SEARCH

Tiffany & Co Mempersembahkan ‘The Extraordinary Colors Of Tiffany’

Tiffany & Co Mempersembahkan ‘The Extraordinary Colors Of Tiffany’

Melewati usia 180 tahun, Tiffany & Co besar hati dan megah berdiri sebagai jenama terunggul yang mempengaruhi dunia barang kemas. Untuk merayakan nikmat ini, Tiffany & Co memperkenalkan koleksi barang kemas terbaru yakni The Extraordinary Colors Of Tiffany!

Koleksi The Extraordinary Colors Of Tiffany melibatkan kerja tangan juga bermain dengan intelektual artisan-artisan mahir dalam memperhalus dan bekerja secara teliti untuk mengolah rekaan-rekaan moden yang bisa menegaskan kecantikan batu-batu ini dalam masa sama, mengabadikan nilai-nilai klasik. Ratna seperti kunzit, morganit, tanzanite dan tsavorite diolah dalam rupa unik untuk memancarkan gemerlapan serta warnanya – diberi julukan ‘Tiffany Legacy Gemstones’, penghormatan buat kecemerlangan Tiffany & Co.

tiffany & co the extraordinary colors of tiffany

Hanya jauhari mengenal manikam. Pengasas Tiffany & Co, Charles Lewis Tiffany adalah insan yang sungguh arif dalam memahami mutu batu permata juga berlian-berlian yang begitu memukau, langsung memperlihatkan keindahan masing-masing. Ia dicerminkan pada koleksi The Extraordinary Colors Of Tiffany yang menampilkan rantai yang disempurnakan dengan 19 batu delima bujur – secara keseluruhannya menjadi 28 karat – bersama set berlian platinum berbentuk segi empat dan juga menyerupai baguette.

Kilauan batu zamrud dan batu nilam biru terhimpun sekali dalam The Extraordinary Colors Of Tiffany. Koleksi ini mempamerkan rantai dengan 12 batu nilam berbentuk bulat – secara keseluruhannya menjadi 52 karat – dan batu nilam bulat yang diolah sebagai center stone – secara keseluruhannya menjadi 14 karat.  

 

Setiap satu barang kemas Tiffany menunjukkan kecantikan juga kuasa eksotik yang tiada tandingan. Susunan rona-rona daripada hijau zamrud ke biru batu nilam menggambarkan kegemilangan Tiffany dari segi mutu ketukangan dan rekaan-rekaanya,” kata Melvyn Kirtley, ketua gemology Tiffany & Co.

ANTARA ‘WARNA’ THE EXTRAORDINARY COLORS OF TIFFANYtiffany & co the extraordinary colors of tiffany
BLUE NOTES. DIJUMPAI DI KAKI GUNUNG KILIMANJARO, TANZANITE (NAMA DICEDOK DARIPADA TANZANIA, TEMPAT ASALNYA) DIPERKENALKAN OLEH TIFFANY 50 TAHUN LALU. IA HADIR DALAM WARNA BIRU BERTENAGA DENGAN KILAUAN YANG MEMPESONAKAN.

tiffany & co the extraordinary colors of tiffany

ABOVE THE CLOUDS. LEBIH DARIPADA 107 KARAT (PADA GELANG) MANAKALA ANTING-ANTING INI PULA ADALAH 21 KARAT. WARNA BIRU MUDA YANG TAMPIL DALAM POTONGAN SEMPURNA MENCERMINKAN KEHEBATAN KERJA KETUKANGAN TIFFANY.

tiffany & co the extraordinary colors of tiffany

BETTER OFF RED. MENERUSKAN LEGASI TIFFANY DALAM PEMBUATAN BARANG KEMAS. BATU DELIMA BUJUR MERAH YANG DIIRINGI BERLIAN-BERLIAN BENTUK BAGUETTE DAN SEGI EMPAT. IA DIOLAH UNENHANCE, UNTUK MENJELMAKAN KEUNIKAN DARI RARE AND BEAUTIFUL.

 

tiffany & co the extraordinary colors of tiffany

PLUM LUCK. DIJUMPAI DI CALIFORNIA PADA 1902 DAN DINAMAKAN SELEPAS AHLI GEMOLOGI TIFFANY, DR. GEORGE KUNZ. KUNZITE MENAMPILKAN 143 KARAT PADA RANTAI DAN 33 KARAT PADA ANTING-ANTING.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE