SEARCH

Supreme X Louis Vuitton Menswear Fall17: Yay Or Nay?

Supreme X Louis Vuitton Menswear Fall17: Yay Or Nay?
SupremeXlouisVuitton2_stailMY
instagram voguehommes

Nama Pengarah Kreatif Menswear Louis Vuitton, Kim Jones melonjak naik di sepanjang minggu fesyen menswear yang sedang berlangsung tika ini. Kolaborasi Louis Vuitton dan Supreme mula diperkatakan beberapa minggu sebelum koleksi ini dipentaskan lagi. Portal online Hypebeast memberi liputan penuh tentang koleksi ini di laman web mereka. Seluruh dunia bercakap tentang koleksi ini. Biarpun aksesori dalam koleksi ini yang lebih diperkatakan berbanding RTW nya tetapi bagi saya tidak mengapa. Asalkan saja ia mendapat liputan besar-besaran. Kim Jones berjaya mencuri tumpuan dunia supaya mengarah kepada jenama ini.

Well it’s that kind of Pop identity that’s the joy to the brand,” kata Kim Jones sambil dia berkisar-kisar dalam studio menswear nya menunjukkan ke arah meja yang menempatkan skateboard, skateboard trunks, duffels, bandanas, pembuka botol, sarung tangan dan sarung telefon pintar – semua kolaborasi Louis Vuitton bersama Supreme. Katanya lagi, “Saya tidak bercakap tentang politik di sini tetapi koleksi ini terinspirasi daripada masa-masa agung artis New York sekitar 70-an, 80-an dan 90-an – nama-nama seperti Keith Haring, Jean-Michel Basquiat, Andy Warhol, Julian Schnabel, Robert Mapplethorpe. Masa-masa di mana sesiapa dari mana-mana pun keluar malam dan berkumpul di dalam kelab.” Ia adalah tentang memadukan gaya jalanan dalam penampilan. “Koleksi ini memandang kepada uptown-downtown social mix, yang sangat penting waktu itu. Ini sangat penting kini kerana trend ini semakin merangkak kembali ke dalam industri fesyen.”

SupremeXlouisVuitton3_stailMY
instagram voguehommes

Bagi saya secara peribadi, tindakan Jones membuat kolaborasi ini terlihat bijak. Kerana baru sahaja pun saya terbaca artikel di laman web Independent mengatakan dalam dunia fesyen mewah 2017 ini, periklanan tradisional tidak lagi berfungsi sebaliknya ia adalah tentang niche media. Bagi syarikat yang ingin mencapai kepada golongan super rich – 80 peratus daripadanya yang membuat duit 15 tahun kebelakangan ini – milenial adalah sasaran terbaik mereka. Jadi Supreme, jenama yang amat dekat dengan kelompok ini adalah pilihan tepat buat Louis Vuitton. Ia bukan sahaja memberi nafas baru kepada koleksi jenama ini sebaliknya menjadikan jenama ini cool semula dan dekat juga dengan golongan milenial sekaligus menepati sasaran industri fesyen mewah tika ini.

Secara peribadi juga saya sukakan rekaan kolaborasi ini walaupun ia sebenarnya a smack right in your face dengan penjenamaan Supreme itu sebesar-besarnya diletakkan di atas produk tapi seperti sebut saya tadi paduan dua jenama jalanan dan mewah ini terlihat cool dan works well. Ia membuatkan jenama mewah Louis Vuitton ini lebih relaks dan chill, senang digayakan – tidak terlalu rigid dan mewah. Entah… IT’S A YAY FOR ME!

SupremeXlouisVuitton4_stailMY
instagram grantwoolhead

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE