SEARCH

Stailoz ‘Flower Power’, Kolaborasi Dengan Sereni & Shentel

Stailoz ‘Flower Power’, Kolaborasi Dengan Sereni & Shentel

Jenama hiasan kepala lokal, Sereni & Shentel bekerjasama dengan jenama hijab Stailoz, memperkenalkan pelengkap gaya untuk hiasan inner hijab. Ucapkan salam buat Flower Power – kerongsang magnetik hasil rekaan pasangan duo Sereni & Shentel – yang menambah seri pada tudung kamu!

Pada masa fesyen menegapkan teknologi dalam segala aspek, ia masih tidak menyingkir satu-satunya elemen yang mengingatkan kita bahawa fashion is meant to be fun. Tambahan pula, dengan usaha menyisip diversifikasi atau kepelbagaian dalam dunia fesyen, membuatkan kita sebagai pencinta-pencinta fesyen, tidak beralah mahu menjadi kreatif dan tidak takut berinovasi.

Matlamat yang sama diraih oleh dua jenama lokal ini – Stailoz dan Sereni & Shentel!

stailoz sereni & shentel hijab

Sebagai jenama hijab asal lokal yang kini dikenali kerana menampilkan rekaan hijab yang punya teknologi tinggi dari Jepun, – atas tujuan kebaikan dari segi kesihatan buat si pemakai – Stailoz memilih jenama hiasan kepala, Sereni & Shentel sebagai pasangan kerjasama baharu. Memadukan teknologi Stailoz dengan estetika atau jati diri Sereni & Shentel, lalu tercetusya himpunan aksesori kapsul Flower Power.

Mengambil kuntuman bunga dalam mencorakkan inspirasi, ia melambangkan DNA Sereni & Shentel yang selalunya fun and quirky. Hadir dalam warna rencam, senada dengan himpunan inner hijab teknologi tinggi Stailoz. Namun, kerongsang magnetik hiasan kepala ini tidak terhad untuk penggunaan tudung sahaja, ia bisa digayakan untuk apa-apa helaian. Baik pada poket, atas baju mahupun pada aksesori lain. Terpulang kepada daya kreatif kamu, sama ada hanya dengan satu sahaja atau tiga kerongsang.

Didatangkan dalam rupa set kotak yang terisi satu inner hijab Stailoz dan tiga kerongsang Sereni & Shentel. Ia boleh didapati di tiga rangkaian stor utama di Publika, Gardens Mall Kuala Lumpur dan The Playground Borneo. Atau di atas talian menerusi laman web sereniandshentel.com, zalora.com dan fashionvalet.com.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE