SEARCH

Tak Lebih Daripada Satu Dua & Minima – Trend Karpet Merah Masa Kini

Tak Lebih Daripada Satu Dua & Minima – Trend Karpet Merah Masa Kini

Seperti terkena tempias Emmys yang baru-baru ini pun ada juga. Hampir sama trend-nya : melaram di atas karpet merah hanya dengan mengangkat rona yang tak lebih daripada satu dua dan nada gayanya serba minima! Apakah ini trend karpet merah acara-acara berprestij masa kini?

Sekadar mahu memberi ingat, Emma Stone memakai Calvin Klein di Golden Globes 2011… ingat lagi? Mata hati satu dunia yang mengamati gayanya ibarat tertambat kerana Emma sangat-sangat cantik pada waktu itu. Kehadirannya itu lantas mencetus satu detik fesyen terpenting, padahal gayanya ringkas-ringkas sahaja. Dress potongan minima, cukup sekadar disimbah rona pic pucar, tiada tambahan sulaman mahupun batu-batu berkilauan, yang berjaya mencuit perhatian dan oleh itu, dia dijulang sebagai rujukan gaya ikonik.

Kemudian, di anugerah Emmys tidak berapa lama sebelum ini juga sama, memperlihatkan pertaruhan gaya tak lebih daripada satu dua warna. Kita dihidangkan oleh gaya-gaya selebriti yang digambarkan oleh saya, ‘bak berada dalam toko kandi’. Mereka hadir dalam rona-rona pop, fluro dan ada yang berani muncul dengan gaya yang mengahwinkan rona hangat bersama rona dingin.

Charlize Theron memakai Tom Ford

Impak yang sama melanda dan merebak di acara Governors Ball semalam! Bintang-bintang Tinseltown atau selebriti-selebriti A-lister yang datang sebagai undangan memilih gaya-gaya yang bertemakan minima, dengan rona senada mahupun ‘dua nada’ dan yang menariknya, rekaan-rekaan yang ditampilkan nampak moden! Tidak ada gaya ‘tipikal-Hollywood-penuh-kilau-kilauan’ yang terlalu biasa kita lihat.

Contohnya, Charlize Theron, menyarung dress yang kelihatan sempurna dengan simbahan rona ‘nadi’ hitam dan putih. Butiran gathers pada bahagian atas dibalas dengan efek keras bak skirt belon pada bahagian bawah, menafaskan kemodenan ultra gaya Charlize.

Greta Gerwig memakai Lela Rose

Malah kami suka juga dengan gaya dress satin penuh biru – seperti satin Duchess – yang dipakai oleh Greta Gerwig. Dress yang polanya asimetri, tiba-tiba ada butiran ropol yang diolah ‘setengah’ sahaja pada kemasan skirt bawah, menjadikan ia unik di mata kami. Dan usah cakaplah fasal gaya Dakota Johnson… Win! Dakota memilih putih – dress yang skirt-nya labuh, dengan bahagian atas ala-ala bralette dengan butiran lipatan lisu (seperti cummerbund) – yang menonjolkan penampilannya di atas karpet merah. Good job, Dakota!

 Nah! Kita lihat sahaja gaya-gaya tak lebih daripada satu dua warna dan minima, yang datang menerjah karpet merah Governors Awards semalam, yang menjadi pilihan STAIL.MY. Ini adalah di antaranya!

 

Dakota Johnson memakai Brandon Maxwell

Cynthia Erivo memakai Valentino

 

Keke Palmer memakai Christian Siriano

 

Joanne Tucker

 

tak lebih daripada satu governors awards

Jennifer Lopez memakai Reem Acra

 

Diane Warren

 

Jodie Turner Smith memakai Balmain

 

Florence Pugh memakai Valentino

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE