi dan kreativitinya, sempat dia bercanda! Dia mengasimilasikan sekali imej Blanket, Pumpkin dan Leon – we’re talking bout his love for animals!

louis vuitton cruise 2019 grace coddington
Imej ilustrasi kucing Grace pada rekaan-rekaan LV Cruise 2019

 

Nicholas bekerjasama dengan teman rapatnya, mantan pengarah kreatif Vogue, penata gaya, penulis juga pengarang, Grace Coddington dalam menyemat serta memaniskan kecomelan ilustrasi-ilustrasi kucing dan anjing pada motif ikonik monogram Louis Vuitton. Ya, nama-nama Blanket, Pumpkin dan Leon adalah julukan haiwan peliharaan Nicholas dan Grace – kedua-dua kucing Instafamous Grace bernama Blanket dan Pumpkin, manakala anjing peliharaan Nicholas dipanggil Leon.

It started with our love for animals, it’s where Nicholas and I really connect beyond fashion,” kata Grace, yang begitu teruja fasal kolaborasi Louis Vuitton ini.

Bagi Grace, ia mengumpamakan satu impian jadi kenyataan buat Pumpkin dan Blanket.

Obsesi fesyen dengan haiwan peliharaan is like, a thing – sama seperti Givenchy sewaktu menyunting Clare Waight Keller sebagai pengarah artistik baharu, di mana Clare pun turut bersenda ria dengan felin – namun, ini bukan kali pertama Grace memegahkan kucing kesayangannya untuk kolaborasi fesyen. Masih terkandung lagi dalam fikiran kamu akan aksesori beg dan skaf Balenciaga serta haruman Commes des Garcons? Dia malah ‘mereplikakan’ imej dirinya sendiri dalam lembaran fesyen Vogue pada 2008 yang dirakam oleh Steven Meisel, di mana Karen Elson berlakon sebagai Grace sambil bergandingan dengan kucing-kucing comel.

It’s like telling us, if you know Grace, she is a crazy cat lady. Seperti menjulang adicita Grace fasal fesyen, yakni membentuk naratif dalam fesyen, kerjasama-kerjasama ini seolah-olah menyerakkan kecintaan dia pada kucing.

Blanket, Pumpkin dan Leon menghiasi aksesori-aksesori LV Cruise 2019, seperti beg juga item-item kulit dan helaian-helaian sedia pakai. Koleksi kapsul eksklusif ini bakal dikeluarkan di pasaran Oktober nanti. Kami jamin (saya tahu, saya sendiri pun) tidak sabar menanti kehadiran Louis Vuitton X Blanket X Pumpkin X Leon!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE