SEARCH

STAIL.MY Loves Topshop & Topman: #inSTAILgramworthy Street Style Di Penang, Bersama Esmend & Nina!

STAIL.MY Loves Topshop & Topman: #inSTAILgramworthy Street Style Di Penang, Bersama Esmend & Nina!

Topshop dan Topman bekerjasama dengan STAIL.MY, bergabung tenaga merakam dua ‘Street Style’ pilihan sewaktu Stailish Road Trip #inSTAILgramworthy kami di Penang! Mengambil latar Georgetown Festival yang berlangsung di Penang sepanjang minggu Hari Merdeka, kami menginisiasi gaya-gaya yang menepati tema ‘festival’ – kasual bersahaja dan carefree – namun diubah kepada rupa sporty dan lebih stylish. 

Untuk Toshop, kami memilih tiga ceraian utama dan satu aksesori. Kemeja T besar Ivy Park, skirt mini dengan lacing fastening di bahagian depan, kot panjang berwarna putih dengan beg silang kecil. Si lelaki Topman pula lebih ringkas, yakni gaya atletik jaket dan seluar trek satu sut.

topshop
Loo Zheun Yong, 17 Tahun Berasal Dari Penang. Bergaya dalam jaket dan seluar trek Topman

 

Misi pencarian dua sosok untuk menggayakan Topshop dan juga Topman, memberanikan kami untuk menanyai sesiapa sahaja yang terlihat mengitari di jalanan kota Georgetown. Dan dasar pemilihan juga penting, kerana kami mahu individu yang mampu meluhurkan kedua-dua look itu dengan jayanya.

Langsung, walapun panas kian terik yang membakar kulit menyuasani Penang hari itu, aspirasi kami berhasil jua. Ketika kami sekelompok duduk minum di kafe Awesome Canteen di Sekeping Victoria, kami berkenalan dengan pemuda bernama Loo Zheun Yong (@esmend.27) yang kebetulan bersantai bersama teman-temannya di tempat yang sama.

Saya mendekati Zheun Yong dan tidak teragak-agak dia menggayakan Topman. “This is something new to me. Belum pernah saya menyarung diri dalam helaian trek sebegini,” kata Zheun Yong, seorang pelajar berusia 17 tahun dan orang lokal Penang. Kena dengan personaliti Zheun Yong yang sememangnya secara peribadi, suka bergaya sporty. 

“Gaya ini menggambarkan festival, tetapi lebih moden dan lain daripada yang biasa kita lihat!” Jelasnya lagi. Siluet pada gayanya ini dibiarkan longgar, dengan bahagian lengan menenggelami hujung tangannya dan seluar pula tersingsing. Jaket dan seluar trek satu sut, menerbitkan imej agresif dan lasak pada Zheun Yong. Dalam masa sama, tampil relaks dan acuh tak acuh, sesuai dengan tema festival.

topshop
Nina Gausling, 20 tahun asal Jerman sangat gembira pabila digayakan dalam kemeja T Ivy Park ini bersama skirt mini, jaket panjang dan beg silang yang kesemuanya daripada Topshop

 

TOPSHOP BERSAMA NINA

Saat keluar dari kafe Awesome Canteen, selang beberapa langkah ketika membetis ke lokasi seterusnya, terserempak pula dengan sekumpulan empat pelancong perempuan asal Jerman yang backpacking ke Penang. Perfect! Right on time! Pengarah Seni kami, Ashura Hakim terus menyanyai mereka untuk bergaya dalam Topshop. Keempat-empat mereka cantik pula dan pasti boleh membawa look Toshop yang kami pilih itu dengan baik. Salah seorang daripada mereka berempat, Nina Gausling (@nina.ga) berusia 20 tahun secara ‘sukarela’ membenarkan dirinya digayakan.

Untuk Nina, kami menyebatikan tiga ceraian – kemeja T besar Ivy Park, tucked in ke dalam skirt mini dengan fastening lacing di bahagian depan – serta jaket panjang tersangkut pada bahu. Palet warna yang dipilih semuanya lembut. Kemeja T dan skirt dalam keluarga warna yang sama, sementara jaket berwarna putih. “Saya juga festival-goer. Stail peribadi saya lebih kepada sesuatu yang praktikal dan mementingkan sassiness,” kata Nina. Untuk melengkapkan lagi penampilan, beg silang kecil disarung sekali kerana kami fikir untuk ke festival, it’s a must untuk ada beg bersama. For practical reason. Tambah-tambah lagi Nina memakai kasut sniker putih miliknya, terus nampak stylish! 

“Ke festival, lazimnya you’ll get dirty. But for this look, I’ll make an exception. Gaya sebegini agak berbeza dengan gaya festival lain. Dengan jaketnya lagi. Bagi saya, gaya ini lebih chic! Untuk kelihatan chic di festival, ini sesuatu yang harus saya cuba!” Kata Nina lagi. Untuk menyaksikan di sebalik tabir penggambaran video Topshop dan Topman #inSTAILgramworthy Street Style di Penang bersama Loo Zheun Yong dan Nina, saksikan video ‘The Making Of’ di bawah ini!

Lagu : Stay Here Forever daripada Ronika

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE