SEARCH

Styling Tips : Maksimumkan Minima, Dengan Warna & Tekstur

Styling Tips : Maksimumkan Minima, Dengan Warna & Tekstur

Maximum is the new minimal? Styling tips 101, jangan takut untuk memaksimumkan gaya minima! Kami tidak mahu menyesatkan akal fikiran kamu dengan teori baharu kami. Ia hanyalah permainan perkataan sahaja. Apa yang kami maksudkan dengan ‘maksimum’ dan ‘minima’ ini adalah, stick to your minimal look, maksimumkan ia dari aspek gabungan warna, aksesori, siluet juga tekstur. Agar gaya minima kamu tidak lagi bosan dan menjenuhkan!

Masuk musim luruh kali ini, gaya yang harus dijelmakan kembali adalah gaya minima. Lupakan sebentar idea ‘gila-gila’ untuk penggayaan musim luruh dingin mahupun stail-stail yang romantik dan seumpamanya. Kami mahu membawa kamu mulih kepada sesuatu yang bersandarkan sendi asas. Orang kata ia ‘basic’, but guess what? ‘Basic’ is ‘in’ now. Gaya minimal atau minima, tetapi dalam interpretasi baharu dan luar biasa.

styling tips minimal maximum

Fikirkan… Jil Sander atau Calvin Klein sebelum kemunculan Raf Simons. Malah paling mudah kalau hendak faham tentang gaya minima moden, rujuk saja jenama COS. Lihat bagaimana jenama-jenama ini tidak takut dengan mengubah haluan atau menukar paradigma orang fasal gaya minima.

Ia kekal dengan jati diri minima tersebut, namun diolah pada siluet yang sedikit dramatik, architectural atau ekstra, tekstur seperti ribbed atau bulu-bulu (bukan berkaitan dengan perincian sulaman, manik-manik atau batu-batu), butiran-butiran seperti topstitches atau poket-poket, fabrik yang digunakan seperti fabrik vinil atau kulit, bermain dengan warna-warna berani juga aksesori-aksesori yang berteraskan gaya futuristik dipadankan bersama.

Tetapi ia masih lagi dalam konteks minima – tidak ada detailing yang berlebih-lebih seperti sulaman, manik-manik dan sebagainya, tidak ada gaya yang sarat corak atau motif artistik juga tidak ada elemen-elemen yang loud dan yang tak masuk akal.

Sebab apa kami mahu menegaskan kamu untuk memaksimumkan gaya minima? Seperti yang telah dinyatakan oleh kami tadi, agar gaya minima kamu tidak lagi nampak bosan dan sama! Make it ultra-modern, ultra-chic and ultra-everything!

THE WEEKENDER

styling tips minimal maximum

Styling tips untuk upgrade gaya kasual kamu. Bila menyentuh hal gaya kasual sahaja, ia lebih kepada sesuatu yang relaks atau terasa lapang. Jangan bermalas-malas dalam penggayaan. Put some effort, bermain dengan rona-rona panas dan terang – tetapi ingat, masih lagi dalam konteks minima. Ceraian slip ringkas, padankan bersama seluar kargo labuh yang banyak poket dan kasut flat. Jika mahu sedikit ‘ekstra’, pakai beg silang kecil berona kontra atau lawan dengan pakaian kamu.

 Baju Paul Smith, kaca mata Loewe, seluar Zara, kasut Dorothy Perkins dan beg Sportmax

UNTUK GAYA MALAM

Selalunya kalau keluar malam atau night out with friends, mesti akan pakai dress koktel singkat yang seksi, yang penuh manik-manik dan dibaluti jemeki bercorak. Come on, it’s 2018. Ubahlah penampilan biasa-biasa itu! Beranikan diri untuk tampil dalam gaya futuristik. Baju yang berpola manipulasi, contohnya baju rollneck tanpa lengan, pakai bersama skirt kulit. Dililit lagi tali pinggang yang diikat seperti obi belt dan dipadankan kasut but stoking yang menutup seluruh kaki. Ok, that is cool.

 Baju COS, skirt Autograph (daripada Marks & Spencer), kasut but Giuseppe Zanotti, tali pinggang Givenchy dan beg bimbit Saint Laurent Paris

THE YOUNG & THE RESTLESS

styling tips minimal maximum

Satu lagi gaya yang sering kami saran untuk upgrade setiap musim. Gaya kerja! Kami mahu mengembalikan era perempuan memakai pantsuit kerana ia mencerminkan keperkasaan atau woman-in-charge. Tetapi daripada menerbitkan keseragaman pada penampilan tersebut, apa kata… ya, masih lagi memakai sut tetapi sut yang longgar atau oversized, pakai bersama seluar slack yang ronanya lain tetapi palet gelap supaya sebati dengan jaket sut tersebut dan cuba untuk jadi sedikit ‘nakal’ dengan melilit tali pinggang warna neon. Just to see how it goes.

 Jaket sut Stella McCartney, seluar slack Carolina Herera, tali pinggang Topshop, anting-anting Bimba Y Lola dan kasut Monki

WISATAWAN MODEN

styling tips minimal maximum

Kalau hendak merantau ke luar negara hujung tahun ini, ingat, masa itu musim sejuk. Jaket bertekstur bulu (make sure it’s faux fur, ya?) selalu sahaja jadi pelangkap gaya. Sungguhpun musim luruh dingin ini kita banyak disajikan kot atau jaket bulu yang bercorak-corak bagai, namun yang polos tetap menjadi pilihan. Dan jika sudah menggayakan tekstur, alang-alang bermain dengan fabrik terus. Pakai bersama skirt material vinil. Suntik nada glamor untuk menafaskan dinamisme. Pakai but buku lali, kaca mata futuristik dan beg jinijt comel.

Kot bulu Max Mara, skirt Miss Selfridge, kaca mata Prada, kasut Bottega Veneta dan beg jinjit COS

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE