SEARCH

Meghan Markle, Si Penyeri Hidup Putera Harry Adalah Suri Teladan Stail Baru Kami. Yeah, She Is

Meghan Markle, Si Penyeri Hidup Putera Harry Adalah Suri Teladan Stail Baru Kami. Yeah, She Is

Pemberitaan mengenai pertunangan Putera Harry bersama Meghan Markle adalah di luar dugaan. Saya tidak berselindung di sebalik kata-kata, terus-terang, I had no idea bahawa perhubungan cinta mereka itu serius sampai nak ke fasa mengikat sesama sendiri untuk bernikah.

Nampak gayanya akan terjelma satu lagi ikon stail baru, barangkali sama tara dengan Kate Middleton!

meghan markle putera harry style

Sewaktu pengumuman pertunangan Meghan Markle dengan Putera Harry. Meghan memakai kot putih rekaan pereka Toronto yakni Line yang disarung atas dress hijau.

Selepas mendengar Meghan memberi ucapan – Meghan bukan saja ligat berlakon, dia juga aktif bergerak sebagai aktivis, terlibat dalam kerja-kerja humanis dan suka mengembara –menyentuh hal kesamaan jantina dan mengikis sikap suka menstereotaipkan perempuan, yang bermula daripada hanya menonton iklan televisyen yang seksis… saya tabik dengan tindakannya itu. Meghan membuahkan inspirasi.

Terus, bagai susah untuk mengalih pandangan daripada Meghan. Terutama sekali semenjak Meghan menyimpul percintaan bersama Putera Harry, antara aspek pertama yang kami lihat adalah stail-stailnya. Sudah tentu, kami ingin tahu bagaimana agaknya imej puteri baru nanti?

After we got to know Meghan, her style and her looks started to grow on us! Meghan gemar bergaya ringkas, bersederhana malahan classy. Dia berjaya menawan tumpuan menerusi imej ladylike yang ditampilkan. Sehingga ada yang berkata bersandarkan gaya-gaya tersebut, Meghan terlihat seakan-akan bersedia untuk menjadi sosok teladan dunia.

Persalinan yang dipilih oleh Meghan selalunya tidak rumit – cukup sekadar dress atau persalinan satu sut seperti jaket dan seluar yang sama corak atau warna. Atau gaya kasual dia seperti berkemeja putih dan berseluar jean yang walaupun teringkas, namun for some reason, cara Meghan menggayakannya works out well. Menggemari jenama-jenama fesyen asal Kanada, Meghan bakal menjadi royal style yang harus dirujuk!

MEGHAN MARKLE IS THE NEW STYLE ICON!

Ayuh, lihat evolusi gaya-gaya kasual Meghan sepanjang bergelar selebriti ke stail kasual dia di jalanan, gaya-gayanya ketika bertemu orang-orang umum dan penampilan semi formal dia yang kami suka!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE