SEARCH

BAFTA 2018 & ‘Breakdown’ 8 Trend Karpet Merah

BAFTA 2018 & ‘Breakdown’ 8 Trend Karpet Merah

Pertama sekali, perselisihan antara Jennifer Lawrence dengan Joanna Lumley di BAFTA 2018 atau British Academy of Film And Television Arts yang ke 71 baru-baru ini rasanya tak perlu dijadikan isu, kut. Joanna hanya memperkenalkan Jennifer – yang tampil sebagai juruacara undangan untuk mengumumkan kategori Outstanding British Film – dengan melontarkan pujian tinggi “hottest actress on the planet” ke atas Jennifer. Balas Jennifer, “Hi, that was a bit too much.”

Serius, Jennifer? Entah mengapa seperti dapat ‘hidu’ kesinisan antara Jennifer dan Joanna. Kata Jennifer, itu semua adalah ‘inside joke’. Harap-harapnya, betullah.

Baiklah! Ini adalah detik merayakan nikmat karya agung terbilang sutradara-sutradara terhebat serta insan-insan berbakat di sebalik tabir dan merai pelakon-pelakon tersohor dunia. Tak payah bercakap fasal kontroversi, but let’s talk about red carpet looks!

Sama seperti Golden Globes dan SAG, BAFTA melangsungkan harakah Time’s Up. Warna hitam sekali lagi (yup, again) bersinambungan menjadi tema warna kod dress acara, didandani oleh bintang-bintang ternama. Cantik atau tidak, best dress or worst dress, yang penting adalah sasaran yang selama ini diperjuangkan itu tercapai. Tidak lagi membisu seribu bahasa tentang kesulitan yang dialami oleh kelompok wanita dalam dunia Hollywood.

Yang hairannya Kate Middleton, yang hadir sebagai jemputan khas tidak memakai hitam sebagai tanda sokongan. Mengapa? Tertanya-tanya juga apakah Kate tidak mengambil perhatian akan tema BAFTA atau temasya anugerah lain seperti Golden Globes dan SAG? But it’s understandable. Everything she does is calculated. Setiap apa yang dia buat pasti ada implikasi. Barangkali tidak mahu mengguris protokol keluarga diraja dan untuk mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini berbangkit.

Penggayaan hitam siapakah yang meraih perhatian di BAFTA 2018? Secara peribadi, kami suka apa yang Anya Taylor Joy pakai – she looks like she’s having fun, being a free-spirited animal. Gaun renda jaring halus Dolce & Gabbana yang dia padankan bersama band kepala warna emas mempersonifikasi kemudaan Anya.

Sungguhpun isu sarkastik Jennifer Lawrence atau J-Law menggentingkan suasana kelmarin, penampilan dia antara yang mendapat pujian. J-Law nampak matang dalam gaun structured berserta shrug daripada Dior yang potongannya bersih. Mungkin kerana sifat klasik gaun tersebut menjelmakan classiness atau the OG class yang kita damba apakala ada acara sebegini.

Nah! Kami ‘breakdown’ lapan trend spot-on di atas karpet merah BAFTA tempoh hari dan inilah di antaranya!

BAFTA 2018 & 8 TREND ‘SPOT-ON’

ARCHITECTURAL
Bafta 2018 red carpet
Dress atau gaun yang berpola architectural antara yang menjadi trend di BAFTA. Material atau butiran keras juga rekaan yang sedikit avant garde adalah pilihan Lupita Nyong’O dan Caitriona Balfe. Lupita (kiri) memakai Elie Saab manakala Caitriona (kanan) menyarung The Row.
FLORA & FAUNA

Bafta 2018 red carpet

Corak botani dan serangga menjadi focal point dan sebagai perincian utama pada dress, yang diolah dalam bentuk sulaman mahupun yang bersifat ‘tiga dimensi’. Salma Hayek (kiri) memilih motif flora yang menyerlahkan kelembutan pada penampilannya. Letitia Wright (kanan) mahu menampakkan sisi mudanya dengan mengenakan dress yang sarat hiasan berupa lebah. Kedua-duanya memakai Gucci.
TEKSTUR BULU

Bafta 2018 red carpet

Tekstur bulu untuk menonjolkan diri daripada yang lain. Sebaik sahaja hadir di atas karpet merah, ia berjaya mencuri perhatian dan memusatkan mata lalu tertumpu sepenuhnya kepada penampilan. Isabelle Huppert (kiri) mendandani diri dalam Armani Prive dan Saoirse Ronan (kanan) memakai Chanel.
PLEATS PLEASE

Bafta 2018 red carpet

You can never go wrong with pleats. Sementelahan yang diolah pada dress untuk menjelmakan keunikan. Contohnya, gaun lisu mencecah lantai yang dipakai oleh Margot Robbie (kiri) atau dress yang memperlihatkan tekstur seperti yang disarung oleh Gemma Aterton (kanan). Margot dalam gaun Givenchy, manakala Gemma memakai rekaan Alberta Ferretti.
SHOWING OFF

Bafta 2018 red carpet

Bentuk leher décolletage atau sweetheart tak pernah terlepas daripada menjadi butiran rekaan dress karpet merah. Kami suka neckline sebegini kerana ia mengingatkan kita pada old Hollywood glamour. Terima kasih kepada Emma Roberts (kiri) – yang menggayakan dress Schiaparelli – dan juga Angelina Jolie (kanan) – memakai gaun baldu Ralph & Russo – mengembalikan detik glamor itu!
KUASA PADA SELUAR

Bafta 2018 red carpet

Sama ada menunjukkan keperkasaan mahupun menyahut seruan Evan Rachel Wood di mana “perempuan juga ada hak memakai sut dan seluar, tidak semestinya dress”. Millie Mackintosh (kiri) menyarung plunging-neckline jumpsuit daripada Pronovias, Ruth Wilson (tengah) pula nampak ‘segak’ bersut Dior dan Naomie Harris (kanan) menggayakan dress Zuhair Murad bersama seluar.
TRANSPARENSI

Bafta 2018 red carpet

Sudah tentulah, bagai tak lengkap sekiranya tidak kelihatan dress atau gaun yang menggunakan fabrik sheer di atas karpet merah. Sama ada sifon lembut atau net halus yang jarang untuk menyerakkan penggayaan romantik. Walaupun kami tidak berapa suka pada kedua-dua dress ini, namun Natalie Dormer (kiri) yang memakai Alberta Ferretti dan Octavia Spencer (tengah) yang menyarung Sachin & Babi menepati trend sheer di karpet merah. Manakala Anya Taylor Joy (kanan) dalam Dolce & Gabbana.
A-LINE

Bafta 2018 red carpet

Potongan ringkas dan minimum dress A-line atau modified A-line adalah pilihan terbaik untuk dipakai ke acara berprestij. Barangkali kerana sifatnya yang tradisional – membawa kembali aura elegan klasik, feminin dan refinement yang selama ini sinonim dengan apa yang kita gambarkan fasal karpet merah. Kate Mara (kiri) dan Jennifer Lawrence (kanan), dua-dua memakai Dior.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE