SEARCH

Ingat! Pesanan #TipStail Syawal Daripada Team STAIL.MY

Ingat! Pesanan #TipStail Syawal Daripada Team STAIL.MY
tip stail syawal
Kempen Hari Raya #TimeRayaJe daripada FashionValet

 

Salam Syawal buat sedunia! Selamat menyambut hari kemenangan! Hari yang penuh makna untuk kita menyimbah rasa kesyukuran dan murni. Sudah tentu, ruang Hari Raya ini pasti terisi dengan suasana ragam gaya masing-masing – tidak beralah mempersiapkan diri, bergaya dalam baju-baju baharu. Maka penuhlah timeline media sosial kita hari ini, dengan postings yang disaingi sekali tanda pagar #OOTDRaya untuk menayangkan baju Raya, jenama pereka lokal yang manakah jadi pilihan dan bagaimana aturannya bersama padanan aksesori-aksesori.

Hari ini baru Hari Raya yang pertama. Tinggal beberapa hari lagi untuk meneruskan niat bergaya kamu itu! Jadi bagi menyemarakkan suasana, setelah bersilih musim dan tahun, apa kata ambil peluang ini untuk ubah atau tukar sedikit mood gayanya? And this is when STAIL.MY team comes into the picture!

Pasukan editorial STAIL.MY berkongsi tips stail atau #TipsStail bersempena Hari Raya yang bisa dijadikan poin kamu nanti. Percayalah, tips-tips ini ada gunanya, barangkali mampu memperbaiki ataupun, mana tahu membangkitkan persepsi baru kamu fasal penggayaan Hari Raya tahun ini?

tip stail syawal
Koleksi Baju Raya daripada Yadotsa

 

Jika berdasarkan pendapat saya, gaya Hari Raya tahun ini terbahagi kepada dua. Either go big or go low. Pertama-tama go low adalah gaya yang ringkas atau bersih, harus kekal dalam sifat yang sebegitu rupa. Tidak perlu terlalu mencuba, seperti pakai baju yang polanya tidak kena dengan diri sendiri. Jangan fikir gaya yang ringkas itu kurang menonjol. Keduanya, go big pula bukan fasal bergaya berlebih-lebih sehingga hilang jati dirinya. Apa yang saya maksudkan adalah, jika lelaki mahu pakai tengkolok (menggantikan songkok), go for it! Manakala perempuan yang ingin cuba untuk berselendang  pakai dengan baju Kebaya ala perempuan dulu-dulu pada Hari Raya kali ini pun apa salahnya.

Ayuh, dengar tips-tips stail Syawal daripada ahli sidang editorial yang lain!
“Jika mahu memakai pakaian tradisional, sarungkan helaian tradisional dalam cara tradisional. Jangan terlalu terpengaruh dengan rekaan-rekaan baju Raya yang bereksperimen sehingga nampak jelik. Saya lebih senang sekiranya memadukan helaian tradisional seperti kebaya asli bersama skirt moden atau kain baju kurung bersama kemeja atau kemeja T putih, bagi mencipta contradiction berbanding rekaan yang merepek.” – AZREEZAL HAFIDZ, KETUA PENGARANG STAIL.MY
“Beranikan diri untuk mengolah gaya! Contohnya mempertemukan ceraian baju kurung bersama skirt berlisu labuh atau pakai bersama ceraian tunik daripada COS yang rupanya seakan-akan baju kurung. Bukan sahaja padanan bersama skirt berlisu labuh, mungkin pakai ia dengan seluar lebar atau culottes?” MERRISSA EMILDA, PENGARAH KREATIF STAIL.MY
“Tiba waktunya untuk go for something minimal and simple this year. Tak usah terlalu mencuba dengan rekaan-rekaan baju yang merepek. Sudah-sudahlah dengan peplum, atau skirt kembang meleret dan seumpamanya. Potongan yang bersih dan ringkas itu tidak semestinya tidak fashionable, kan? Kalau mahu kelihatan stail-ish, pakaikan bersama aksesori-aksesori statement. It’s all about accessorizing!” – ASHURA HAKIM, PENGARAH SENI STAIL.MY
Koleksi baju Raya daripada Zalia
“Stail saya sendiri berubah-ubah mengikut tahun atau musim. Namun apalah sangat stail baju Melayu lelaki, kalau bukan butang baju Melayu berserta sampin yang menarik. Ia bergantung pada trend. Pernahlah juga saya memakai kerongsang bersama baju Melayu Teluk Belanga – sesuatu yang lelaki tidak perlu takut untuk mencuba. Walau apapun, pada hemat saya, gaya klasik baju Melayu lelaki yang tidak berlebih-lebih sentiasa classy. Punya kelas tersendiri.” – RYAN MOHAMAD, PENGARANG GAYA HIDUP STAIL.MY
“Pesanan saya buat lelaki, harus kekal memakai baju Melayu klasik. Tidak perlu rasanya gaya-gaya baju Melayu yang ‘ekstra’. Lebih baik memelihara keunikan dan sifat elegan yang sedia ada pada baju Melayu klasik.” – ZAIDI CHE, PENULIS BUDAYA STAIL.MY
“Saya mahu menyentuh bab-bab solekan dan gaya rambut. Ia terpulang kepada apa baju yang kamu pakai. Seandainya baju kamu itu penuh dengan perincian – misalnya pada bahagian leher baju – gayakan rambut bun rendah, biar nampak seperti perempuan klasik. Jangan takut bermain dengan aksesori-aksesori rambut seperti klip, pin atau scrunchies. Jika baju yang ringkas, tidak terlalu banyak perincian, mungkin olah gaya rambut. Tetapi jangan over-do! Tentang solekan pula, jangan terlalu dramatik. Kalau nak lebih sedikit pun, cukuplah dengan palitan glitter.” AMIRA AZMAN, PENULIS KECANTIKAN STAIL.MY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE