SEARCH

VMAS 2019 : Ular Jadi Aksesori Selebriti Di Karpet Merah?

VMAS 2019 : Ular Jadi Aksesori Selebriti Di Karpet Merah?

Berlalu mereka di atas karpet merah VMAs atau MTV Video Music Awards kelmarin, membiarkan reptilia bersisik dan tidak berkaki ini merayap di atas tubuh, melingkar di leher… Seriously? Mereka seberani Britney Spears sewaktu dia membuat persembahan ‘I’m A Slave 4 U’ di VMAs yang lebih daripada sedekad lalu?

Sungguhpun dah 15 tahun, persembahan Britney Spears tersebut adalah contoh terbaik yang mempamerkan bravura seorang penghibur. Tercetusnya satu detik ikonik yang sampai ke sudah tidak hilang dan masih membekas dalam ingatan. Namun, apa yang Britney lakukan itu yakni ‘menggunakan’ ular sebagai prop di atas pentas adalah bertujuan untuk persembahan semata-mata. Berbanding dengan apa yang terlihat di atas karpet merah kelmarin – ular sebagai aksesori tambahan!

Sanggup juga mereka meletakkan ular menjalar di atas tubuh masing-masing, hanya kerana mahu mengikat perhatian semua orang. Semuanya adalah untuk menunjukkan risiko yang ditanggung oleh mereka pabila berjalan di atas karpet merah. Betul juga langkah yang mereka ambil itu. Iyalah, semua orang akan nampak cantik dan menggayakan best dress di atas kapret merah, tetapi apa yang menjadikan seseorang itu luar biasa sehingga penampilannya meniti membuatkan orang takkan memutar percakapan mereka apabila terfikirkan VMAs 2019? Ular hiduplah jawapannya.

mtv vmas tana mongeau 2019

Tercapai juga hasrat mereka untuk menjadi tumpuan utama di acara kelmarin. Tetapi yang kelakarnya ada dua orang yang muncul dengan ular hidup. Penyanyi yang tercalon untuk Best New Artist yakni H.E.R dan Youtuber, Tana Mongeau. Adakah ini membuktikan great minds think alike? Entah! Hmm, asalkan Taylor Swift tidak terasalah dengan tindakan mereka berdua ‘menggunakan’ ular hidup sebagai aksesori. Sebabnya, Taylor selalu dikaitkan dengan ular, kan. Get it?

Ada yang bilang H.E.R memberi penghormatan kepada gaya Aaliyah bersama ular dalam video muzik ‘We Need A Resolution’, manakala Tana pula merencanakan #throwback gaya Britney di VMAs – kerana ular yang Tana bawa sama spesis dengan ular yang Britney bawa naik atas pentas yakni ular sawa Burmese Albino.

Tetapi tindakan H.E.R dan Tana mendapat tentangan daripada beberapa pengikut mereka serta warganet. Ada yang mengatakan ‘Tana is cancelled’ kerana membawa ular bersamanya dan ada yang mempersoalkan ‘What’s the necessity to do this with an innocent animal?” kepada H.E.R. Mereka mengkritik (pencinta haiwan marah) aksi kedua-dua selebriti ini yang terlalu berlumba-lumba mencuri tumpuan tanpa memikirkan perasaan ular hidup tersebut dan tidak sensitif dengan tekanan yang dialami oleh haiwan itu.

Mungkin untuk VMAs 2020 kelak, perlu ada syarat baharu – no more live animals on red carpet!

BEST LOOKS DARIPADA CALON-CALON VMAS 2019!

Lupakan detik kontroversi karpet merah VMAs kelmarin dan beri perhatian kepada gaya-gaya terbaik artis-artis di VMAs 2019! Kali ini kami susun best dress atau best looks yang ditampilkan oleh artis-artis yang tercalon untuk pelbagai kategori VMAs 2019, dan siapakah yang menjadi pilihan STAIL.MY?

CARDI B

 Cardi B tidak berjalan di atas karpet merah dan kemunculannya di atas pentas menggayakan dress merah body-hugging yang disempurnakan oleh butiran seperti tali adalah kegemaran peribadi kami! Rapper yang tercalon untuk Artist Of The Year ini nampak matang dalam penampilan sebegini, menunjukkan transisi dia dari awal pembabitan sehinggalah sekarang. Her style grows on us!

HALSEY

 Penyanyi yang turut tercalon untuk Artist Of The Year, Halsey memilih rekaan Dundas di VMAs kelmarin. Sejujurnya, dress ini biasa sahaja dari segi rekaan – dress sheer dilapis bersama undergarments yang jelas nampak di bahagian dalam – namun pabila dipadankan dengan rambut hitam Halsey yang panjang dan kulitnya yang kelihatan tan, membuatkan dia nampak seperti bombshell.

NORMANI

 Adakah tahun ini tahun Normani? Pesaing kepada Camila Cabello (opps!) dan penyanyi yang tercalon untuk Best R&B, Normani memilih rekaan seksi Nicholas Jebran. Dress ini betul-betul do justice on her – menayangkan abs serta tubuhnya yang toned. Apa yang kami suka tentang look ini adalah ia mengingatkan kami pada penampilan selebriti-selebriti di anugerah-anugerah pada awal tahun 2000-an dahulu. Ingat lagi Christina Aguilera di VMAs 2000?

TAYLOR SWIFT

 Taylor Swift – artis yang tercalon untuk sepuluh katagori! – menggayakan Versace. Tidak ada apa-apa yang baharu atau mengejutkan pun tentang penampilannya. Taylor baru-baru ini selalu juga memakai Versace, contohnya di Teen Choice Awards minggu lepas. Seperti yang saya katakan tadi, tidak ada apa-apa yang baharu. Dia nampak cantik menggayakan baju Versace ini, so yeah, dia termasuk dalam senarai best dress kami.

CAMILA CABELLO

 Kami tidak suka gaya rambut Camila Cabello dan solekannya. Well,  itulah Camila. Selalu selamat dari segi penampilan. Tetapi kami suka juga gaun putih dengan rekaan manipulasi pola yang dipakai oleh penyanyi yang tercalon untuk Best Collaboration ini. Mungkin kerana pola gaun ini yang nampak cantik atau elok dari segi aturannya – terutama sekali teknik draping. Cuma kalau gaun ini di atas tubuh artis lain, selain Camila, agaknya nampak lebih menjadi.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE