SEARCH

Is Skirt Over Shirt, Over? Zara Membuktikan Trend Tersebut Belum Lenyap

Is Skirt Over Shirt, Over? Zara Membuktikan Trend Tersebut Belum Lenyap

Jika kamu diberi kemeja atau top labuh sampai paras peha, bagaimana agaknya cara kamu gayakannya? Biasanya ia dipakai dalam rupa kasual, malas dan begitu sahaja. Kalau disaingi lagi ceraian skirt pendek atau mini, bagaimana pula? Pakaikan di dalam? In Rihanna’s case last year, dia pakai skirt mini di luar, dilapis kemeja labuh di bahagian dalam. Its skirt over shirt. Sebenarnya, dua tiga tahun yang lalu sudah menyaksikan skirt di atas kemeja atau top berhamburan sebagai trend wanita.

Jadi, sekarang, adakah trend ini berakhir? Not today, honey! Ia masih lagi teguh bertahan, takkan beralih dari ‘strata’ gaya wanita. Guess what, Zara antara jenama semasa yang memulih trend skirt over shirt langsung mengabadikannya untuk musim luruh 2017! Cuma yang berbeza kali ini, percubaan trend skirt over shirt oleh Zara tidak lagi hadir sediakala. Sebaliknya look yang dicadangkan oleh Zara adalah pakai dengan skort, bersama kemeja labuh tuck in dan hemming baju dibiarkan keluar.

skirt over shirt

Peraturan utama untuk menawan look ini adalah, gayakan ia bersama skirt yang kontra – baik dari segi sifat fabrik mahupun warnanya – dan ceraian yang disarung sebagai baju lazimnya yang material lembut serta warnanya juga tidak garang. Contohnya, skirt daripada fabrik patent leather atau denim yang punya warna dominan. Pabila ceraian baju atau top sudah dimasukkan ke dalam, hujung baju tidak perlu terlalu rapi dan kemas. Biar diolah acuh tak acuh. Then, you’re done! Usah takut untuk cuba, barangkali gaya sebegini upgrade penampilan kasual kamu, jadi nampaklah sedikit effort untuk menzahirkan kelainan.

skirt over shirt

5 SKIRT OVER SHIRT PILIHAN

Daripada jenama high street, yang kami cadangkan untuk capai look skirt over shirt. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE