SEARCH

5 Soalan Bersama Neelofa Sebagai Duta Titan 2017

5 Soalan Bersama Neelofa Sebagai Duta Titan 2017

NEELOFA SEBAGAI DUTA TITAN 2017

Pengeluar jam tangan kelima terbesar di dunia, Titan Company Ltd. berbesar hati melantik buah hati rakyat Malaysia masakini, Neelofa sebagai Duta Titan bagi tahun 2017.

Sempena perlantikan ini juga, Titan Malaysia turut menganjurkan kempen ‘Lahirnya Detik Kejayaan’ yang dianjurkan serentak dengan majlis pelancaran koleksi-koleksi jam tangan Titan ke pasaran Malaysia.

Kempen ini bakal menampilkan Neelofa bersama koleksi-koleksi jam tangan terbaru Titan – antaranya koleksi “Titan Raga” (merangkumi siri ‘Moonlight‘, ‘Foliage’ dan ‘Garden Of Eden’), “Titan Purple”, “Titan Neo”, “Titan Neo II Classique” serta “Titan Edge”.

Setiap koleksi mengambil inspirasi daripada kecantikan wanita yang timeless. Titan percaya falsafah seutas jam tangan sebenarnya menciptakan memori bermakna buat si pemakainya. Seutas jam tangan Titan dihasilkan dengan kehalusan seni kraf yang terbaik dan sesuai dipakai dalam semua suasana, sama ada saat sedang bekerja atau hanya santai berlibur bersama teman.

NEELOFA SEBAGAI DUTA TITAN 2017

Personaliti Neelofa yang berani dan penuh dedikasi dalam mencapai kejayaan amat bertepatan dengan moto jenama Titan.” – Vijesh Rajan, Pengarah Unit Niaga Antarabangsa, Titan Company Ltd.

NEELOFA SEBAGAI DUTA TITAN 2017
1 – PERASAAN KAMU DILANTIK SEBAGAI DUTA TITAN 2017?

Begitu teruja dan sangat berterima kasih pada Titan Malaysia kerana percaya dan memilih saya sebagai duta jenama (ketawa). Sejak dari dahulu lagi, saya memang meminati jenama Titan ini kerana aspek keunikan rekaannya dalam setiap koleksi.

2- KOLEKSI JAM TANGAN TITAN PILIHAN KAMU?

“Titan Raga” dan “Titan Edge”.

‘Raga’ sarat dengan kehalusan seni rekaannya. Ia benar direka menepati citarasa wanita moden. Juga amat terpesona dengan ‘Edge’, kerana rekaannya yang ultra nipis (3.5mm x 1.15mm), elegan dan canggih. Bayangkan ia cuma senipis kad kredit!

3 – KAMU JUGA SEORANG USAHAWAN, TIDAKKAH TERDAPAT SEBARANG ‘CONFLICT OF INTEREST’ YANG BAKAL BERLAKU?

Buat masa ini, tiada masalah “pertikaian konflik” antara perniagaan saya dengan peranan saya sebagai seorang duta. Saya tidak mengeluarkan sebarang produk berupa jam tangan di bawah jenama saya. Perniagaan saya meliputi hijab, kanta lekap dan busana muslimah sahaja.

4 – STAIL itu BAGI KAMU?

Bagi saya stail itu suatu interpretasi yang mempersembahkan personaliti dan keperibadian diri. STAIL ITU CARA KITA MEMBAWA DIRI.

5 – TITAN BAGI KAMU?

Kini saya punyai teman sempurna, yang bukan sahaja menunjukkan jarum jam, malah melengkapi gaya saya untuk sebarang acara. Saya harap kamu (pembaca dan peminat) juga bakal berjumpa teman sempurna kamu (tersenyum).

NEELOFA SEBAGAI DUTA TITAN 2017

JAM TANGAN TITAN DIJUAL PADA HARGA RM220 KE ATAS SERTA BOLEH DIDAPATI DI SEMUA RANGKAIAN PENGEDAR SAH TITAN SELURUH NEGARA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI www.detiktitan.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE