SEARCH

PFW F/W 2019 : Givenchy Dengan Sandiwara Adam & Hawa “Moden”?

PFW F/W 2019 : Givenchy Dengan Sandiwara Adam & Hawa “Moden”?

Sebelum pertunjukan, Givenchy mengacah kita dengan post Instagram yang terisi dengan perkialan tangan serta buah epal. Tertulis ‘The Forbidden Fruit’, yakni frasa yang dikutip daripada kitab yang menghuraikan asal-usul tamadun manusia. Kemudian, terlihat aksi tubuh putih telanjang penuh godaan, lalu mencetus pemikiran kita fasal perihal Clare Waight Keller untuk Givenchy musim luruh 2019. Clare menerawang khayal, mengangankan kisah Adam dan Hawa? Dongeng Snow White?

givenchy paris fashion week fall winter 2019 clare waight keller

Mungkin betul juga dia mencedok dongeng Snow White yang tersungkur hampir direnggut maut kerana buah “terlarang”. Jadi terlanjurkan kisah seorang puteri mengilhami Givenchy, kutip saja apa yang dikaitkan dengan gaya seorang puteri – misalnya, bahu lengan yang keras, membulat serta kembung pada beberapa look Givenchy – agaknya Clare ambil contoh daripada kostum Snow White. Dan mengapa kami kata sedemikian adalah disebabkan oleh hubungan kamceng Clare dan Duchess Of Sussex. Terpengaruh dengan gambaran puteri Meghan Markle yang melekat kuat dalam kepala Clare, sehinggakan dia mahu inspirasi musim luruh 2019 ada terselit kisah orang daripada keturunan mulia.

Namun apabila Clare memerihalkan himpunannya sebagai ‘Winter Of Eden’, ia terus membuka minda kita fasal rujukannya adalah Adam dan Hawa. Adam dan Hawa “3.0”? Adam dan Hawa “moden”? Adam dan Hawa “milenial”? Clare bercanda dengan ghairah godaan pada lunak isi buah epal Adam dan Hawa, mengambil aspek godaan itu untuk dijadikan sebagai sendi utamanya. “Godaan” yang dimaksudkan barangkali berserpih menjadi glamor, elegan, chic dan segala yang bersangkut paut dengan femininity.

Dia mengembalikan glamor pada rangkaian pakaian malamnya. Dress dengan perincian lisu-lisu kecil dilengkapi kemasan wayar yang menyerupai ranggi bunga dan ditambah lagi motif botani. Siluet ultra-lembut, understated elegant tetapi bukan seksi yang melampau dan ada juga yang digabung padan dengan aspek tailleur, mengindahkan nada gaya himpunannya. Malah ada beberapa look malam kali ini tidak ubahnya seperti siluet baju kurung moden dan jubah – opps, bersedialah, mungkin akan jadi ‘inspirasi’ pereka lokal kita kerana musim Hari Raya yang mendatang.

Bercakap fasal tailleur, Clare meminjam semula karakter atau stail Givenchy yang takkan tercerai daripada konsep tailoring. Di awal pertunjukan, gaya-gaya tailoring dan workwear untuk perempuan melewati pentas. Clare sekali lagi ternyata memusatkan tumpuannya pada siluet, terutama sekali rekaan-rekaan lengan dan bahu. Seperti yang dijelaskan di atas – bahu keras, membulat serta kembung dan ala-ala lengan mutton – nampaknya, bentuk-bentuk bahu juga lengan memainkan peranan penting dalam mencorakkan siluet yang cuba dicapai oleh Clare.

Dari segi fabrik pula, sebagaimana Clare cuba mengahwinkan tailoring dengan kelembutan, dia menggunakan material-material yang bersifat divisive. On the one hand, fabrik arketaip feminin seperti taffeta juga sutera sifon untuk rekaan-rekaan malam. On the other hand, fabrik yang mencadangkan aspek masculinity seperti wool dan fabrik tipikal suiting digunakan untuk himpunan jaket, kot serta sut.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE