SEARCH

Song Hye Kyo & Gambar Pembikinan Wedding Dress Diornya Dilepaskan…

Song Hye Kyo & Gambar Pembikinan Wedding Dress Diornya Dilepaskan…

Mendekati hujung tahun, bermakna beruntun-runtunlah majlis kahwin. Dan minggu lepas tercipta satu lagi sejarah indah – Song Hye Kyo dan Song Joong-ki berkahwin, meributkan satu dunia terutama sekali kelompok pencinta hiburan Korea.

Bulan Julai yang lalu, bagai kecoh pengisytiharan pernikahan mereka yang pada waktu itu menjangkakan bulan Oktober akan berlangsungnya majlis. Lantaran, mereka melunaskan kata-kata tersebut dan pada hujung Oktober baru-baru ini, Song Hye Kyo sah menjadi isteri kepada Song Joong-ki.

Song Hye Kyo Dior Haute Couture Wedding Dress

Song Hye Kyo memilih Dior sebagai busana kahwin pada bulan Oktober itu.

Gaun kahwin kembang berwarna putih yang direka khas oleh Maria Grazia Chiuri menggambarkan keunikan citra haute couture yang sudah sebati dengan Dior. Empat bulan lepas kita disajikan dengan gaun kahwin Miranda Kerr yang juga direka khas oleh Dior, kali ini gaun kahwin Song Hye Kyo pula yang ‘mencuri’ tumpuan!

Permintaan peribadi Song Hye Kyo yang berhajat menyarung gaun kahwin yang diilhamkan daripada haute couture musim luruh dingin 2017, melibatkan hasil kerja tangan artisan-artisan rumah fesyen couture Dior di Paris. Dibuat dan disiapkan di atelier flou Dior di 30 Avenue Montaigne, studio khusus untuk kepakaran dalam pembuatan rekaan-rekaan lembut oleh petites mains terulung.

Song Hye Kyo Dior Haute Couture Wedding Dress

Gambar-gambar di sebalik pembikinan gaun kahwin Song Hye Kyo (seperti yang boleh dilihat di sini) dilepaskan oleh Dior, membongkar rahsia dan membawa kita ke dunia pembuatan haute couture Dior di atelier flou di Paris.

Daripada lakaran kasar dua dimensi ke proses teknik draping yang mempertaruhkan ketelitian artisan-artisan dari segi ukuran, bentuk, peletakan dart, perincian dan seumpamanya pada toile sampailah terbentuknya gaun itu dalam rupa sebenar tiga dimensi. Proses pembuatan gaun kahwin ini begitu teratur dan berhati-hati untuk memastikan final result yang memuaskan.

Memetik kata daripada kapsyen yang ditunjukkan oleh Dior dalam Instagram tentang pembuatan gaun kahwin aktres Korea ini, berjam-jam masa dihabiskan oleh petites mains mereka kerana menitikberatkan setiap satu perincian. Daripada sekecil-kecil butir jahitan sehinggalah jadi gaun kahwin sebenar Song Hye Kyo yang direka khas oleh #MariaGraziaChiuri

Song Hye Kyo Dior Haute Couture Wedding Dress

Akhirnya, terhasil juga gaun kahwin Song Hye Kyo dalam fabrik sutera Mikado bersulamkan renda yang direka oleh rumah fesyen Dior di bawah kerja kreatif Maria Grazia Chiuri dan pasukan artisan!

Diambil daripada Instagram Song Joong-ki

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE