SEARCH

Hari Valentine Bakal Menjelma & Kami ‘Cinta’ Gifting Ideas Tiffany & Co.!

Hari Valentine Bakal Menjelma & Kami ‘Cinta’ Gifting Ideas Tiffany & Co.!

Semangat Krismas belum berkesudahan, tahun baru bakal menjelma, diselangi pula Tahun Baru Cina tidak lama lagi… Hari Valentine! Tiffany & Co. sudah mula mengajak kita untuk menggelorakan rasa cinta yang kuat dan memuliakan yang tersayang, bagi merai hari kekasih Februari nanti. Menterjemahkannya menerusi idea gifting tahun 2020 untuk Hari Valentine.

“Say It With Love” menjadi kata kunci kuasa cinta Tiffany & Co. Menghimpun kesemua pilihan terbaik sebagai tanda mata untuk memenangi hati yang tersayang.

Tiffany & Co. melepaskan himpunan Tiffany T baru-baru ini, menampilkan barang kemas yang diperbuat daripada emas 18 karat berona kuning, putih serta merah jambu yang kesemuanya disempurnakan oleh tatahan batu-batu seperti Tiger’s Eye, Turquoise, Pink Opal, Black Onyx dan Mother-of-Pearl mengindahkan kesenian rekaan-rekaan yang tersedia.

Tiga rangkaian utama Tiffany T dimunculkan – yakni Full Circle, Color Theory dan To A T. Full Circle mengolah sifat kesenibinaan Tiffany, menerokai bentuk tanpa sudut dan perihal bulat yang mencorakkan nada moden. Color Theory menafaskan semula rekaan gelang tangan ikonik dengan tatahan batu permata pada motif T (feature utama) manakala To A T mengisi erti kewujudan sofistikated dengan rangkaian cincin yang turut ada motif T bertatahkan batu permata.

Lalu Tiffany melestarikan keunggulan cinta pada Tiffany T ini sebagai gifting idea Hari Valentine yang mendatang! Diiringi oleh rangkaian-rangkaian lain termasuklah Tiffny Hardwear, Elsa Peretti, Tiffany Victoria dan Tiffany Paper Flowers.
PILIHAN GIFTING IDEA HARI VALENTINE TIFFANY & CO.

DARIPADA SI PEREMPUAN UNTUK SI LELAKI
tiffany & co hari valentines gifting ideas

Menggemilangkan emas buat si lelaki! Tiffany & Co. mencadangkan rangkaian Tiffany 1837 Makers, yang bukan sahaja meresapkan sifat moden, malah mengutuhkan sendi gaya maskulin. Gelang tangan material kulit Tiffany 1837 Makers bersama loket segi empat, cincin dalam potongan narrow serta klip wang. Tak lupa juga, kelalang air Tiffany 1837 Makers yang diperbuat daripada perak tulen dan loyang.

TANDA CINTA YANG KUAT

tiffany & co hari valentines gifting ideas

Sebagai tanda abadi dan melafazkan pengharagaan. Loket rantai 18 karat rose gold Tiffany & Co. Elsa Peretti Open Heart bersama berlian, platinum dengan tatahan berlian, 18 karat rose gold dan perak tulen.

CADANGAN PEMBERIAN TIFFANY & CO LOVE

tiffany & co hari valentines gifting ideas

Tiga rangkaian utama sebagai cadangan hadiah Hari Valentine. Tiffany Hardwear, Tiffany Victoria dan Tiffany True. Tiffany Hardwear (kiri) mempersembahkan padlock sebagai lambang cinta. Mutiara freshwater dengan rantai dan mangga sebagai loket utama bersama cincin dubel yang juga dilengkapi mutiara freshwater. Tiffany Victoria (kanan atas) adalah cincin berlian platinum bersama subang serta loket yang masing-masing adalah 18 karat rose gold. Rangkaian Tiffany True (kanan bawah) khusus untuk mengikat pertunangan! Cincin platinum yang pastinya romantik, saat dihidangkan dalam kotak kecil dan diberi kala Hari Valentine.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE