SEARCH

Star Wars Levi’s & Tip Stail Bergaya Seperti Discreet-Star-Wars-Fan!

Star Wars Levi’s & Tip Stail Bergaya Seperti Discreet-Star-Wars-Fan!

“You don’t want to leave… you want to see Star Wars” – ayat yang terpacul keluar daripada mulut Kelso dalam sitkom That 70’s Show. Sampai sekarang, memang takkan lupalah babak episod That 70’s Show itu. Babak di mana Eric, Fez, Steven dan Kelso kaget setelah menonton filem Star Wars buat pertama kalinya. Iyalah, zaman 70an, kan. Cereka fiksyen sains kiranya adalah sesuatu yang terlalu luar biasalah dan melanggar norma corak filem dulu-dulu.

Dan seandainya kamu mendewasa bersama-sama semesta fantasi Star Wars, tak mustahil kamu payah untuk membendung ‘Star Wars’ daripada menguasai jiwa sampai menjadi pencinta setia filem tersebut. Jadi, siapa Star Wars freak and proud di sini? Sila angkat tangan!

Ada berita gembira buat pencinta-pencinta Star Wars! Levi’s memperkenalkan Levis’s X Star Wars – satu rangkaian kapsul yang menunjangi budaya Star Wars sebagai inspirasi utamanya! Bersempena meraikan kemunculan rasmi sambungan filem Star Wars baharu, yakni Star Wars : The Rise of The Skywalker, yang bakal ditayangkan Disember kelak, Levi’s mengambil insiatif menampilkan beberapa ceraian terlengkap bersama motif atau grafik Star Wars.

Star Wars Levi’s

Levi’s X Star Wars menghidupkan kembali watak-watak atau karakter-karakter paling ikonik seperti R2D2 juga C3P0 dan kapal angkasanya, Millenium Falcon sebagai motif atau corak grafik utamanya. Serta frasa infamous yang sangat-sangat signifikan dengan filem Star Wars – “May the force be with you” dan “In a galaxy far, far away…” – turut dikutip untuk dijadikan motif atau corak grafik.

Membariskan kemeja T, baju panas berhud, seluar jean dan jaket denim (yang kesemuanya disempurnakan oleh motif atau corak grafik Star Wars seperti yang disebut di atas) sebagai ceraian-ceraian utama himpunan kapsul ini. Malah, sementara ia meluhurkan Star Wars seratus peratus, ada ceraian seluarnya yang terus disimbah corak galaksi yang padat meronai rekaannya.

Oleh kerana kami pun sederap melangkah meraikan himpunan kapsul Levi’s X Star Wars ini, kami pilih beberapa ceraian kegemaran dan rangka penggayaan seorang discreetly a Star Wars fan!
OBI WAN KENOBI & THE CITY

Star Wars Levi’s

Kami menggabungkan kemeja T bercorak watak R2D2 (sebagai helaian utama) bersama kot labuh – ala-ala siluet penampilan Obi Wan Kenobi tetapi dalam tafsiran gayanya di rimba kota. Dipakai dengan skirt mini, kasut sarung serta gelang tangan geometri untuk memodenkan lagi gaya. Kemeja T corak R2D2 itu sahaja sudah cukup membuktikan kamu seorang peminat Star Wars tetapi keep it hush hush.

THE PARTY? IT’S ON MY BACK!

Star Wars Levi’s

Khusus untuk pencinta tegar Star Wars. Gayanya mengumpamakan business on the front, party at the back! Dalam erti kata lain, penggayaan yang sengaja mahu mencipta dua ‘ilusi’. Di hadapannya kelihatan seperti kasual biasa, jaket denim dipakai bersama seluar jean manakala dalamnya adalah ceraian baju renang bercorak jaluran (tucked in) dan berkasut sniker. Tetapi di bahagian belakang… mencemerlangkan Star Wars!

STAR WARS FREAK, BUT MAKE IT 90s MINIMAL

Star Wars Levi’s

Kami menginspirasikan gaya minima 90an untuk stail ini. Jaketnya sarat corak galaksi dan kapal angkasa MIllenium Falcon. Tetapi bagaimana mahu tone it down? Dengan padanan seluar mom’s jeans putih dan dress berona krim putih sebagai ceraian dalam. Sandal melengkapkan lagi idea penampilan minimal. Manakala beg pau yang tertera jelas slogan “May the force be with you” pula… ok, untuk membuktikan kamu adalah peminat sejati Star Wars.

INSPIRASI GAYA JALANAN MINGGU FESYEN / PINTEREST

Star Wars Levi’s

Baju panas berhud tak semestinya untuk penggayaan sporty sahaja. Pabila kami diberi ‘cabaran’ untuk menggayakan baju panas berhud, kami terus mahu memadankan ia bersama skirt midi, but paras buku lali dan beg cross-body. Ala-ala gaya jalanan pengunjung-pengunjung yang hadir ke minggu fesyen atau pinterest-worthy. Apatah lagi jika baju panas berhud tersebut terang-terangan dilengkapi corak karakter ikonik Star Wars, pasti mencipta statement.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE