SEARCH

Michael B. Jordan Pakai Harness / Bib Di SAG Awards, Adakah Ia Kod Dress Formal Lelaki Baru?

Michael B. Jordan Pakai Harness / Bib Di SAG Awards, Adakah Ia Kod Dress Formal Lelaki Baru?

Michael B. Jordan pakai Louis Vuitton di SAG Awards. Begitu juga Chadwick Boseman dan Timothee Chalamet di Golden Globes. Tidak pasti apakah perhitungan Virgil Abloh untuk Louis Vuitton. Sebagai anak dagang yang menyelia jenama asal Perancis, barangkali ini adalah untuk tujuan pemasaran atau mahu ia tular trending, jadi percakapan orang? Harness atau bib sebagai pelengkap dress formal lelaki?

Orang menyoal, pelik bercampur kehairanan, mengapa dan bagaimana ceraian yang menyerupai abah-abah sebegini berupaya menjadi sebahagian daripada helaian lelaki? Dan mengapa Virgil seakan-akan taasub dengan ceraian ini – atau adakah kita mengkategorikan ia sebagai aksesori?

Sewaktu Virgil mempamerkan himpunan debut lelaki Louis Vuitton untuk musim bunga panas 2019, ‘The Vocabulary According To Virgil Abloh’ meligatkan unggulan kebebasan, bersandarkan aliran pemirikan yang tidak terkongkong dan keliberalan. Dia menyisip lebih daripada satu look yang disempurnakan oleh ceraian abah-abah ini. Lalu, Virgil melangsungkan idea yang sama kepada sesuatu yang berupa made-to-measure, untuk Chadwick Boseman, Timothee Chalamet dan Michael B. Jordan pakai ke acara formal.

Abah-abah ini dilapiskan atas sut full-look atau berdasarkan gaya Timothee di Golden Globes belum lama ini, hanya bersama kemeja dan seluar. Virgil menafaskan butiran padat jemeki mahupun pengulangan motif logo rasmi Louis Vuitton ke atas abah-abah yang dipakai oleh Timothee dan Michael.

Sungguhpun Virgil menyatakan ia adalah bib yang berfungsi sebagai sebahagian daripada hiasan tambahan buat lelaki, namun jika menurut falsafah Virgil tentang himpunan Louis Vuitton musim bunga panas 2019, ia sebenarnya bersangkut paut dengan ‘harnessing’. Dia menerbitkan idea ‘harnessing’ ini yang membawa erti ‘safekeeping’ dan mahu mengolah sesuatu yang dilihat sebagai hiasan atau sekadar pelengkap gaya itu juga mampu mendatangkan kegunaan. Lantas jelas kelihatan mengapa Virgil taasub pada konsep abah-abah bib ini.

harness louic vuitton bib sag awards michael b jordan

Namun pertukaran pendapat untuk menentukan sama ada ia abah-abah ataupun bib masih lagi diperkatakan. Di media sosial terutamanya. Walaupun Chadwick dan Timothee sudah pernah menggayakan ia sehingga membangkitkan persoalan adakah ia abah-abah ataupun bib, namun sebaik sahaja meihat Michael B. Jordan memakai sesuatu yang sama kelmarin, ia sekali lagi melahirkan tanggapan yang sama : adakah ia abah-abah ataupun bib?

Dan berdasaran pemerhatian orang lain pula, ia dikaitkan dengan fesyen fetisy yakni fantasi hardcore S&M latex and leather.

Tetapi persoalan kami, adakah kini ia adalah gaya kod dress formal lelaki yang baharu?

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE