SEARCH

Stailish Instagirls Disember : Penghargaan Buat Pereka-Pereka Fesyen Wanita Lokal #womenempowerment

Stailish Instagirls Disember : Penghargaan Buat Pereka-Pereka Fesyen Wanita Lokal #womenempowerment

Another round of Stailish Instagirls! Kali ini Stailish Instagirls untuk bulan Disember pula menjadi buah tutur kami. Siapakah perempuan-perempuan yang termasuk dalam rangkulan crush kami detik tamat 2017 ini? Gelaran stailish bulan Disember adalah masa untuk merai pereka-pereka fesyen wanita Malaysia pula!

Designed by women, for women. Mereka adalah pereka-pereka fesyen wanita tanah air yang telah membentuk trend juga stail wanita lokal dan bagi kami, melambangkan keperkasaan. Menerusi akal budi, mereka berinovasi dan mencungkil kreativiti, berbekalkan tekad untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang utama dunia fesyen Malaysia. Saban musim, saban tahun – baik pereka fesyen yang lama mahupun yang baru – tidak pernah lelah memberi kelainan sehingga membekas.

Kami memberi penghargaan buat lima pereka fesyen ini – Ezzati Amira, pengasas Arared yakni Mas Angelina, Kittie Yiyi, Ana Abu dan Nurita Harith – dan menyenaraikan mereka sebagai stail crush Disember ini! Kelima-lima pereka fesyen wanita ini menerbitkan identiti yang meresapi sendi-sendi rekaan masing-masing.

Ezzati yang menggemari aspek feminin ultra-moden, Mas Angelina yang mengasosiasikan jenamanya Arared dengan nada-nada lembut romantik, manakala Kittie pula lebih cenderung kepada perihal eksentrik, Ana menjunjung sesuatu yang bersifat minimal dan Nurita lebih kepada manipulasi pola yang segar!

Selari dengan citarasa rekaan, secara perseorangan, mereka juga menampilkan gaya peribadi rencam dan ada ketersendirian. Representasi kepada jenama yang dipersembahkan, tiap-tiap mereka menunjukkan ragam gaya unik yang mempertaruhkan siapa mereka. Let’s celebrate these five creative women! Dan inilah Stailish Instagirls Disember kami.

STAILISH INSTAGIRLS : ANA ABU

Stailish Instagirls Ana Abu

daripada Instagram @anaabu

One thing about Ana Abu… she knows herself well. Gaya minimum dan bersih itu sudah sebati dengan dirinya. Ana menyalurkan identiti dirinya itu pada jenamanya, Ana Abu. bersederhana, palet warna senada atau ringkas dan gaya santai membaluti identiti Ana.

STAILISH INSTAGIRLS : EZZATI AMIRA

Stailish Instagirls Ezzati Amira

daripada Instagram @karoshie

Benar, sama seperti matlamat jenamanya yang bersandarkan perempuan moden, kuat dalam segala hal, menyematkan masculinity dan feminin. Itulah Ezzati Amira. Gaya peribadinya juga menjurus kepada elemen-elemen tersebut. Ezzati tidak gentar memencarkan kelainan dari segi bermain dengan padanan – baik dari segi helaian bahkan aksesori yang dipakai.

STAILISH INSTAGIRLS : MAS ANGELINA (PENGASAS ARARED)

 

Stailish Instagirls Mas Angelina

daripada Instagram @masangelina

Saya mengikuti blog Mas Angelina dari dulu lagi. Mengagumi tiap-tiap gayanya kerana Mas berani menyatukan warna kontra, menggabungkan dua siluet malah helaian yang berbeza sifat antara satu sama lain dan paling penting, moden. Acapkali terlihat gambar gaya-gayanya, menerbitkan rasa seperti mahu mencuba apa yang ditonjolkan olehnya.

STAILISH INSTAGIRLS : NURITA HARITH

Stailish Instagirls Nurita Harith

daripada Instagram @nuritaharith

Dari waktu awal kemunculan Nurita Harith ke lapangan fesyen lokal lagi dia sudah ‘menggegarkan’ kita dengan gaya-gaya peribadinya dan sehingga kini, Nurita masih lagi stailish! Dia yang sukakan manipulasi pola pada rekaan feminin, menyerlahkan sendi yang hampir sama pada gaya-gayanya. Menyukai warna-warna monokrom asas, Nurita antara epitome yang menterjemahkan chic dalam setiap penggayaan.

STAILISH INSTAGIRLS : KITTIE YIYI

Stailish Instagirls Kitti Yiyi

daripada Instagram @kittieyiyi

One-of-a-kind dan keeksentrikan yang terlihat pada jenama Kittie Yiyi, teresap sama ke dalam keperibadian pengasasnya, Kittie Yiyi. dia tidak pernah gagal menampilkan stail-stail atau imej-imej yang quirky, nakal dan berwarna-warni. Dia berani menebarkan sesuatu yang luar biasa.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE