SEARCH

8 Soalan Bersama Sandra Woo Tentang Dunia Yoganya

8 Soalan Bersama Sandra Woo Tentang Dunia Yoganya

Sandra-Uniqlo-Sportswear-2-stailMY

Gambar: Chuan Looi/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Solekan: Syed Faizal Dandanan: Yusof Arahan Seni: Merrissa Emilda Sitting Editor: Azreezal Hafidz Pakaian: Uniqlo Sport

SANDRA WOO – INSTRUKTOR YOGA

Gadis Peranakan ini tak betah melentur-lentur susuk tubuh dia di hadapan kolam renang rumah kecergasan CrossFit, Fuel Athletics SHAH ALAM. Seperti berada dalam dunia aman yang tersendiri, Sandra Woo tenang melakukan rutin-rutin Yoga, sambil menghirup udara pagi Shah Alam yang segar.

DEFINISI KEHIDUPAN SIHAT

Saya percaya kehidupan yang sihat itu seimbang antara tiga perkara iaitu kesihatan fizikal, mental dan emosi. Bekerja keras untuk menjadi yang terbaik dalam semua aspek kehidupan. Mencari rejim kecergasan yang optimum atau yang paling sesuai dengan susuk tubuh badan. Makan makanan yang seimbang dan yakin dalam menentukan keputusan untuk diri sendiri. Berani mencabar diri sendiri supaya menjadi yang lebih baik daripada hari semalam.

BILA BERMULA? CERITAKAN KISAH YOGA KAMU?

Bermula awal 2013, di mana saya menyertai kelas kecergasan yang saya sendiri tidak pasti. Saya mahu menjadi aktif, tapi dalam masa sama saya bukanlah seorang yang gemarkan rejim kecergasan intensif tinggi, kerana saya sedar yang saya mungkin tidak mampu melakukannya.

Menariknya, saya mula suka dan nikmati melakukan yoga ini. Ia bukan sahaja mencabar diri sendiri dari sudut kecergasan fizikal, malah yoga memberi saya suatu “kesedaran”. Terhadap fizikal tubuh badan dan juga kondisi mental saya.

Semakin banyak saya berlatih, semakin banyak kesedaran yang saya perolehi. Yang bukan sahaja membantu saya dalam melakukan “Asana” (gaya fizikal yoga), “Pranayama” (teknik bernafas) malah ia juga menterjemahkannya dalam kehidupan saya sehari-hari. Lalu fikiran saya jadi lebih tenang dan santai.

KELEBIHAN YOGA

Yoga dapat meningkatkan daya kelenturan dan kekuatan, kedua-dua minda dan tubuh badan. Latihan dan teknik bernafas yang betul dapat megawal selia kadar detak jantung, agar ia berdegup dengan lebih tenang dan selamat. Dengan latihan yang membina minda juga, yoga senang membimbing seseorang itu masuk ke dalam lapisan-lapisan dalaman diri, mencari diri yang sejati. 

RUTIN YOGA HARIAN

Yoga dalam kehidupan harian saya bukan hanya sekadar latihan fizikal dan luaran. Saya juga melakukan latihan yang membina kesedaran tentang apa sahaja yang saya lakukan saat itu. Misalnya, memakan makanan dengan sepenuh tumpuan tanpa mempedulikan sebarang gangguan. No phones, no TV, just me appreciating a beautiful meal.

Selalunya saya beri tumpuan pada salah satu daripada tiga tema utama yoga. Pertama, “Restorative Poses” (Gaya Pemulihan) yang membantu dalam membaiki otot selepas sesi rejim yang melelahkan. Kedua, “Strength Pose” (Gaya Kekuatan) yang meningkatkan ketahanan fizikal dan mengeluarkan peluh. Ketiga, “Balance Poses” (Gaya Peimbangan) yang meningkatkan daya fokus dan mencari keheningan dalam bernafas.

Some days, I just like hanging out upside down in inversion practice.

INSPIRASI DAN IDOLA

Manoh Kaumal dari Manasa Yoga.

Juga ibu-ibu guru dan bapa-bapa guru yang pernah mengajar saya tentang yoga dari awal saya menyertai kelas yoga sehinggalah sekarang. Mereka lah inspirasi terbesar saya, yang banyak menyokong dan membantu sepanjang sesi pembelajaran yoga saya. Melalui mereka, saya menjalani kembara mengenali diri.

Bertukar kepada sikap yang lebih terbuka dan positif. Dedikasi terhadap kehidupan dan senang menawarkan perkhidmatan, membuka diri untuk tujuan yang lebih besar daripada diri kita. Mereka memberi peringatan pada saya bagi menghargai perwira-perwira yang tak menagih jasa (unsung heroes) yang lain, yang juga seperti mereka dalam kehidupan saya.

UNIQLO SPORT

I love the minimalist style!

UNIQLO SPORT benar melambangkan stail tanpa kelihatan terlalu kasual. Terbuat daripada bahan dan material berkualiti, cocok tubuh badan serta berfungsi. Sangat selesa menyarung koleksi sukan dari UNIQLO ini. Sudah tentu tersimpan kemas dalam almari kecergasan saya.

NASIHAT KAMU PADA WANITA DI LUAR SANA YANG INGIN MENJALANI GAYA HIDUP SIHAT?

Cari gaya hidup stabil dan mampan yang sesuai dengan kehidupan kamu. Cuba beri perhatian dan mendidik diri pada kepentingan nutrisi dan rejim kecergasan yang sesuai dengan diri kamu.

Makan pemakanan yang sihat dan seimbang, kekal hidrasi dan jangan berasa kesal jika sekali sekala termakan makanan-makanan manis seperti pencuci mulut. Work that booty at least 30 minutes day.

Ingat tubuh badan kamu tidak selamanya dalam keadaan begitu (negatif/positif), jadi kamu harus selalu meletakkan usaha. Seterusnya badan kamu sendiri akan memperlihatkan hasilnya. Paling penting, sabar dengan diri sendiri. Just be kind. Feel good, look good.

STAIL, FESYEN DAN KECERGASAN PADA KAMU

STAIL ITU SESUATU YANG TIDAK BOLEH DIBELI. FESYEN PULA BERUBAH-RUBAH, IA SESUATU YANG TIDAK TETAP. FITNESS IS AGELESS.

Perlakukan tubuh badan kamu seperti rumah ibadat. Kerana tubuh badan adalah sistem yang menyokong minda, rohani dan jasmani manusia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE