SEARCH

#luarbiasa: Merry Go Round Kristal Swarovski Pertama Bakal Dibina di Pavilion KL

#luarbiasa: Merry Go Round Kristal Swarovski Pertama Bakal Dibina di Pavilion KL

firstswarovskicrystalisedmerrygoround1_stailmy

Jika tahun lalu, Pavilion KL bangga dengan rekod pokok Krismas indoor tertinggi di Asia, tahun ini Swarovski bakal mencipta satu lagi rekod untuk pusat membeli-belah ini. Jenama ini akan membina Crystallised Merry Go Round pertama di dunia di Pavilion. Merry Go Round ini akan menjadi titik tumpu di Center Court Pavilion KL mulai 17 November hingga 1 Januari 2017.

Merry Go Round ini mengambil inspirasi daripada Swarovski Crystal World di Austria berdasarkan semangat inovasi – warisan unik yang membuat Swarovski terkenal di seluruh dunia. Struktur luar biasa ini akan memaparkan semua elemen utama daripada kempen Krismas 2016 jenama ini seperti ornament bintang dan belon emas selain daripada kotak biru signature Swarovski. Apa kata ramai-ramai kita berkunjung ke Pavilion mulai 17 November nanti untuk menyaksikan sendiri keagungan seni bina Merry Go Round kristal ini.

firstswarovskicrystalisedmerrygoround2_stailmy

firstswarovskicrystalisedmerrygoround3_stailmy

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE