SEARCH

Polo Ralph Lauren Pavilion KL: Berkonsep Industri Seperti Gudang Fesyen New York

Polo Ralph Lauren Pavilion KL: Berkonsep Industri Seperti Gudang Fesyen New York

PoloRalphLauren2_stailMY

Rumah fesyen asal New York, RALPH LAUREN membuka butik pertama Polo Ralph Lauren di Malaysia, tepatnya di Pavilion Kuala Lumpur.

Berkeluasan 5,108 kaki persegi, butik perdana ini merangkumi koleksi pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Koleksi-koleksi ini mempersembahkan sentuhan ikonik dan sofistikated Ralph Lauren, warisan gaya fesyen Amerika Syarikat yang tak lekang dek zaman.

Rekaannya pula memadukan gaya nautika dan elemen industri yang melambangkan kota New York. Bahagian hadapan dan gerbang masuk berwarna hijau vintaj. Sebaik sahaja melangkah kaki masuk ke dalam butik, kamu akan disambut dengan paparan LED gergasi.

Dinding besi industri berselang-seli dengan jajaran lampu putih yang tertanam dalam kabinet putih kayu Oak. Cahaya lampu membias antara lantai kayu dan siling panel-panel besi. Perasaan seperti berada dalam gudang-gudang fesyen kawasan perindustrian The Bronx, New York.

PoloRalphLauren3_stailMY

PoloRalphLauren4_stailMY

PoloRalphLauren5_stailMY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE