SEARCH

Steven Klein Tukang Gambar Kempen Ray Ban, Buat Kali Kedua!

Steven Klein Tukang Gambar Kempen Ray Ban, Buat Kali Kedua!

Ray Ban sekali lagi, buat kali kedua menyunting fotografer ternama, Steven Klein sebagai ‘mata’ utama di sebalik siri baharu kempen jenama tersebut. Seperti selalu, kempen kedua Ray Ban yang ditangkap oleh Steven Klein kali ini menampilkan protagonis-protagonis menunjukkan lagak mereka menggayakan kaca mata Ray Ban seraya memerihalkan penceritaan masing-masing.

Dalam siri pertama kempen Ray Ban tahun lalu, Steven memotret individu-individu yang memunahkan stereotaip. Memperlihatkan satu rencana kisah individu-individu yang tidak lagi terbelenggu oleh sesuatu yang mematikan pancaindera masing-masing dan menegah mereka daripada jadi diri sendiri. Steven tidak gentar menerbitkan ragam-ragam yang bersangkut paut dengan jenama Ray Ban yakni imej-imej yang berani dan lantang.

steven klein ray ban 2018

Protagonis kelihatan memandu ke arah matahari yang tergelincir, seolah-olah mencerminkan dirinya lari daripada apa-apa sekatan diri. Cahaya yang terpantul pada kulit tubuhnya pula menggambarkan kebebasan.

Untuk siri kedua kempen, Steven mengolah bentuk cerita yang hampir sama namun mesejnya berbeza sedikit. Ya, ia masih lagi merayakan individuality atau sesuatu yang distingtif. Cuma Steven dan Ray Ban kali ini terdorong oleh konsep eskapisme, menyimpul ia dalam rupa metafora – protagonis-protagonis meloloskan diri daripada kekangan dalam dunia serba canggih masa kini, untuk merasai kebebasan.

Living in turbulent times, one of the things that evokes that for many people is a road trip. This campaign represents that no matter what hardships come your way, you can be an individual, go on your own path…” jelas Steven KLEIN.

steven klein ray ban 2018

Suasana awal pagi atau selepas dinihari, di mana protagonis mahu menumpang orang lain sambil memegang kad yang tertulis ‘Everywhere’. Apa yang cuba disampaikan adalah dia seperti memacu dirinya menuju ke arah self-realisation. 

Suasana road trip, menelusuri lebuh jalan berdebu seperti di atas American highway, ditemani lagi cuaca panas yang menyempurnakan suasana, benra-benar mengiaskan eskapisme daripada kenyataan. Watak-watak utama dalam kempen ini bersahaja, tidak mengendahkan ketakutan dan kelihatan optimis, bertepatan dengan identiti Ray Ban.

Sudah tentu, ia mempamerkan estetika asli Steven – warna-warna kontra, exposure tinggi, imej-imej pin-sharp, subjek yang menunjukkan kuasa dan jujur. Dia berjaya mengabadikan ekspresi-ekspresi individu yang seakan-akan mengejar impian yang tak berhujung dan menikmati keindahan jati diri masing-masing.

steven klein ray ban 2018

Menceritakan protagonis yang dalam proses self-discovery. Bertemankan anjing peliharaan berserta gitarnya, dia nampak seperti individu yang takkan berpatah balik dan tidak menyesali tindakannya.

GAMBAR-GAMBAR DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN SIRI KEDUA KEMPEN RAY BAN X STEVEN KLEIN

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE