SEARCH

Off-White Kini Jenama Fesyen Paling Popular Dunia Menewaskan Gucci dan Balenciaga

Off-White Kini Jenama Fesyen Paling Popular Dunia Menewaskan Gucci dan Balenciaga

Off-White dengan rasminya dinamakan sebagai jenama fesyen paling papular di seluruh dunia sekaligus meninggalkan Gucci dan Balenciaga di tangga kedua dan ketiga berdasarkan laporan suku ketiga The Lyst Index, satu laman web yang aktif mengumpul data tentang corak membeli-belah di kalangan peminat fasyen global. Kedudukan ini dikira berdasarkan jumlah jualan dalam talian, carian di internet serta jumlah pengikut di media sosial.

Dan ternyata kali ini tuah berpihak kepada Off-white yang mana dalam masa hanya setahun ia telah mendaki lebih 30 anak tangga melepasi puluhan jenama terkemuka lain seperti Supreme dan Prada. Kejayaan ini dilihat hasil dari keputusan berani pengasasnya Virgil Abloh untuk menjalankan variasi kolaborasi unik bersama jenama lain seperti Ikea, Mc Donald’s, NIke dan banyak lagi.

off-white

Jenama yang sering digayakan selebriti popular seperti seperti Rihanna dan Kendall Jenner ini, tidak pernah salah percaturan setiap kali melancarkan koleksi baru. Meskipun terkadang kelihatan pelik, namun Off-White bagaikan mempunyai sentuhan magis tersendiri menjadikannya sebagai salah satu jenama yang harus dimiliki semua peminat fasyen bagi kekal stailish dan bergaya.

Malah ia juga dianggap sebagai lambang kemewahan, lihat sahaja pada harganya yang mampu mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Siapa sahaja yang tidak kagum melihatkan kamu mampu mengayakan sehelai sepersalinan dari jenama mewah ini, yang mana secara tidak langsung mempengaruhi corak pembelian orang ramai.

off-white

Abloh sendiri mengakui bahawa dia sering dilontarkan persoalan tentang harga koleksinya yang dianggap terlalu mahal dari apa yang golongan millenials mampu. Tapi jejaka kelahiran Amerika Syarikat ini ternyata mempunyai hujah yang sukar untuk ditentang.

Jangan biarkan Zara dan Uniqlo mendidik kamu tentang harga yang ‘tepat’ berkenaan pakaian kerana mereka tidak menawarkan kamu sebuah ‘fesyen’ ” – Virgil Abloh

Kemudiannya Abloh menjelaskan bahawa harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan fabrik mewah yang digunakan pada setiap rekaannya bagi menjamin kepuasan hati si pemakai agar ia setimpal dengan harga yang dibayar, serta mengambil kira kos lain bagi mengekalkan sebuah jenama berkualiti tinggi termasuk kos pembayaran tenaga kerja.

Tambah Abloh lagi, memang benar jenamanya diinspirasikan oleh golongan muda namun ia bukanlah jenama yang difokuskan khas buat millenials sebaliknya ia lebih kepada menggambarkan siapa Abloh yang sebenarnya.

off-white

off-white

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE