SEARCH

‘Riverdale’ Cole Sprouse Jadi Fotografer Kendall Jenner Untuk The Sunday Times Style!

‘Riverdale’ Cole Sprouse Jadi Fotografer Kendall Jenner Untuk The Sunday Times Style!

Gigi Hadid memotret pacarnya Zayn Malik untuk kempen Versus Versace, Kendall Jenner dipilih menjadi fotografer rasmi untuk sampul hadapan majalah Love dan sebelum-sebelum itu Brooklyn Beckham pernah mengambil gambar untuk kempen Burberry Brit. Is this like, a trend nowadays? Celebs or famous people become photographer? Or just for marketing purpose? Semua ini sebab mahu mencipta hype saja, mungkin. Kalau selalunya, selebriti atau personaliti yang duduk di hadapan kamera sambil menunjukkan lagak dan ragam gaya. Kini selebriti pula yang berada di sebalik lensa kamera dan berstatus sebagai fotografer. Tertanya-tanyalah juga tentang industri fotografi fesyen sekarang yang haluannya sudah berhala ke mana? But in a way, terima kasihlah buat selebriti-selebriti fotografer ini kerana apa yang telah mereka lakukan itu sekurang-kurangnya ada return of investment. Tidaklah sekadar suka-suka atau ‘syok sendiri’.

Langsung, The Sunday Times Style juga sama yakin kerana telah mengamanahkan selebriti muda sebagai fotografer untuk cover mereka keluaran minggu lalu – Cole Sprouse daripada siri Riverdale diberikan kepercayaan menangkap gambar editorial sampul hadapan The Sunday Times Style! Bakat Cole Sprouse semakin menjadi-jadi, bukan saja kerana wataknya sebagai Jughead Jones dalam siri Riverdale yang disebut-sebut orang, bahkan dia sudah giat berkarier sebagai fotografer fesyen. Cuma yang membezakan Sprouse dengan fotografer selebriti yang lain adalah Sprouse memang berkecimpung dalam lapangan fotografi dan ada pengalaman, sepertimana yang dia pamerkan menerusi laman Instagram-nya (@colesprouse). Dia sudah pernah menangkap beberapa gambar yang ada antaranya bukan sekadar portfolio kerja diri sendiri malah untuk editorial Teen Vogue. Dan kini dia curahkan bakatnya itu pada The Sunday Times Style.

@theststyle with @kendalljenner Styling: @celestinecooney Hair: @dklahair MUA: @1maryphillips

A post shared by Cole Sprouse (@colesprouse) on

Menarik lagi, gambar cover (juga gambar-gambar halaman dalam) The Sunday Times Style yang diambil oleh Sprouse kali ini menampilkan model terkemuka, Kendall Jenner. Sprouse memotret Jenner dalam mood romantik dan carefree, ala perempuan country. Dalam laman Instagram The Sunday Times Style (@theststyle), ia ada memperlihatkan suasana di sebalik tabir Sprouse bersama Jenner di set lokasi yang latarnya kelihatan seperti kawasan lembah.

Styling oleh Celestine Cooney, dimekapkan oleh Mary Phillips dan David Keough sebagai pendandan rambut, Jenner digayakan dalam dress-dress lembut, helaian yang perincian frills, puffs dan berkasut but throughout. Meneliti hasil gambar-gambar ini, seperti boleh agak estetika fotografi Sprouse menjurus kepada elemen nature, tidak fancy schmancy, raw dan menerbitkan personaliti subjek utama gambar. Benar. Kerana boleh lihat kerja-kerja fotografi dia yang lain rata-ratanya bersandarkan ciri-ciri tersebut. Seakan-akan mencerminkan identiti diri Sprouse yakni bersahaja dan gemarkan sesuatu yang sederhana.

KENDALL JENNER

Setelah bekerja bersama Jenner, Sprouse akui dan dia mula faham mengapa Jenner antara model yang berjaya abad ini. Sprouse begitu mengagumi cara kerja Jenner sepanjang proses penggambaran. Kami papar beberapa lagi gambar editorial Jenner yang Sprouse abadikan untuk The Sunday Times Style.

KENDALL JENNER

 

KENDALL JENNER

KENDALL JENNER

KENDALL JENNER

KENDALL JENNER

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE