SEARCH

Monki X RFSU : Koleksi Kapsul Memperjuangkan ‘Body Rights’

Monki X RFSU : Koleksi Kapsul Memperjuangkan ‘Body Rights’

monki x rsfu

Monki memperkenalkan Monki X RSFU, – RSFU adalah Swedish Association for Sexuality Education – integrasi kapsul yang membangkitkan kesedaran untuk menyetop kemelut tentang fizikal diri, menyemat integriti (khusus untuk perempuan) juga menuntut hak kebebasan individu. Pendek kata, Monki berjuang untuk memperoleh keperkasaan wanita!

Fesyen sebagai gelanggang yang mendukung kerasionalan, memusnahkan ketidakadilan dan meraih semula harga diri bagai sudah mendewasa bersama-sama. Bukan perkara baru, malah dari dahulu lagi fesyen dijadikan tempat untuk menaruh kuasa protes. Pujian buat yang berani dan punya otak bergeliga dalam memulakan langkah, menggunakan lapangan fesyen sehingga tak lagi dipandang cetek.

monki x rsfu

Kemungkinan perihal ini memandu jenama asal Sweden, Monki untuk menyahut seruan sama yang percaya kepada kuasa individu – yang mencintai diri mereka juga mencintai atau menyayangi sesiapa sahaja, bisa menentukan kehendak serta keperluan pada fizikal kendiri dan tidak membatasi atau selesa dengan cita rasa sendiri.

Lalu, Monki menerbitkan kolaborasi bersama Swedish Association for Sexuality Education dan menampilkan Monki X RSFU!

It’s your body, you have the right to own it.” Prinsip yang mendasari Monki X RSFU. Dalam masa sama, ia menandingi malah beriringan dengan teras Monki yang mengutamakan #WOMENEMPOWERMENT. “Saya berbangga dengan kolaborasi Monki dengan RSFU, di mana ia mampu mendidik perempuan-perempuan muda untuk berani memperjuangkan body rights,” kata Lea Rytz Goldman, Pengarah Urusan Monki.

Item-item edisi terhad kolaborasi Monki X RSFU termasuklah kemeja T dan beg tote, yang disempurnakan dengan dua mesej utama atau kata-kata misi. Yakni ‘This Body Got Rights’ dan ‘Handle With Love & Respect’.

monki x rsfu

3 ORANG MERAI MONKI X RSFU

Sempena melancarkan dan bakal melepaskan koleksi kapsul ini, Monki berhasrat mahu mengecap cita-cita, menggalakkan sesiapa sahaja untuk menanam semangat body rights tersebut. Namun ada juga yang agak rumit dalaam mencintai diri dan fizikal kendiri. Monki merakam tiga video yang memaparkan tiga individu yang tinggi keyakinannya terhadap diri sendiri dan membiarkan kemeja T juga beg tote yang ‘berbicara’.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE