SEARCH

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

Scha Al Yahya bagai mencipta fenomenanya yang tersendiri, bermula sebagai juara ‘Dewi Remaja’ pada 2005. Dia kemudiannya mengorak langkah dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Meskipun sudah lebih sedekad dalam dunia glamor, pengaruh wanita berusia 35 tahun ini sedikit pun tidak berkurangan apabila dia kini diangkat sebagai salah satu ikon fesyen paling berpengaruh di Malaysia, senang kata apa sahaja yang dia gayakan pasti mendapat perhatian ramai.

Sebagai salah seorang pengikut akaun Instagram Scha Al Yahya, saya sering mencedok serba-sedikit idea pemakaiannya, entah kenapa apa sahaja dia pakai akan terlihat sangat fashionable meskipun dia hanya menggayakan T-shirt kosong dan seluar jeans.

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

Baru-baru ini ibu kepada Lara Alana itu berkongsi gambarnya yang penuh stailish dalam dua sut berbeza berona putih dan merah. Cantik sekali! Membuatkan saya juga teringin untuk mempunyai sepasang sut sendiri, namun saya sedar harga untuk satu sut lengkap mampu mencapai sehingga ribuan ringgit dan dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang saya pasti tak ramai yang sanggup berhabis sebanyak itu hanya untuk sepersalinan pakaian.

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

Tapi jangan risau kini dengan bajet kurang dari RM200 kamu juga boleh tampil bergaya ala Scha Al Yahya, di bawah saya senaraikan empat sut dari jenama tempatan dengan harga mampu milik.

1. Aere Julee Plaid Jacket (RM179)

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

Sut ini diperkenalkan melalui koleksi terbaru Aere yang dinamakan sebagai ESSENCE, ia hadir dengan butang balut serta poket sisi yang berfungsi. Sut yang menjanjikan keselesaan buat si pemakai ini dijahit mengunakan fabrik berkualiti tinggi dari Jepun. Sementara pergelangan baju pula dilengkapi dengan butang emas signature Aere.

2. FV Basics Reese Double-Breasted Suit Blazer (RM199)

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

This is real bargain! Satu set sut ini hanya berharga RM199! Lebih menarik lagi ia didatangkan dengan lima pilihan warna yang terdiri daripada putih, hijau, merah, merah jambu dan juga biru tua. Kamu hanya tinggal pilih warna mana yang bersesuaian dengan personaliti kamu.

3. FV Basics Elle Ruffle Blazer (RM199)

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

Pujian harus diberikan kepada Fashionvalet atas usaha konsisten mereka dalam menghasilkan variasi sut mampu milik. Melalui koleksi kedua ini, Fashionvalet menyuntik unsur feminin kepada rekaan mereka menerusi ropol di bahagian hadapan Sut. Ciri unik dengan ropol ini sekaligus menyanggah persepsi sesetengah orang yang sering menganggap sut tidak lebih dari sekadar uniform kerja yang membosankan.

4. Min Luna x Fashionvalet The Boss Lady Blazer (RM199)

Tampil Bergaya Ala Scha Al Yahya Dengan Empat Sut Mampu Milik Ini

Siapa tidak kenal akan Min Luna? Stylist ini tampil berkolaborasi bersama Fashionvalet untuk koleksi pakaian yang direka khas bagi meraikan wanita tanpa mengira saiz badan. Koleksi ini juga direka dengan seleksi warna yang vibrant kerana Min Luna percaya salah satu cara mudah untuk tampil stailish adalah dengan keberanian untuk menggayakan warna lain selain daripada warna selamat seperti hitam dan putih.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE