SEARCH

Max Mara ‘A Coat Tale’ Singkap Jalan Cerita Khayalan Berupa Pengajaran Ala Dongengan Kanak-Kanak

Max Mara ‘A Coat Tale’ Singkap Jalan Cerita Khayalan Berupa Pengajaran Ala Dongengan Kanak-Kanak

Max Mara menghidangkan satu cereka pendek dalam mengiringi himpunan musim luruh dingin 2017 terbarunya!

Menghasilkan cereka pendek yang sengaja teratur dengan unsur-unsur tackiness but in a good-fashion way atau yang bersenda dengan kecelaruan antara konsep keanak-anakan dan fesyen sebagai kempen atau inisiatif projek fesyen, sudah banyak mendayai kekreatifan jenama-jenama fesyen sekarang untuk tak lagi berada di ‘kepompong’ biasa.

Seperti Gucci dan H&M musim luruh baru-baru ini yang memerihalkan kempen mereka dalam rupa ‘main-main’ dan tidak terlalu serius. Gucci mengolah cereka sains fiksyen ala filem 60an yang menggunakan efek threadbare dan cheesy. Manakala H&M mengambil idea situasi karaoke waktu malam di kota Tokyo yang dibintangi oleh Naomi Campbell dan Adwoa Aboah.

Max Mara juga menyandiwarakan ciri-ciri yang sama. Yakni keperihalan cerita kanak-kanak yang mengutip tema iktibar, ‘buat baik dibalas baik, buat jahat ada padahnya’ menjadi pokok ilham cereka kempen Max Mara musim ini! Max Mara, ‘A Coat Tale’ meriwayatkan jalan cerita ringkas dan tidak rumit. Berkisarkan seorang perempuan bernama Clarissa dilakonkan oleh model Hannah Ferguson yang punya ‘magis’ – menyarung kot-kot daripada Max Mara musim luruh 2017 – sering bersiar-siar di taman lelangon.

Helaian kot dan baju kait Aran tebal yang dipersembahkan di Max Mara musim luruh dingin 2017, terlihat dipakai oleh Clarissa dalam ‘A Coat Tale’

 

Namun, Clarissa selalu bertembung dengan wanita yang wataknya digambarkan dalam cerita ini sebagai seorang yang “take themselves very, very seriously, as they power throught the streets, their phone in one hand and a massive coffee in the other”, bernama Morgana yang dilakonkan oleh pengarah fesyen Stylebop Leila Yavari. (Saksikan video penuh cereka ‘A Coat Tale’ yang penuh di bawah.)

Tiapkali pertembungan itu, Morgana – yang juga mendandani diri dalam helaian kot-kot Max Mara – akan berlanggar bahu dengan Clarissa secara kasar tanpa menuntut maaf. Clarissa berniat untuk membalas dendam satu hari itu, tetapi kebaikan mengelubungi dirinya, sebaliknya dia hanya mengatakan ‘Have A Nice Day’ kepada Morgana dan Morgana membalas dengan baik.

Kesimpulan ‘A Coat Tale’ ini adalah tentang kebaikan hati yang menguasai segala-galanya dan itulah ‘magis’ yang terungkai, biarpun mirip naratif ala dongengan kanak-kanak.

Naratif diceritakan oleh Anna Baryshnikov, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Manchester By The Sea juga anak kepada penari balet terkemuka Mikhail Baryshnikov, sebagai suara latar. T Brand Studio adalah penerbit utama cereka pendek Max Mara ini yang berkolaborasi bersama Tracy Doyle sebagai penulis cerita ini dan diarahkan juga direalisasikan oleh Stephen Galloway.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE