SEARCH

7 Top Baju Renang Stailish Untuk Merai Musim Panas Kamu

7 Top Baju Renang Stailish Untuk Merai Musim Panas Kamu

Summer’s coming, so work hard (even harder) to get that summer body! Kerana mengiringi tema musim panas kelak, tiba masa untuk mendedahkan dan menayangkan aset tubuh kamu. Cadangan kami? Beranikan diri untuk menggayakan top baju renang stailish.

Sebaik sahaja musim panas datang mengetuk kalendar sosial dan sedang kita merasai nikmatnya, seperti selalu, waktu rembang yang kian terik menguatkan alasan kita untuk memakai ceraian singkat, selesa juga santai. Detik inilah kita lekas mahu rasa leluasa, ah! Pakai saja sesuatu yang tidak menyesakkan atau lapang! Lebih-lebih lagi dalam lingkungan musim panas – yang mengingatkan kita pada riak ombak, baring di pasir pantai sambil siliran angin menggoda.

baju renang
Baju renang ropol-ropol, daripada Zara

 

Apa yang kami rasa patut menjadi staple untuk perempuan di musim panas adalah ceraian top baju renang! Duh, sudah tentulah… malah kami tahu, memanglah baju renang adalah ‘mesti’ apakala musim panas hadir. Cuma kali ini, kami mahu menukar cara penggayaan top baju renang dan tak usah terlalu rigid untuk memakainya dengan seluar mandi. Jika tidak kisah atau berfikiran terbuka, olah baju renang untuk gaya kasual. We don’t see why not?

Musim ini, baju renang muncul dalam stail berbeza-beza. Ada yang penuh ropol-ropol (seperti baju renang Zara, gambar di atas), sedikit sporty, merujuk siluet Mexican folklore, ultra-feminin dan juga ala sut renang era 40an. Maka ia menafaskan rencaman gaya yang menguji kreativiti kamu. And here’s how we style them.

Untuk top baju renang sporty, cuba balas ia dengan ceraian lembut. Contohnya, skirt bentuk ‘A’, skirt yang padat dengan perincian lisu mahupun skirt bentuk pensil yang berpinggang tinggi. Lapis ia dengan kemeja besar longgar, bagi menghidupkan nada bersahaja.

Top baju renang yang menyerupai siluet gaya tradisional perempuan Mexico pula bisa digayakan dalam rupa stail Chola moden. Pakai dengan jean mom’s, kemeja flannel, skaf kepala, aksesori seperti anting-anting besar dan sniker putih. Sangat cool!

7 TOP BAJU RENANG MUSIM PANAS YANG BOLEH KAM PERTIMBANGKAN

You May Also Like

Leave a Reply