SEARCH

Rizalman For Zalora 2018 Ke Lubuk Jaipur, Memesrai India

Rizalman For Zalora 2018 Ke Lubuk Jaipur, Memesrai India

Baru kelmarin Rizalman For Zalora 2018 dipertontonkan pada ratusan undangan yang hadir ke temasya pertunjukannya di Chin Woo Stadium. Menyemat estetika India, himpunan Hari Raya Rizalman For Zalora kali ini bertaut pada semangat perpaduan, konsolidasi antara dua budaya. Meriah dan cemerlang, Dato Rizalman tidak alang-alang menyandiwarakan pesta fesyen – barangkali satu-satunya di Malaysia – yang menerbitkan keunggulan dan membekas!

When it comes to a good show, leave it to Dato Rizalman. Belum ada lagi pereka lokal lain yang mampu memegunkan kita dengan daya usaha yang tidak binasa di tengah jalan. Daripada A ke Z, pertunjukan-pertunjukan Dato Rizalman umpama tidak bernasi di balik kerak. Maksudnya, dia bagi seratus-peratus, tiada satu pun yang ketinggalan. Terkenang kembali pertunjukan couture Rizalman tiga tahun lalu (biarpun saya tidak hadir ke pertunjukan itu) – dengan setting, pencahayaan, runut bunyi yang dipilih dan sebagainya – yang menyapu imbasan pada kita bahawa industri fesyen Malaysia masih lagi bernyawa.

RIZALMAN FOR ZALORA 2018

rizalman for zalora 2018

Dato Rizalman genggam keras adicita dan tekad itu sampai ke sudah. Untuk tahun ini, jelas kelihatan kebulatan hati Dato Rizalman dalam merencanakan perjalanan integrasi Hari Raya dia bersama Zalora. Walaupun Dato Rizalman pernah mewartakan pengunduran dia daripada Zalora sebelum ini, mujurlah ia tidak terjadi.

Bahang Rizalman For Zalora 2018 yang berpijar-pijar bermula daripada ‘usikan’ di Instagram milik Dato Rizalman lagi. Sebaik sahaja dia memuat naik gambar acah kempen Hari Raya Rizalman For Zalora di Instagram yang menampilkan Izara Aishah sebagai dewi ilham, ia menggelorakan jiwa. Dengan drama jelmaan dua watak kembar seiras yakni Kunti dan Paro (yang dilakonkan oleh Izara dalam kempen tersebut), didandani sari, kain bunga-bunga perada mas juga Dato Rizalman sendiri muncul dalam kempen yang sama, menghiaskan diri dalam helaian RizalMen seraya berperanan sebagai tuan tanah… we know where this is going.

India! Rizalman For Zalora 2018 adalah tentang peradaban India – secara spesifik, memerihalkan Jaipur sebagai inspirasi.

rizalman for zalora 2018

Terus Dato Rizalman melangsungkan tema India pada pertunjukan Rizalman For Zalora 2018 kelmarin, yang sekali lagi berjaya membuatkan kita tidak menggigit jari telunjuk. Dato Rizalman bukan sekadar menerawang jauh ke bumi India dari jendelanya, he actually brought India here. Sempurna atas bawah, depan belakang dengan setting India yang begitu menebal dalam akal budi Dato Rizalman. Mereplikakan gerbang mahligai atau kubu Jaipur, pentas peragaan dihiasi corak paisley dan bunga melur yang mengharumi ruang masuk… again we know where this is going.

Secara keseluruhan, 60 looks yang dipersembahkan kali ini, daripada 100 rekaan yang dihasilkan. Dato Rizalman mengatur seiring siluet juga menata estetika India pada setiap rekaan Hari Raya-nya. Tidak terlukis dalam khayalan, sepasang baju kurung terlilit bersama rentang kain sari dan discreetly, memadukan lehengga dengan ceraian baju kurung. For some reason, they look well-integrated.

Dato Rizalman tidak sekelumit pun ‘mencacatkan’ kejatian fabrik India yang digunakan untuk Rizalman For Zalora 2018. Dia memelihara keindahan fabrik-fabrik tersebut, kerana masih mahu mengabadikan Indian-ness. Malah dia mengekalkan teknik sari draping serta butiran lipatan lisu sarat yang dipaterikan bersama, seakan-akan mempertembungkan dua budaya dalam satu acuan. Dato Rizalman begitu teliti dalam hal menyerap sendi India pada rekaan-rekaan baju Hari Raya.

Penggunaan fabrik lain seperti baldu, broked, krep, sifon bersulam dan sudah tentu, renda menafaskan kemewahan.

Dalam menyudahkan sandiwara Rajasthan Rizalman For Zalora 2018, tingkah gendang lagu tradisional India bergemerencang, diiringi aksi kilas tandak Bollywood dan diketuai oleh Izara Aishah. Izara begitu menyerlah di tengah-tengah lantai tari, dengan gemalai geleknya. Tidak tahu sama ada semangat Kunti atau Paro yang merasuk Izara. Ia dilengkapkan lagi dengan kemunculan Dato Rizalman keluar dari pentas hidraulik, melakonkan watak bapa kepada karakter Izara. Memang benar-benar seperti berada dalam cereka epik India!

Dalam waktu yang sama, Rizalman For Zalora 2018 juga diolah dalam rupa pertunjukan co-ed. RizalMen turut dperlihatkan – menampilkan kurta, baju Melayu klasik, jubah, kemeja dan sampin. Aksesori utama seperti sandal pula mencedok identiti Jaipur.

 

rizalman for zalora 2018
Rekaan RizalMen yang disisipkan bersama sewaktu pertunjukan Rizalman For Zalora 2018. Dato Rizalman mengambil ilham seperti kurta yang diadunkan dengan helaian baju Hari Raya

 

rizalman for zalora 2018
Bakat menari Izara terserlah! Izara tidak menghampakan dalam menunjukkan seni tari tradisional India atau Bollywood. Kudos!

 

rizalman for zalora 2018
Dato Rizalman yang berperanan sebagai tuan tanah, muncul dari pentas hidraulik bagi menyempurnakan acara

 

‘Muse’ terunggul Rizalman, Dayang Nurfaizah datang memberi sokongan

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE