SEARCH

MaxMara Resort 2019 : Reggio Emilia Sumber Ilham & Eksklusif Belakang Pentas

MaxMara Resort 2019 : Reggio Emilia Sumber Ilham & Eksklusif Belakang Pentas

maxmara cruise 2019

Lebih dari enam dasawarsa MaxMara tertubuh sebagai jenama fesyen yang memperdagangkan ready-to-wear. Jenama yang lahir di Reggio Emilia di Itali Utara dan diasaskan oleh Achille Maramotti ini hadir memperkenalkan himpunan Resort 2019 yang mengembalikan semula memori MaxMara – yakni dengan mengadakan pertunjukan di tempat kelahirannya!

Kisah semalam bertugu menjadi sejarah hari ini! Buat julung kalinya, selepas 15 tahun Achille Maramotti membuka muzium seni Collezione Maramotti di Reggio Emilia dan lebih 60 tahun memangsi nama sebagai jenama fesyen yang memerihalkan perempuan ultra-moden juga diversifikasi, MaxMara akhirnya memilih Reggio Emilia sebagai lokasi pementasan himpunan Resort 2019. Ia berpaut semula pada ‘waktu kecil’ MaxMara, di mana di situlah lahirnya ia.

maxmara cruise 2019

Collezione Maramotti adalah gedung yang menempatkan beratus-ratus lukisan, arca juga hasil kesenian lain oleh artis-artis kontemporari. Achille membuka muzium ini di Reggio Emilia, atas nama kecintaan Achille sekeluarga serta dukungan jenama MaxMara pada lapangan seni. Ia merencanakan satu perjalanan inspirasi buat pengarah kreatif MaxMara sendiri, yakni Ian Griffiths yang tidak perlu mengelana jauh sebaliknya melihat kembali akar umbi MaxMara – yang cintakan seni – bagi menerbitkan nada rekaan Resort kali ini.

maxmara cruise 2019

Tegas Ian, dia mahu menampilkan barisan rekaan yang menyaingi memori juga detik bersejarah MaxMara. Lantas, MaxMara Resort 2019 mengiaskan estetika hasil karya artis-artis yang dipamerkan di Collezione Maramotti. Seperti Alberto Burri, Lucio Fontana, Piero Manzoni, Pino Pascali dan beberapa lagi yang dijadikan sendi-sendi rekaan. Dekonstriksi pola, tekstur, siluet berani dan kebaharuan dari aspek reka bentuk mendasari visi Ian untuk MaxMara Resort 2019. Contohnya, tekstur lisu pada cerian skirt dan jalinan sentuh pada aksesori adalah cerminan karya seni Piero Manzoni.

Dengan penggunaan rona-rona seperti putih zink, ekru, kelabu, biru gelap dan dominasi hitam, menyempurnakan lagi inovasi seni Ian dalam menghasilkan himpunannya.

Sudah tentu, antara highlight himpunan Resort kali ini, Ian menafaskan semula satu-satunya helaian yang signifikan buat jati diri jenama MaxMara yakni ceraian kot yang diolah baharu. Ian menukar bentuknya menyerupai cape, kerana dia sengaja mahu menyuntik kelainan pada sesuatu yang klasik.  

Dalam merai himpunan MaxMara Resort 2019, kami hidangkan imej-imej eksklusif belakang pentas sepanjang berlangsungnya acara pertunjukan ini pada awal bulan Jun lalu di Collezione Maramotti di Reggio Emilia!

 

 

 

 

 

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE